SaLAM PeRsAuDaRaAn

Monday, September 3, 2012

*** CINTA SESAMA UMAT ***



Berkenaan cinta sesama umat, Rasulullah SAW bersabda, "tidaklah sempurna iman seseorang kalian sehinggalah dia mencintai untuk saudaranya apa yang ia cintai untuk dirinya." Dalam sebuah hadis lain yang seumpamanya, baginda bersabda : " sesiapa yang menyukai agar diselamatkan dari neraka dan dimasukkan kedalam syurga, maka hendaklah ketika ajal menemuinya dia dalam keadaan beriman kepada Allah dan hari Akhirat serta dia memberi kepada manusia apa yang dia suka diberikan kepadanya." 
 Bagaimana untuk mempraktikkan kedua2 hadis ini?   Sebagai contoh: Apabila berinteraksi dengan kedua ibubapa kita,letakkanlah diri kita ditempat mereka. Nescaya kita menghendaki agar anak2 kita berinteraksi dengan cara terbaik kepada kita. Maka dengan itu juga, apabila berinteraksi denga ibubapa kita, pilihlah cara yang terbaik..
Apabila melihat orang lain melakukan kesalahan, letakkanlah diri kita ditempatnya. Nescaya kita akan menghargai apabila ada orang yang sudi memaafkan kita serta memberi nasihat dan teguran. Ini kerana tidak ada manusia yang terlepas daripada melakukan kesalahan. Maka dengan itu, maafkanlah kesalahan orang lain dan berusahalah mencari ruang menasihati dan menegurnya.
Apabila ingin membetulkan kesalahan orang lain, letakkanlah diri kita ditempatnya. Nescaya kita menginginkan agar orang yang membetulkan kita melakukannya dengan cara yang tersembunyi,lemah lembut dan hikmah. Maka dengan itu juga, betulkanlah kesalahan orang lain, samaada yang melakukan maksiat atau bida'ah secara tersembunyi, lemah lembut dan hikmah. Jangan menghebohkannya, bersikap keras dan kaku.
                                  Apabila tergerak hati kita untuk berburuk sangka atau mencari dan menyebarkan gosip berkenaan orang lain, letakkan diri kita ditempatnya. Nescaya kita benci tindakkan sedemikian dilakukan keatas diri kita tanpa mengira samaada sangkaan atau gosip tersebut benar atau tidak. Maka dengan itu, tahanlah diri daripada berburuk sangka atau mencari dan menyebarkan gosip.
Apabila ada berita tidak baik yang tersebar, semaklah terlebih dahulu. Jika ia adalah dusta, maka wajib kita membela dan membersihkan nama saudara kita yang dianiaya oleh berita tersebut. Jika ia adalah benar, wajib kita menasihati saudara kita yang tersilap itu dengan cara yang tersembunyi, lemah lembut dan hikmah.
          " Rasullullah s.a.w. bersabda: " berhati2lah kalian terhadap buruk sangka kerana sesungguhnya ia adalah perkataan paling dusta. Dan janganlah saling mencari2 khabar kesalahan,janganlah saling memata matai,janganlah saling meninggikan harga untuk menarik perhatian pembeli,janganlah saling mendengki,janganlah saling membenci dan janganlah saling membelakangi. Wahai para hamba Allah! Jadilah kalian bersaudara"..
Seterusnya, apabila saudara kita memilikki sesuatu kelebihan, seperti ilmu,kedudukkan,kemasyhuran atau harta, maka letakkanlah diri kita ditempatnya.Nescaya kita berasa gembira dan bersyukur atas kelebihan kelebihan tersebut.Maka dengan itu juga hendaklah kita turut bergembira dan bersyukur apabila dikalangan saudara kita ada yang diberi  atau memilikki sesuatu kelebihan.
Lawan kepada sikap ini ialah dengki. Dengki ialah membenci apa2 kelebihan yang dimilikki saudara kita. Sikap dengki menyebabkan kita merasa hanya diri kita yang layak memilikki kelebihan tersebut dan bukannya saudara kita. Sikap dengki bertolak belakang daripada kedua2 hadis yang dikemukakan diatas. Sikap dengki ialah dia membenci untuk saudaranya apa yang dia cintai untuk dirinya.Sikap dengki juga ialah dia enggan memberi kepada manusia apa yang ia suka diberikan kepadanya. Oleh itu, berhati hatilah dengan kedengkian kerana ia adalah isyarat kecacatan iman dan faktor penghalang daripada syurga Allah S.W.T.
Sikap dengki adalah satu penyakit hati yang amat merbahaya sehingga Allah SWT mengajar kita sebuah doa khas untuk menjauhinya: " Wahai Tuhan kami! ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami,perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat melimpah Belas kasihan dan RahmatMu "...( surah Al- Hasyr, ayat 10)

No comments:

Post a Comment

jom ReLax

hamster^_^

InDaHnYa IsLaM..

Andai Al-quran bisa bicara,ia berkata:"waktu kau masih anak2,kau bagai teman sejatiku,dgn wudhu kau sentuh aku,dlm keadaan suci kau pegang aku,kau baca dgn lirih dan keras,skrg kau telah dewasa,nampaknya kau tdk berminat lagi padaku,apakah aku bacaan usang?Skrg kau simpan aku dgn rapi,kau biarkan aku berlapis debu,ku mohon peganglah aku lg,bacalah aku setiap hari,kerana aku akn mnjd penerang didalam kuburmu!

cursor

Elegant Rose - Working In Background