SaLAM PeRsAuDaRaAn

Monday, September 3, 2012

LELAKI

Jika ada lelaki berkasut bola
pijak dan sepak seorang budak
dia bukan bapaku.

Bapaku
berhambakan tangan
bersaksikan mata
berhakimkan hati
ranum fikirnya mendahului tindak

Marahnya bertimbangkan akal
tegang berjela-jela
kendur berdenting-denting
dalam keras ada lunaknya
dalam lunak ada kerasnya

Jika ada lelaki perkasa
perkosa anak sendiri
dia bukan bapaku

Bapaku
tatang di anak lidah
terlalu kasih anak isteri
kasihnya tak hilang-hilang
kasih sepantun tulisan pinggan
kasihnya tak seimbang dengan kasih anak
kasih bapa sepanjang jalan
kasih anak sepanjang langkah

Jika ada lelaki sejati
menduakan isteri
dia bukan bapaku

Bapaku
berjauh serasa hilang
bercerai serasa mati
sangat kasih akan isterinya
tak pernah diamal
mendapat kekasih baharu
kekasih lama dilepaskan
'kerana cenderawasih merak dilepaskan'

Dia bersikap
'kasihkan padi buang rumput-rumput'
kasihkan anak isteri
jauhi kasih perempuan lain

Bapaku yang bertemankan iman
tempat meminta nasihat
gayung tua,gayung memutus
nasihatnya biasanya tepat

Bapaku yang gigih
jadi teladan
pagi tak dibuang
senja tak dikejar
masa itu emas

Bapaku yang budiman
tempat berharap pertolongan
jadi penghubung kaki langit
jadi penghubung mata telinga
jadi penghubung hujung lidah
jadi penghubung teluk ulakan air
dialah pelindung kami

Kepada semua lelaki
jadilah lelaki
seperti bapaku

No comments:

Post a Comment

jom ReLax

hamster^_^

InDaHnYa IsLaM..

Andai Al-quran bisa bicara,ia berkata:"waktu kau masih anak2,kau bagai teman sejatiku,dgn wudhu kau sentuh aku,dlm keadaan suci kau pegang aku,kau baca dgn lirih dan keras,skrg kau telah dewasa,nampaknya kau tdk berminat lagi padaku,apakah aku bacaan usang?Skrg kau simpan aku dgn rapi,kau biarkan aku berlapis debu,ku mohon peganglah aku lg,bacalah aku setiap hari,kerana aku akn mnjd penerang didalam kuburmu!

cursor

Elegant Rose - Working In Background