SaLAM PeRsAuDaRaAn

Monday, September 3, 2012

KEHIDUPAN YANG MELALAIKAN

Apakah yang dimaksudkan dengan kehidupan yang melalaikan?? ‘lalai’ adalah satu hal yang selalu ibu ku ingatkan.. ‘kamu jangan lalai dengan kehidupan ni, sesungguhnya dunia ini akan slalu mengajak kita ke arah keseronokan tanpa kita sedar, jagalah diri kamu sebaiknya, jangan lah teralu ikut dengan budaya yang kamu sendiri tidak pernah lakukan’.. hal itu seringkali bermain di minda ini seringkali mengingatkan nya. Kini baru ku tahu kelalaian itu sememangnya akan membunuh riwayat kehidupan kita tanpa kita sedar. Bertanya pula , kenapa kita tidak sedar akan hal itu?? ini kerana kita terlalu leka dengan kesenangan di dunia dan terlalu mengagungkan kehidupan ini tanpa kita mengingat siapa pencipta-Nya. Ya! sememangnya tidak dinafikan, keseronokan menjadikan hidup kita seolah-olah berada dikayangan, kerana kita merasakan kita hanya inginkan kebahagiaan semata-mata. Semua inginkan kebahagiaan, begitu juga aku. Bagi aku, kehidupan ini sangat memenatkan jika kita tidak pandai mengurusnya dengan baik. Sedar atau tidak, mungkin kita sekarang berada dalam kelalaian duniawi yang terus-terusan mengajak kita ke arah yang merugikan kita sendiri. Tidak hairan lah jikalau seseorang itu berjaya setinggi mana pun jika dirinya berada dalam kelalaian pasti akan tersungkur juga, dan apabila itu terjadi baru kita sedar dunia tidak selalunya indah untuk kita berseronok. Manusia sememangnya susah untuk berubah ke arah yang lebih baik tetapi agak senang untuk berubah ke arah yang melalaikan. Kenapa?? kerana syaitan tidak pernah berputus asa dalam menghasut manusia untuk terus jatuh ke lembahnya, kepada yang tidak berpegang teguh dengan pendiriannya, dia akan jatuh ke lembah itu tetapi sebaliknya, jika seseorang itu pandai menjaga diri dan teguhkan iman di dada pasti dia tidak berada dalam kelalaian. Kelalaian membuatkan kita tidak ingat kepada akhirat kerana taksubnya kita dengan dunia. Apakah kita pernah berfikir, dunia ini hanya pinjaman dan yang kekal hanyalah akhirat nanti. Bukan kebahagiaan dunia yang kita cari, tetapi kebahagiaan akhirat, itulah sebenar-benar kebahagiaan yang akan kekal abadi selamanya. Dunia kini semakin uzur untuk berseronok, menyedihkan bila mellihat manusia sekarang semakin kejam, berzina dan seterus nya membuang bayi di merata-rata tempat. Adakah itu dikatakan keseronokannya???!!! itu lah satu-satunya manusia yang tidak berhati perut! wahai manusia sebegitu rupa, tolonglah sedar dan berfikir seandainya bayi itu boleh bercakap dan ingin kamu ketahui. “ibu...kenapa ibu buat macam ini dekat adik? kenapa ibu buang adik? ibu tak sayang adik ke? adik nak hidup dengan ibu, ambil la adik balik, adik sejuk tak pakai apa-apa.” ya Allah! seandainya mereka tahu suara rintihan bayi ini, ku pasti mereka tidak akan membuangnya. Kenapa terciptanya manusia yang tiada keperimanusiaan ini. Sedih dan pilu melihat bayi dibuang dalam keadaan yang menyedihkan. Itulah manusia yang tidak bertanggungjawab setelah apa yang mereka lakukan, tidak mengenal dosa, tidak mengenal mana yang halal mana yang haram. Jauhkan lah diri dari perkara-perkara yang melalaikan dengan mengingati ALLAH S.W.T.. Ingatlah, dari mana kita datang dan kemana kita akan dikembalikan. Muhasabah lah diri agar tidak dibuai dengan kseronokan diri.

No comments:

Post a Comment

jom ReLax

hamster^_^

InDaHnYa IsLaM..

Andai Al-quran bisa bicara,ia berkata:"waktu kau masih anak2,kau bagai teman sejatiku,dgn wudhu kau sentuh aku,dlm keadaan suci kau pegang aku,kau baca dgn lirih dan keras,skrg kau telah dewasa,nampaknya kau tdk berminat lagi padaku,apakah aku bacaan usang?Skrg kau simpan aku dgn rapi,kau biarkan aku berlapis debu,ku mohon peganglah aku lg,bacalah aku setiap hari,kerana aku akn mnjd penerang didalam kuburmu!

cursor

Elegant Rose - Working In Background