SaLAM PeRsAuDaRaAn

Tuesday, September 7, 2010

aKu bUkAn dAiE


Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh (berbuat) yang makruf,dan mencegah dari mungkar.Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung". ( ali-imran :104)



Aktivis mahasiswa Islam perlu sedar dan perlu sering kali diingatkan tentang matlamat yang sebenar mengenai perjuangan yang mereka dokong selama ini.Kita telah ditarbiyah dan dididik berpandukan al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w adalah semata-mata untuk kita memperjuangkan kalimah Allah di muka bumi ini dan di kampus secara khususnya di samping lantang bersuara memperjuangkan hak-hak mahasiswa yang sepatutnya.

Selaku aktivis Islam kita fahami bahawa kita tidak akan terlepas dengan cabaran,mehnah dan tribulasis sepanjang mengajak manusia beriman pada Allah s.w.t.Sirah dan sejarah banyak membuktikan bahwa pejuang-pejuang kalimah Allah akan diuji dan ditentang sehingga meraka gugur sebagai syahid.Rasulullah s.a.w telah ditentang begitu hebat oleh kaum yang menolak secara total agama yang disampaikan oleh baginda s.a.w.Dr.Abdul Aziz Rantisi merupakan pejuang temporari syahid demi menegakkan kalimah Allah di bumi palestin.Abdul Qader Awdah seorang hakim yang syahid di tali gantung demi perjuangkan hukum Allah di bumi mesir.

Jika kita menganggap bahwa perjuangan menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini terutamanya di bumi kampus khususnya merupakan satu perjuangan yang mudah maka kita telah silap membuat penilaian.Mana mungkin seorang pejuang mahsiswa yang tugas utamanya datang untuk menuntut ilmu demi memperolehi kejayaan dalam bidang masing-masing akan hidup selesa dan dapat berpaku tubuh seperti mahasiswa lain.

Sudah tentu tidurnya hanya sekadar menghilangkan keletihan,wangnya hanya sekadar keperluan bahkan ada yang terpaksa bekerja demi menampung perbelanjaan diri,saya yakin tekanan yang dihadapinya begitu kuat sehinggakan mampu untuk meruntuhkan sebuah tembok kerana banyak perkara yang perlu difikirkannya (assigment,exam,aurat,pergaulan,zina dll).Kadang-kadang mereka ini akan menangis mengadu pada Allah s.w.t kerana tidak tertahan dek tekanan dan ujian yang terpaksa dihadapinya.

Mereka ini tidak pernah merungut terhadap ujian yang mereka hadapi ini kerana mereka tahu ujian yang mereka tempuhi tak sehebat pejuang-pejuang terdahulu.Akitivis mahasiswa era 70an dahulu mereka ini dibuang universiti,dipenjara dan dimasukkan kedalam ISA demi mempertahankan kebenaran di kampus masing-masing dan demi menyampaikan dakwah pada semua..Tapi kita?
.....

"kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia,menyuruh yang makruf dan mencegah dari mungkar dan beriman pada Allah"
(al-Imran:110)

No comments:

Post a Comment

jom ReLax

hamster^_^

InDaHnYa IsLaM..

Andai Al-quran bisa bicara,ia berkata:"waktu kau masih anak2,kau bagai teman sejatiku,dgn wudhu kau sentuh aku,dlm keadaan suci kau pegang aku,kau baca dgn lirih dan keras,skrg kau telah dewasa,nampaknya kau tdk berminat lagi padaku,apakah aku bacaan usang?Skrg kau simpan aku dgn rapi,kau biarkan aku berlapis debu,ku mohon peganglah aku lg,bacalah aku setiap hari,kerana aku akn mnjd penerang didalam kuburmu!

cursor

Elegant Rose - Working In Background