SaLAM PeRsAuDaRaAn

Wednesday, September 8, 2010

Harga Sebuah Kereta dan Anak


Sepasang suami isteri - seperti pasangan laindi kota-kota besar -meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluarbekerja. Anak tunggal pasangan ini perempuan berusia tiga setengahtahun.Bersendirian di rumah, dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerjabermain diluar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah dia sama adaberbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya,bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.

Suatuhari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simentempat letak kereta a yah nya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakarantidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru a yah nya.Ya... kerana kereta itubewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlahmelahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerjakerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam. Penuh sebelah kanan diaberedar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan a yah nya, gambarnyasendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadianitu langsung tak disedari si pembantu rumah. Pulang petang itu, terkejutbadaklah pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaranansuran, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terusmenjerit...

'Siapapunya kerja ni?'

Pembanturumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar.Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihatwajah bengis tuannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya,dia terus mengatakan.. .

'Taktahu... !'

'Dudukdi rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik si isteripula. Si anak yang mendengar suara a yah nya, tiba-tiba berlari keluar daribilik.

Denganpenuh manja dia berkata... 'Ita buat a yah hh.. cantik kan !' katanya menerkama yah nya ingin bermanja seperti selalu.

Sia yah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yangtak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.Puas memukul tapak tangan, si a yah memukul pula belakang tangananaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, antara setuju dan takut pada suamidengan hukuman yang dikenakan. Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buatapa-apa. Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangankiri anaknya.

Selepassi bapa masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumahmenggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangandan belakang tangan si anak kecil calar balar.

Pembanturumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil diamenangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaikcalar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anakkecil itu.

Sibapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkanharinya, pembantu rumah mengadu kedua-dua belah tangan si anakbengkak. ..

'Sapukanminyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak.

Pulangdari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskanmasa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.

Tigahari berlalu, si a yah langsung tidak menjenguk anaknya, sementarasi ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah.

'Itademam... ' jawap pembantunya ringkas.

'Bagiminum panadol tu,' balas si ibu.

Sebelumsi ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya.Apabila dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutupsemula pintu. Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawasuhu badan Ita terlalu panas.

Petangnanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap' kata majikannya itu.

Sampaiwaktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktormengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius.

Setelahseminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibukanak-kanak itu.

'Tiadapilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangankanak-kanak itu dipotong kerana gangren yang terjadi sudah terlaluteruk.

'Iasudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku kebawah' kata doktor.

Sibapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu.Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibumeraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mataisterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaranpembedahan.

Keluardari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, sianak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga melihat kedua-duatangannya berbalut putih. Direnung muka a yah dan ibunya. Kemudian kewajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semuamenangis.

Dalamseksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalamlinangan air mata berkata...

'Abah...Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau a yah pukul. Ita tak maujahat. Ita sayang abah... sayang mama.' katanya berulang kali membuatkansi ibu gagal menahan rasa.

'Itajuga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah,sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

'Abah..bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buatlagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji takconteng kereta lagi,' katanya bertalu-talu.

Bagaikangugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraung diasekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapatmenahannya.



SEDIH SANGAT CERITANYA... BILA HARTA LEBIH DISYANGI BERBANDING MANUSIA SENDIRI...

No comments:

Post a Comment

jom ReLax

hamster^_^

InDaHnYa IsLaM..

Andai Al-quran bisa bicara,ia berkata:"waktu kau masih anak2,kau bagai teman sejatiku,dgn wudhu kau sentuh aku,dlm keadaan suci kau pegang aku,kau baca dgn lirih dan keras,skrg kau telah dewasa,nampaknya kau tdk berminat lagi padaku,apakah aku bacaan usang?Skrg kau simpan aku dgn rapi,kau biarkan aku berlapis debu,ku mohon peganglah aku lg,bacalah aku setiap hari,kerana aku akn mnjd penerang didalam kuburmu!

cursor

Elegant Rose - Working In Background