SaLAM PeRsAuDaRaAn

Wednesday, September 8, 2010

7 peringkat solat

1. Sembahyang orang jahil :
Fardhu ain tak pass, syarat sah sembahyang tak ingat, rukun dengan sunat masih confuse. Dah tu tak berusaha pulak nak belajar. Inilah dia orang beramal tanpa ilmu.

Hakikatnya :
Dia ni macam tak sembahyang. Amalannya tertolak walaupun duduk dekat saf yang paling depan ataupun baca surah yang panjang-panjang.

2. Sembahyang orang lalai :
Fardhu ain dah clear, tapi bila start saja angkat takbir, 'xpdc' otak pun bermula. Sekejap teringat, sekejap melayang-layang,sampaikan barang yang hilang pun boleh terjumpa balik dalam sembahyang. Punyalah banyak yang difikirkan dalam kepala, tiba-tiba saja dah toleh kanan, toleh kiri ... selesai.

Hakikatnya :
Fizikalnya sembahyang tetapi akal dan hatinya tidak. Allah hadiahkan neraka Wail untuk orang yang lalai dalam sembahyangnya.

3. Sembahyang bukan kerana Allah :
Kita sembahyang sebab Allah suruh kita sembahyang, tapi ada pulak orang sembahyang atas sebab lain contohnya nak ambil hati bakal mak ayah mertua atau segan dengan member-member dan sebab-sebab lain.

Hakikatnya :
Allah tolak sembahyang yang bukan didirikan keranaNya, kecuali bila dah bertaubat dan menyesal sungguh-sungguh.

4. Sembahyang orang mujahadah :
Bila sembahyang kenalah khusyuk, hati kena sentiasa ingatAllah. Jadi dia paksa-paksakan hati untuk hadir dalam sembahyang. Bila mula nak melayang ke lain, cepat-cepat disentap balik. Jadinya sekejap khusyuk sekejap tidak. Zahirnya nampak tenang sembahyang tapi batinnya jenuh berperang dengan syaitan dannafsu.

Hakikatnya :
Terpulang pada Allah nak ampun atau nak azab. Orang kategori ini kena banyak istighfar dan perbaiki lagi ibadahnya.

5. Sembahyang orang soleh :
Makna pada bacaan sembahyang dihayati oleh akalnya, fikirannya cuba diseiringkan dengan apa yang disebut oleh lidahnya. Fikirannya tak melayang tapi nikmat sembahyang tidak terasa olehnya.

Hakikatnya :
Inilah sembahyang minimum yang perlu diusahakan supaya selamat di sisi Allah dan ia juga dapat mencegah diri daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar.

6. Sembahyang para wali :
Perbuatan seiring dengan kefahaman dan penghayatan. Waktu ruku' dan sujud benar-benar rasa hina dan rendah diri dihadapan Tuhan. Bila berdoa, rasa diri benar-benar lemah dan mengharap. Sembahyang dapat dihayati dan dinikmati rasanya.

Hakikatnya :
Bukan saja dijamin selamat, nikmat sembahyang yang tidak terucap juga dapat dirasai.

7. Sembahyang para nabi dan rasul :
Sembahyang seorang hamba yang tenggelam dalam keagungan Allah... ... tak dapat digambarkan indah dan nikmatnya... ... .

Jadi, tingkat mana solat kita?

No comments:

Post a Comment

jom ReLax

hamster^_^

InDaHnYa IsLaM..

Andai Al-quran bisa bicara,ia berkata:"waktu kau masih anak2,kau bagai teman sejatiku,dgn wudhu kau sentuh aku,dlm keadaan suci kau pegang aku,kau baca dgn lirih dan keras,skrg kau telah dewasa,nampaknya kau tdk berminat lagi padaku,apakah aku bacaan usang?Skrg kau simpan aku dgn rapi,kau biarkan aku berlapis debu,ku mohon peganglah aku lg,bacalah aku setiap hari,kerana aku akn mnjd penerang didalam kuburmu!

cursor

Elegant Rose - Working In Background