SaLAM PeRsAuDaRaAn

Wednesday, September 8, 2010

kisah Rasul : Adam diarak malaikat 100 tahun


PADA suatu ketika, Allah menitahkan malaikat Jibrail ke bumi mengambil sebahagian tanahnya mencipta Adam.

Tetapi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, kerana bumi bimbang Adam berbuat maksiat kepada Allah.

LaluJibrail kembali menemui Tuhan, ia tidak dapat berbuat apa-apa,mendengar sumpah bumi. Kemudian, Allah memerintah malaikat Mikail,jawapan bumi tetap sama dan Allah menitah pula malaikat Israfil, tetapibumi masih enggan dan masing-masing kembali dengan tangan penuh hampa.

Laluyang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail ke bumi. Kata Allah: "Hai Izrail engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah.

Meskipun bumi menyumpah dengan ucapan bagaimanapun jangan engkau undur. Katakan kamu melakukan atas perintah dan atas nama-Ku."

Apabila Izrail ke bumi dan menyampaikan perintah Allah, bumi akhirnya akur tanahnya diambil.

Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, dia kembali ke hadratAllah. Lalu Allah berfirman: "Ya Izrail, pertama engkau yangKu-tugaskan mengambil tanah, dan kelak Ku-tugaskan engkau mencabut rohmanusia."

Maka Izrail bimbang dibenci manusia. Lalu Allahberfirman: "Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu, Aku Yangmengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab, terbunuh,terbakar atau sakit."



Tanah bagaimana dijadikan Adam?1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis2. Tanah Bukit Tursina3. Tanah Iraq4. Tanah Aden5. Tanah Al-Kautsar6. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah7. Tanah Paris8. Tanah Khurasan9. Tanah (Babylon)10. Tanah India11. Tanah syurga12. Tanah Tha'if



Kata Ibnu Abbas :1. Kepala Adam dari tanah Baitul Muqadis, kerana di situlah berada otak manusia, dan di situlah tempatnya akal.2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.3. Dahinya dari tanah Iraq, kerana di situ tempat sujud kepada Allah.4. Mukanya dari tanah Aden, kerana di situ tempat berhias dan tempat kecantikan.5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat manis.7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah, untuk mencari nafkah dan kerjasama sesama manusia.8. Tangan kirinya dari tanah Paris, tempat beristinjak.9.Perutnya dari tanah Babylon. Di situlah tempat seks (berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.11. Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana di situlah iman, keyakinan, ilmu dan kemahuan.13. Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap syahadah, bersyukur dan mendoakan kepada Tuhan.



Bagaimanakah prosesnya :1.Ketika Allah menjadikan Adam, tanah itu bercampur air tawar, air masin,air hanyir, angin, api. Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalamdiri Adam dengan pelbagai macam "sifat".2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut" kemudian diletakkan di dalam "Alam Malakut".3.Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanahpilihan. Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan denganrempah-rempah, wangi-wangian dari sifat nur sifat Allah, dan dirasmidengan air hujan "Barul Uluhiyah".4. Kemudian tubuh itu dibenamkandi dalam air "Kudral-Izzah-Nya" iaitu sifat "Jalan dan Jammal". Laludiciptakan menjadi tubuh Adam yang sempurna.5. Demikian pula roh,ketika itu diperintah masuk ke tubuh Adam, ia malas dan enggan, malahberputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar.



Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk, akhirnya ia menyerah kepada Izrail.

Menurut riwayat ketika Adam masih di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit kita sekarang ini.

KeranaAdam diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya.Sebagai peringatan yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kukumanusia.

Hal ini kita biasa lihat meskipun orang kulitnya hitam,warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan. Dijadikan padatubuh Adam ada sembilan rongga atau liang.

Tujuh buah liang di kepala dan dua liang di bawah badan letaknya.Tujuh buah letaknya di kepala: dua liang mata, dua liang telinga, dua liang hidung dan sebuah liang mulut.

Yang dua macam di bawah: sebuah liang kemaluan dan liang dubur.



Dijadikan pula lima pancaindera:1. Mata alat penglihatan2. Hidung alat penciuman3. Telinga alat pendengaran4. Mulut alat perasa manis, masin dan sebagainya.5. Anggota tubuh lainnya seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa halus, kasar dan sebagainya.



Selepas roh masuk tubuh Adam perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun.

DemikianlahAllah memberi kekuatan pada Izrail memasukkan roh ke tubuh Adam. DahuluIzrail ditugaskan mengambil tanah untuk Adam, dan kini mencabut nyawamanusia.

Selepas meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otakdan tersusun urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanyaseketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik ke kiri dan kekanan.

Dan juga melihat ke bawah di mana bahagian badannyamasih adalah tanah keras. Dilihatnya kiri dan kanan malaikat yangsedang menyaksikan kejadian dia.Ketika itu Adam mendengar malaikatmengucapkan tasbih dengan suara merdu dan mengasyikkan. Ketika rohsampai ke hidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka.

Ketika itulah Allah mengajarnya mengucap Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam yang pertama kepada Allah.

LaluAllah berkata: "Yarkhamukallah" yang ertinya: "semoga engkau diberi rahmat Allah". Oleh kerana itu jika orang bersin menjadi ikutan sunat mengucap "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya sunat mengucapkan"Yarkhamukallah".

Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahalbahagian badannya ke bawah masih menjadi tanah keras.

Di sini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar).Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "Dan adalah manusia itu, sukatergesa-gesa".

Maka, ketika roh itu sampai di perutnya, terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasa lapar.

Kemudianterus roh itu meresap ke seluruh tubuh Adam, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang, urat-urat, berkulit dengan sempurna, kian lama kian bagus dan halus.

Apabila kejadian Adam sempurna sebagai manusia baru, maka dialah adalah jenis makhluk manusia yang pertama.

Wajahnya cukup cantik, semua malaikat kagum melihat Adam yang menawan. Adam diarak malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni langit pertama hinggalah ketujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.

No comments:

Post a Comment

jom ReLax

hamster^_^

InDaHnYa IsLaM..

Andai Al-quran bisa bicara,ia berkata:"waktu kau masih anak2,kau bagai teman sejatiku,dgn wudhu kau sentuh aku,dlm keadaan suci kau pegang aku,kau baca dgn lirih dan keras,skrg kau telah dewasa,nampaknya kau tdk berminat lagi padaku,apakah aku bacaan usang?Skrg kau simpan aku dgn rapi,kau biarkan aku berlapis debu,ku mohon peganglah aku lg,bacalah aku setiap hari,kerana aku akn mnjd penerang didalam kuburmu!

cursor

Elegant Rose - Working In Background