SaLAM PeRsAuDaRaAn

Monday, September 6, 2010

bOlEh kE KiTeR MaRaH....


"layak ke kita nak marah pada org lain"

"Eee..geramnya.."(timbul rasa marah apabila apa yang terjadi tidak selari dengan apa yang diinginkan malah dirasakan sukar dan menyukarkan)..

Astaghfirullah......"aku mohon keampunanMu ya Allah"..marah? kenapa kita marah? kepada siapakah kita hamburkan kemarahan kita tersebut? untu...k apa kita marah? untuk menunjukkan perasaan? protes? mari kita semak balik, kenapa kita marah? bertempatkah kemarahan kita? banyaknya kemarahan kita selalu tidak bertempat.

aduhai...siapalah kita untuk marah? apakah layak untuk kita dengan sengaja dan suka2 hati untuk marah kepada orang lain yang tiada salah silap pada kita? geram? hmm...mari tanya balik diri kita. ingatkan semula apa yang kita lupa..

lupakah kita pada diri kita sendiri yang seringkali melakukan kesilapan? lupakah kita bahawa setiap orang ada kekurangan? lupakah kita untuk menerima dan berlapang dada dengan orang lain kerana kita dan dia tiada beza, bahawa dia dan kita adalah hamba Allah jua? ya, kita dah lupa banyak perkara..

dan ada satu lagi perkara yang kita semua selalu terlupa, terleka..di saat kemarahan membuak2 dihamburkan pada orang lain samada secara zahir mahupun sembunyi, kita lupa...kita lupa bahawa kemungkin Allah juga sedang marah pada kita??kita marah kerana orang lain melakukan kesilapan dengan kita..sedang kita lupa bahawa kita selalu dan banyak melakukan kesilapan padaNya..

belum lagi ditambahi dengan sikap kita yang terlupa untuk bersyukur dengan nikmat yang diberikanNya pada kita..alahai diri...layakkah untuk memarahi orang lain??
marahilah dan insafilah kesilapan diri sebelum kita memarahi orang lain..
dan ingatlah bahawa MARAH itu sikap syaitan..syaitan itu dari api..api boleh dipadamkan dgn air..wuduk boleh memadamkan kemarahan..

maka, apakah kita ingin menjadi sahabat syaitan???

No comments:

Post a Comment

jom ReLax

hamster^_^

InDaHnYa IsLaM..

Andai Al-quran bisa bicara,ia berkata:"waktu kau masih anak2,kau bagai teman sejatiku,dgn wudhu kau sentuh aku,dlm keadaan suci kau pegang aku,kau baca dgn lirih dan keras,skrg kau telah dewasa,nampaknya kau tdk berminat lagi padaku,apakah aku bacaan usang?Skrg kau simpan aku dgn rapi,kau biarkan aku berlapis debu,ku mohon peganglah aku lg,bacalah aku setiap hari,kerana aku akn mnjd penerang didalam kuburmu!

cursor

Elegant Rose - Working In Background