SaLAM PeRsAuDaRaAn

Monday, December 20, 2010

Antara keikhlasan ,Riak & Takabur

Antara keikhlasan ,Riak & Takabur
Sebelum memulakan penulisan ini,ana bermohon pada YA KHALID supaya terhindar dari terpengaruh dgn hasutan syaitan dan hawa nafsu yg sering menjadi sumber kehancuran iman seseorang mukmim..
Sesungguhnya ALLAH itu sangat indah dan sukakan keindahan..Subbahanallah..indahnya juga dunia yang Allah ciptakan ini…seperti madu yang manis..terlebih manis kelak binasa…Kita semua tidak dapat lari dgn sifat riak dak takabur…Seperti hadith rasululallah:Yang paling aku bimbangi antara kamu semua ialah syirik yg paling kecil iaitu riak dan takkabur..
Ana juga sebagai hamba Allah sering berasa riak..Kadang2 kita rasa diri ini terlalu baik..lebih baik jika compare dgn kawan2 yg lain…Kdg2 kita rasa segala ibadah kita la yang paling sempurna dan paling banyak..Kadang2 kita buat kerja dgn ikhlas,tp bila di puji sahabat,nauzubillah..riak dan takkabur mula timbul..membantu sahabat dgn bukan tujuan lillahita’ala…secara automatic berjalan lah kita di bumi ALLAH dengan penuh angkuh dan sombong…Alangkah malunya diri ini apabila mengenangkan segala dosa2 itu……
Sesungguhnya ana dan para muslimah yg lain hanya lah hamba ALLAH yg di ciptakan utk beribadah kpd Allah..Tidak pernah adapun sesuatu makluk yg paling kaya melainkan Allah azzawajalla..
Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata, dari Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Allah s.w.t. telah berfirman: ' Akulah yang terkaya dari semua sekutu, Aku tidak berhajat kepada amal yang dipersekutukan yang lain-lain, maka siapa beramal lalu mempersekutukan kepada lain-lainKu, maka Aku lepas bebas dari amal itu."

Hadis ini sebagai dalil bahawa Allah s.w.t. tidak menerima amal kecuali yang ikhlas kepada Allah s.w.t., maka jika tidak ikhlas, tidak diterima dan tidak ada pahalanya, bahkan tempatnya tetap dalam neraka jahannam, sebagaimana tersebut dalam ayat 18 surah Al-Israa:

Man kana yuriidul aa-jilat ajjalna lahu fiha maa nasyaa'u liman nuridu, tsumma ja'alna lahu jahannam yash laaha madzmuman mad-hura (18). Wa man aradal akhirota wa sa'a laha sa'yaha wa huwa mu'minun, fa ulaa'ika kaana sa'yuhum masy-kuura. (19). Kullan numiddu haa ulaa'i, wahaa ulaa'i athaa'i robbika, wama kaana athaa'u robbika mah-dzuura (20).

Bermaksud: Siapa yang menginginkan dunia dengan amalnya, Kami berikan kepadanya dari kekayaan dunia bagi siapa Kami kehendaki kebinasaannya, kemudia Kami masukkan ia kedalam neraka jahannam sebagai orang terhina dan terusir jauh dari rahmat Allah (18). Dan siapa yang menginginkan akhirat dan berusaha dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas, dan disertai iman, maka usaha amal mereka itulah yang terpuji (diterima) (19). Masing-masing dari dua golongan Kami beri rezki, dan pemberian Tuhanmu tidak terhalang, baik terhadap mukmin, kafir, berbakti maupun lacur (20).

Dari ayat keterangan ini nyatalah bahawa yang beramal kerana Allah s.w.t. maka akan diterima sedang yang beramal tidak kerana Allah s.w.t. tidak akan diterima dan hanya lelah dan susah semata-mata, sebagimana dinyatakan dalam hadis: Abu Hurairah r.a berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda: "Rubba sha'imin laisa lahu hadhdhun min shaumihi illal ju'a wal athsy wa rubba qaai'min laisa lahu hadhdhun min qiyamihi illal-sahar wannashabu.
Maksudnya:
Adakalanya orang puasa dan tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali lapar dan haus, dan ada kalanya orang bangun malam dan tidak mendapat apa-apa dari bangunnya kecuali tidak tidur semata-mata, yakni tidak mendapat pahala dari amalnya.
……Nauzubillahiminzalik…smoga Allah jauhkan kita dari org2 yg tidak ikhlas…
Sentiasalah beristifar sekiranya mula terbit bibit2 riak dan takkabur…Segera betulkan niat kerana Allah semata-mata.Untuk pastikan segala kerja yg di lakukan kerana Allah ,sntiasalah berdoa dan membaca basmallah sebelum memulakan sesuatu perkara seperti belajar,makan,tidur dan apa2 sahaja…
Supaya ana dan para sahabat/sahabiah mengambil ikhtibar dan mendapat sedikit ilmu yg bermanfaat..Sesungguhnya kita semua adalah hamba Allah yg lemah dari segala-gala nya Ma’du dan du’at

No comments:

Post a Comment

jom ReLax

hamster^_^

InDaHnYa IsLaM..

Andai Al-quran bisa bicara,ia berkata:"waktu kau masih anak2,kau bagai teman sejatiku,dgn wudhu kau sentuh aku,dlm keadaan suci kau pegang aku,kau baca dgn lirih dan keras,skrg kau telah dewasa,nampaknya kau tdk berminat lagi padaku,apakah aku bacaan usang?Skrg kau simpan aku dgn rapi,kau biarkan aku berlapis debu,ku mohon peganglah aku lg,bacalah aku setiap hari,kerana aku akn mnjd penerang didalam kuburmu!

cursor

Elegant Rose - Working In Background