SaLAM PeRsAuDaRaAn

Monday, December 20, 2010

Hukum Manusia pun tak boleh lari.macam mana pula nk lepas dari hukum ALLAH

Hukum Manusia pun tak boleh lari.macam mana pula nk lepas dari hukum ALLAH

Alamak…pak POLISI..habis la kena saman.dh tak boleh lari dh ni..huhu

.gurlb..jantung ana berdegup agak sederhana dengan wajah yg selamba .Entah mengapa tidak ada perasaan gerun sedikitpun di dalam hati.

“Dik,meh lessen..”pak POLISI mula bersuara.

“Jap ye….x jumpa la pulak”.ana dah mula debar sedikit.

“Tak pe.bagi I.c je.Adik belajar lagi ke?”sambil pak POLISI menulis saman.

“Ya..masih belajar.Encik,minyak kereta nak habis,kalu ikut jalan jauh,takut tak sempat.Sebab tu sy U Turn je tadi”.ana menjelaskan sebab sebenar ana U-Turn di simpang empat

“Nanti adik buat rayuan tau.sy saman dulu.nanti buat rayuan boleh dapat murah.Tak mahal la sebeb kesalahan U-turn je.bukan pe dik,kt situ selalu accident.ni sebagai peringatan je.ok,terima kasih dik”-pak POLISI berkata-kata dengan mesra.

Lantas,hati ini mendengus keinsafan “Masya-ALLAH,hukuman dunia pun tidak boleh lepas,bagaimana hendak melepasi diri dari hukuman ALLAH”

**********************************

Hukum..undang-undang manusia.Kita sebagai pesalah lalu lintas tidak boleh lari dari hukuman saman,begitu juga hukuman seorang pencuri,pengedar dadah.Ketika kereta meluncur laju menyalahi lalu lintas,tiba-tiba di hadapan ada seseorang yg berpakaian serba putih menahan dan memberikan kertas yang mencatatkan kesalahan kita.Dengan keadaan tidak rela,kita terpaksa mengambil kertas dan mengakui kesalahan kita.Walaupun kerana terdesak(minyak kereta hampir habis) sang POLISI tidak akan mendengar alasan itu dan terus juga menyaman.Terkadang,jika ternampak pak POLISI berpakaian seragam di hadapan,kita masih boleh menyelamatkan diri dengan membelok ke jalan lain,atau jika tidak memakai tali keselamatan..kita masih boleh cepat-cepat memakainya.

Tetapi…bagaimana pula dengan hukum ALLAH?Adakah kita boleh lari menyelamatkan diri jika hukuman ALLAH tiba setelah kita melupakan tugas di dunia?

Jika kita sedar akan kehadiran pak POLISI ketika masih jauh,adakah kita sedar akan kehadiran pak POLISI di sebelah kanan dan kiri kita?yang sentiasa mencatat amalan baik dan buruk kita?..pak POLISI yang sangat jujur dan amanah menjalankan tugasnya sebagai pencatat amalan..tidak ada sedikitpun penipuan,malah tidak sesekali memakan korupsi dan pujuk rayu kita.Tiada pula sesi rayuan di kantor POLISI.Dan boleh ke kita menyalahkan pula pak POLISI itu kerana menyaman amalan dosa kita?

Merekalah.rakhib dan atib,pak POLISI setiap individu bernama manusia.Pak POLISI yang jujur,amanah,setia pada TUHANNYA,tidak menerima sebarang suapan dan juga pujuk rayu.

Baginya(manusia) ada malaikat-malaikat yg menjaganya bergilir-gilir,dari depan dan belakangnya.Mereka menjaganya atas perintah ALLAH

(Ar-ra’d ayat 11)

“Kamu mestilah patuhi peraturan kolej.Kalau tidak,nanti kamu akan di kenakan tatatertib.Siapa yg susah?kamu juga.Sebenarnya bukan sahaja di kolej,tetapi jika kamu semua pergi kemana-mana sahaja kamu sentiasa di ikat oleh peraturan.Kalau tak ikut peraturan ,susah la.Nak tak nak,kamu kena juga ikut peraturan kolej”.tegas ucapan pengurus Kolej kediaman ana.Inilah ayat yang sering di ucapkan oleh pengurus asrama tersebut tatkala di awal semester .

Bukan sahaja pengurus kolej,tetapi setiap daripada pemimpin juga akan mengatakan ungkapan yang sama seperti ini.Seorang bapa,ketua keluarga,akan berpesan tentang peraturan-peraturan di dalam rumah kepada anak-anaknya,seorang guru disiplin akan sentisa menyampaikan peraturan-peraturan sekolah kepada anak murid nya,seorang polis trafic akan menyatakan kesalahan kita melanggar kesalahan jalan raya,dan begitulah seterusnya.

Seorang pengubal undang-undang akan mengubal berlandaskan perlembagaan,dan akan dibahaskan pula di dewan Rakyat sebelum di bahaskan di dewan Negara.Dan,walaupun perbahasan demi perbahasan dengan hujah-hujah yang mantap,masih sahaja berlaku jenayah dan semakin bertambah-tambah pula saban hari.Adakah ini hukuman yang bijak dan sesuai?Hukuman yang kelihatan agak berat tetapi masih ramai yg bergiat cemerlang di dalam kerjaya jenayah.

Hukuman yg ALLAH tetapkan di tolak ke tepi dengan alasan tidak relevan.Adakah relevan hukuman yang di tetapkan manusia.?

Mari kita selusuri pula satu situasi ini.Kita di saman oleh Polis yang kononya sentiasa patuh pada undang-undang.Tetapi tiba-tiba sahaja di tempat U-turn yg sama,yg tidak di benarkan u-Turn tadi,sebuah kereta polis dengan lajunya melakukan pusingan U tanpa melihat kiri dan kanan sehinggakan para pemandu yg lain bengang .Tetapi mereka tidak boleh berbuat apa-apa kerana ia seorang polis.Begitu juga dengan pemimpin.Sering menegaskan supaya jauhkan diri dari rasuah dan hukuman yg di kenakan ke atas pesalah yg menerima rasuah sangat berat,tetapi selang beberapa lama ,SPRM pergi menyisat pemimpin tersebut atas kesalahan memakan rasuah Lantas,adakah mereka sesuai untuk menyeru kita mengikut undang-undang?Dan adakah undang-undang manusia ini adalah yang terbaik kepada manusia sejagat?

Berbalik kepada hukuman manusia Vs hukuman ALLAH.Masya-ALLAH,peristiwa di saman Pak POLISI sebentar tadi telas mencetuskan keinsafan yg mendalam.Kerdilnya diri ini. Merasakan dapat lari dari hukuman ALLAH.Bagaimanakah agaknya semua pelaku-pelaku dosa di neraka agaknya?Adakah masih boleh berehat sebentar untuk melepaskan kepenatan di seksa?..adakah masih boleh berbaring di bawah kipas angin yang nyaman?..adakah masih boleh bergurau senda dengan senyuman dan rasa Bahagia?Nauzubillah.Takutnya akan azab ALLAH.Bagaimana kita seorang hamba ini masih boleh bersenang,bergoyang kaki di dunia tanpa memikirkan azab api neraka yg sangat membara kepanasannya sehinggakan sehingga apinya walaupun hanya di letakkan di bawah telapak kaki sudah mampu mengelegakkan otak di kepala.

Lihatlah kepada mangsa-mangsa kebakaran yang rentung.Mereka hangus,hitam legam meskipun hanya terbakar oleh api di dunia yang beribu kali ganda lebih sejuk dari api neraka.Api di dunia yang telah di hilangkan kepanasan dengan di rendam di dalam 7 buah sungai di syurga,di rendam pula di 7 buah lautan dan setiap satunya di rendam sebanyak 7 kali ,masih mampu menyebabkan keadaan kita rentung sebegitu sekali.Bayangkan lah pula bagaimana azabnya api neraka tersebut yang telah berwarna hitam kerana sangat panas.


Di padang masyar,ketika semua manusia dari umat Nabi Adam a.s sehinggalah manusia yg terakhir sekali hidup di dunia ini berbaris menantikan perhitungan amal,lalu ALLAH perintahkan mereka untuk berkumpul mengikut Tuhan masing-masing.Ada yang mengikut berhala-berhala yang di sembah,ada juga yang mengikut nenek moyangnya,ada yang mengikut kepercayaan bible nya,ada yang mengikut wang ringgit dan harta benda yang di kejarnya,ada yang berkumpul mengikut idolanya(idola yg melampau) di dunia sehinggalah tinggal satu kumpulan manusia yang tidak mengikut mana-mana kumpulan.Merekalah orang mukmin sejati.

“Dan(ingatlah)ketika Kami menghimpunkan mereka semua (pada hari kiamat) kemudian Kami Berfirman kepada orang-orang musyrik: “tunggulah di tempat kamu semua,kamu dan makhluk-makhluk yang kamu jadikan sekutu.”Sesudah itu Kami putuskan perhubungan baik sesama mereka.Dan berkatalah makhluk-makhluk yang mereka sembah itu(sebagai melepaskan diri): “Bukanlah kami yang kamu puja dan taati(sebenarnya kamu hanya memuja dan mentaati hawa nafsu kamu sendiri)!”

-Surah Yunus ayat 28

Lantas,ketika berada di masyar,adakah kita masih boleh berbantah-bantah dengan Hakim kita(ALLAH) tentang kesalahan yang kita lakukan?

Boleh berbantah-bantah dengan mengatakan tidak pernah bersentuhan dengan bukan muhrim,boleh berbantah tentang memecah amanah,boeh berbantah tentang bergosip,mengumpat,boleh berbantah-bantah tentang mengambil wang haram?..Adakah ketika ini kalian boleh menutup mulut saksi-saksi dosa kalian dengan sogokan wang ataupun sogokan memberikan sedikit pahala kalian kepada saksi?

“Dan jagalah dirimu daripada (azab)hari (kiamat yg pada ketika itu)seseorang tidak dapat membela orang lain,walau sedikitpun;dan(begitu pula) tidak diterima syafaat dan tebusan daripadanya,dan tidaklah mereka akan di tolong”
-Al-Baqarah:48

Amalan yang sangat di benci ALLAH adalah perbuatan syirik.A’ha..mungkin ramai dari manusia yang berasa terlepas dengan azab dosa syirik.Benarkah kalian tidak pernah melakukan syirik?

Syirik bermakna menyekutukan ALLAH dengan sesuatu yang lain.Di sudut ini,apabila seorang manusia menyembah harta benda sehingga menyebabkan dia melupakan ALLAH,bermakna dia telah syirik kerana harta yg di milikinya berbanding ALLAH.Ada juga yang mengagungkan wanita-wanita dan juga lelakisehinggakan memuji-muji kecantikannya dengan super dupper sekali,sehinggakan kerana seorang wanita/lelaki,dia sanggup menyusahkan dirinya menghabiskan duit beribu-ribu,sanggup mengorbankan dirinya demi menagih cinta seorang wanita/lelaki sedangkan cintanya pada ALLAH tidak pernah bertanding dihatinya,atau mungkin dahulu dia orang yang agak warak,tetapi di sebabkan seorang lelaki,/wanita ,dia menjadi lalai lantas terbanglah segala maruah diri,terbanglah tudung,terbanglah solatnya.

Dan,ada juga yang terlalu mengagung-agungkan teori-teori tertentu seperti nasionalisme,komunisme,kapitalisme,dictator sehingga sanggup meminggirkan islam.Golongan ini berlaku syirik kepada ALLAH kerana mereka sanggup menolak ajaan islam kerana terlalu mengikut ideology yang di bawa pendukung teori-teori ini

Adakah sembahan-sembahan yg mereka sekutukan itu mampu menolong mereka?Di akhirat kelak tiada apa yg dapat membantu mereka.Masing-masing menjaga diri sendiri,memikirkan amalan-amalan yg tidak mencukupi untuk melayakkan diri utk menjdi ahli syurga.Tiada siapa yg akan mengaku menjadi Tuhan kerana mereka sedang menghadap di hadapan Tuhan sekalian alam.Tiada juga harta benda,berhala,kubur keramat,emas perak,kereta mewah ,artis,dato’ seri yang akan mengaku menjadi Tuhan.Bahkan mereka menyalahkan pula pengila mereka kerana memuja-muja dan mengejar mereka.

“Pada masa itu tiap-tiap diri dapatlah mengetahui(dan merasai)akan apa yang ia telah kerjakan,dan mereka dikembalikan kepada ALLAH,Tuhan mereka yang sebenar-benarnya(yang akan membalas dengan adil) dan (dengan itu) hilang lenyaplah daripada mereka apa yang mereka ada-adakan”-

(Yunus :ayat 30.)

Setelah mengetahui peristiwa masyar,adakah masih mampu memeluk tubuh membuat dosa-dosa?Apalah ertinya membaca Doa munajat, “Ya Allah..aku tak layak ke syurgaMu,..namun tak pula sanggup ke neraka-Mu” jika kata-kata tidak mengambarkan perlakuan.Seperti juga mengatakan kita menyayangi ibu kita,tetapi sentiasa menyakiti hatinya..Adakah itu menandakan kasih sayang anak kepada seorang ibunya.Lantas ,sang ibu akan berkata… “Kamu sering mengatakan sayang pada ibu..tetapi kamu sentiasa menyakiti hati ibu,..inikah di katakana sayang?”

Hairan bukan,jika bertanya pada pelaku dosa tentang hari kebangkitan,Percaya atau tiadak?..Maka mereka akan menjawab dengan pantas sekali.. “ Of Course I percaya”. Percaya tak ada syurga dan neraka.. “Yeah,mesti la percaya..”..Habis,kamu nak masuk yg mana?.. “Masuk syurga!”..Inilah pepatah melayu.Cakap tidak serupa bikin.Hairan akan mereka yg ingin masuk syurga tetapi melakukan amalan ahli neraka.

Begitu juga dengan persoalan keimanan.Jika kita berkata “Awak tidak beriman!”..mati la kita di makinya.Mereka akan mempertahankan keimanannya.Sedangkan berdasarkan pada hadith Rasulullah s.a.w

“Barangsiapa yg Nampak kemungkaran,maka cegahlah dengan kuasa,jika tidak mampu cegahlah dengan lisan,jika tidak mampu juga,maka cegahlah dengan hati.Itulah selemah-lemah iman”

Maka,apabila mereka suka pada maksiat,malah menjadi pembela pula..apakah tahap keimanan mereka?

Dan,adakah pelaku dosa akan terlepas daripada hukuman ALLAH?Bagai lari dari pandangan mata pak POLISI,lalu kita ingin lari dari pandangan ALLAH.Dan merasakan esok masih ada untuk bertaubat.Jika kita lari dari pak POLISI,tiba-tiba kita terlanggar pula pokok,dan malaIkat maut menjemput..Lantas,masih adakah lagi ruang untuk lari dari hukuman ALLAH?

Wahai sahabat,wahai sekalian manusia

, marilah sama-sama kita mensucikan diri dari dosa-dosa lampau.Masih ada ruang selagi mata belum tertutup,selagi nafas masih ada,selagi roh berada di dalam jasad.Masih ada peluang bagi pelaku dosa untuk lari dari hukum ALLAH.Hanya dengan bertaubat nasuhah.Tidak perlulah pergi jauh-jauh,ke gereja(sprt Kristian)utk menghapus dosa.Islam itu mudah,ambillah sedikit masa di malam hari,ketika manusia lain sdg nyeyak tidur untuk memohon kemaafan pada-NYA.Sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun,Maha pengasih Lagi Maha Penyayang,Taubat seseorang yg melakukan dosa kerana jahil adalah lebih mulia berbanding mereka yang melakukan dosa sedangkan mereka mengetahui kesalahan itu dan telah di beri peringatan.
.-rujukan: Siri Kuliah Tafsir Al-Quran/Hidayah/Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat/Anbakri Publika sdn,bhd

Wahai Tuhan ku tak layak ke syurga-Mu.

Namun tak pula aku sanggup ke neraka-Mu

Ampunkan dosaku ,terimalah taubatku

Sesungguhnya engkaulah pengampun dosa-dosa besar.

Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai,

Dengan rahmat-Mu Ampun kan aku

Oh Tuhanku.

Kami takut..

Kami Harap kepada-Mu

Suburkanlah CINTA kami kepada-Mu

Kamilah hamba yang mengharap belas darimu

No comments:

Post a Comment

jom ReLax

hamster^_^

InDaHnYa IsLaM..

Andai Al-quran bisa bicara,ia berkata:"waktu kau masih anak2,kau bagai teman sejatiku,dgn wudhu kau sentuh aku,dlm keadaan suci kau pegang aku,kau baca dgn lirih dan keras,skrg kau telah dewasa,nampaknya kau tdk berminat lagi padaku,apakah aku bacaan usang?Skrg kau simpan aku dgn rapi,kau biarkan aku berlapis debu,ku mohon peganglah aku lg,bacalah aku setiap hari,kerana aku akn mnjd penerang didalam kuburmu!

cursor

Elegant Rose - Working In Background