SaLAM PeRsAuDaRaAn

Monday, December 20, 2010

Cerpen:Ini untuk ALLAH...

BismiLLAHi Rahmani Rahim..,ini cerpen kedua ana yang ana buat sendiri..cerpen pertama ialah kisah faris audah,boleh baca dalam blog addhaif..kalau nak copy silakan cuma sebaiknya minta izin lah dulu agar tidak disalah gunakan..so enjoy it.,semoga memberi manfaat..=)addhaif naqiuddin..,mula 1.00pm,cerpen spontan..





Waktu persekolahan telah pun tamat,kelas 5 Abu Daud lengang dan sunyi,Syarif meletakkan pensilnya dan menghela nafas panjang.”Ya ALLAH,panjang lagi ke..?”keluh hatinya.Sorotan matanya penuh kebosanan menatap buku sejarah yang langsung tidak menarik hatinya.Dia kehilangan semangat.Pandangannya dialihkan ke meja kayu bersebelahan mejanya.”Syababb..”,suaranya seakan tidak mahu keluar.



Mulut Syabab terkumat-kamit.Syarif memandangnya penuh kehairanan.Mereka jalan beriringan menuju ke Dewan Peperiksaan.”Enta berdebar ke..?Dengar cerita soalan trial ni susah.”,usik Syarif.Syabab tersenyum.”Kitakan dah study,InsyaALLAH bolehnya.Jangan dengar khabar-khabar angin tu,mereka kata susah kerana mereka tak study tapi kita studykan?Ke enta tak study ni..?”.”Eh mana ada,semalam ana pinjam buku sejarah enta tu,ana study lah tu”.”Boleh percaya ke enta ni..hehe..entah-entah pinjam saja je..”.Gurauan Syabab tepat.Syarif hanya sempat membelek beberapa mukasurat sahaja sebelum ‘tumbang’.Syabab memerhati gelagat sahabat karibnya itu semalam.Syarif tertunduk dalam senyuman.Syabab tertawa kecil.”La takhofu wala tahzan,innALLAHa ma`ana.”,pujuk syabab sambil menepuk bahu Syarif.Jangan takut dan jangan bersedih,seseungguhnya ALLAH bersama kita.



Syabab menadah tangan penuh kesayuan.Matanya dipejam kemas.Mulutnya terkumat-kamit membaca doa.Lama.Kertas soalan yang tersedia dihadapannya belum lagi dibelek.”Syabab..!”,tegur Cikgu Nordiana selaku pengawas peperiksaan tersebut.Syabab tersentak lantas mengaminkan doa,dan mula menjawab.Selesai menjawab sekali lagi Syabab menadah tangan berdoa.”Syabab..macam mana soalan.?”,soal Syarif sebaik sahaja keluar dari Dewan Peperiksaan.”AlhamduLILLAH,bagi ana mudah sikit,enta..?.”Erm..alhamduliLLAH,jawab tu boleh,tapi..”.”Tapi..?”,Syabab menantikan jawapan Syarif.”Susah sikit la..”,luah Syarif.”La..tu la enta semalam ana ajak study bersama,enta nak study sendiri..Tak kira malam ni enta kena study dengan ana..tiada kompromi”.”Enta study sampai lewat malam lepas tu qiamulail ana mengantuk la,tak biasa..”.”Dah tu bila lagi nak biasa-biasakan,rugi enta tak qiam,ALLAH akan turun pada langit dunia untuk cari hamba-hamba yang sedang bermunajat kepada-NYA.Enta tak nak study tak apa,tapi qiam tetap qiam Syarif,kitakan da`ie..”,Syarif mengangguk.”Da`ie merupakan satu hujah..!!”,tambah Syabab.Syarif menggaru kepala.Kurang faham.”Da`ie..?Hujah..?”.”Ha tak baca lah tu..cari sendiri..ada dalam buku maza ya`ni intimai lil Islam.“balas Syabab .

Peperiksaan percubaan tamat pada tepat pukul 2.30 petang,cuaca agak redup dan hari kelihatan hendak hujan kerana awan kelihatan mendung.Angin kencang menyebabkan daun-daun kering berterbangan.Udara dingin dan nyaman sesekali menampar lembut pipi Syarif duduk di atas kerusi simen .”Mana Syabab..?”bisik hatinya.Entah kenapa tiba-tiba dia merasa tidak sedap hati.”Dekat sini enta,puas ana cari..”,Syabab tiba-tiba muncul.Syarif mengukir senyuman.Lega.Keresahan hatinya lantas hilang dengan kehadiran Syabab.”Sejuk hari ni kan..?”soal Syabab membuka bicara.”Ya,langit akan menangis..”,jawab Syarif.”Hujan..?”,tanya Syabab.”La enta ni ana nak bersastera sikit pun tak boleh”.”Oh enta dah pandai bersastera sekarang ni..”.”Biasalah..”,berderai tawa kedua-dua sahabat karib tersebut.



“Langit kadang-kadang cerah,dan kadang-kadang mendung..manusia..?”Syabab membuka persoalan.”Kadang-kadang putih,kadang-kadang hitam..eh ye ke..?”.”La enta ni,manusia kadang-kadang bangkit dan kadang-kadang jatuh..,Manusia kadang-kadang ingat dan kadang-kadang juga lupa..,Manusia tidak kekal,sentiasa berubah dan..manusia juga tidak kekal hidup,esok lusa mungkin kita dijemput..kita tak tahu..”.Syabab memegang tangan Syarif,”Ingat pesan ana,kalau ana pergi dahulu,enta jangan patah semangat,teruskan dakwah..jaga akhlak,da`ie harus menjadi contoh,contoh terbaik yang boleh menjadi ikutan,jaga ALLAH walau dimana pun enta,DIA lah kekuatan kita,kalau ada masalah maka berdoalah..jangan biarkan ISLAM ini runtuh,Syarif..kita adalah da`ie,seorang da`ie tidak akan berdiam diri apabila berhadapan dengan kemungkaran..selagi ada kemungkaran selagi itu ISLAM takkan bangkit., !!”Syabab meninggikan suaranya.”Syabab..ana janji ana akan ingat pesan enta..InsyaALLAH..”,kata-kata Syarif tenggelam,hampir saja tidak kedengaran.Satu perjanjian yang kukuh termatri atas dasar ukhuwwah.



“Syabab,Syabab..kenapa ni nampak letih je..”,Syabab tersenyum kelesuan.Wajahnya pucat.”Kitakan da`ie..Mana boleh macam ni..nanti cikgu masuk tengok enta tidur dalam kelas..anta tak sihat ke..?”.”Ana letihlah Syarif..”.”Exam dah habis tapi kenapa enta tetap study sampai lewat malam..?”.”Itu untuk ALLAH,ana study kerana ALLAH bukan kerana exam..”,jelas kelihatan bibir Syabab tatkala dia tersenyum.Cikgu Noormi,seorang guru pakar bagi matapelajaran fizik,melangkah masuk kedalam kelas 5 Abu Daud.”Syabab..bangun cikgu dah masuk..Syabab..syabab..syabab..!!!Cikgu Syabab pengsan..!!!”,jerit Syarif apabila tiada respon dari sahabatnya itu.

Syabab dihantar ke hospital oleh Cikgu Noormi.”Syarif..kenapa dengan Syabab..?”,tanya Marwan,rakan sekelas Syarif dan Syabab.”Entah..”,Syarif menyembunyikan perasaannya.Kesemua pelajar lelaki kelas 5 Abu Daud mengerumuni Syarif,mereka tahu kemana sahaja Syabab berada disitu ada Syarif ,ibarat isi dengan kuku.Mereka menanyakan pelbagai soalan tentang Syabab,tapi cuma satu jawapan dari Syarif.”Ana tak tahu..”.Syarif pulang pada petang itu keseorangan bukan seperti kebiasaannya yang sentiasa akan ditmani sahabat karibnya,Syabab.



Jam dinding menunjukkan tepat pukul 5.00 pagi”Syarif..Syarif..bangun..jom pergi surau,sempat lagi ni nak qiamulail,subuh belum masuk lagi..”,Syabab berjubah dan berserban putih mengejutkan Syarif.”Syabab..?…ok tunggu jap Syabab ana nak bersiap..”,Syarif masih dalam keadaan mamai.”Syarif..ana pergi dulu..”Syabab menyahut dari jauh tapi suaranya jelas kedengaran,”ya..ya enta pergilah dulu,enta tunggu ana kat surau,nak pakai serban jap..”,sahut Syarif.Hati Syarif lega.”Syabab tak apa-apa..dia dah sihat..”,fikir Syarif.Sampai di surau Syarif mencari sahabatnya itu,namun tidak kelihatan.”Sembahyang dulu lah subuh dah dekat,nanti tak sempat nak qiam..”fikir Syarif.



Usai beberapa solat,Ustaz Zubaidi,warden asrama,yang turut qiamulail di dalam surau itu memanggil Syarif.Syarif berjalan perlahan mendekatinya,”ada apa ustaz..?”.”Ustaz dapat mesej dari cikgu Noormi,ada kaitan dengan enta.bacalah..”,Ustaz Zubaidi menghulurkan handset blackberrynya kepada Syarif.Bagai mahu tercabut hati Syarif,apabila membaca mesej tersebut.”InnaliLLAHi wainna ilaihi rajiun..”,hanya itu yang mampu Syarif luahkan.Menurut mesej tersebut,Syabab telah pulang ke rahmatuLLAH tepat jam 5 pagi tadi,Syabab menghidap penyakit barah otak yang sukar dirawat,dan dia juga tidak mampu untuk membayar kos pembedahan yang terlalu tinggi.ALLAH lebih sayangkan Syabab.Air mata Syarif mengalir.Nafasnya berat.”Syabab,….”



Syarif tersedar dari lamunan,buku teks sejarah masih terbuka dihadapannya,Syarif membelek buku tersebut pada muka surat hadapan,terpampang nama Syabab..sambil dibawahnya tertulis kata hikmah yang sentiasa menjadi pegangan Syabab,”Da`ie adalah hujah..!”.Sayu.Pesanan Syabab masih terngiang-ngiang di telinga Syarif.Syarif tersenyum tawar sendirian di dalam kelas 5 Abu Daud yang kian terasa sunyi dan sepi kerana kehilangan sahabat karibnya,Syabab.Sebelum meninggalkan kelas,Syarif membersihkan meja Syabab.Syabab..demi ALLAH,ana takkan biarkan kemungkaran berlaku tanpa ana cegah..ana ingat pesan enta,kita adalah da`ie,dan da`ie adalah hujah..!!



wALLAHua`lam..

written by addhaif naqiuddin,semoga bermanfaat..=)

baca cerpen asli dekat http://addhaif2.wordpress.com/ @ http://addhaif.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

jom ReLax

hamster^_^

InDaHnYa IsLaM..

Andai Al-quran bisa bicara,ia berkata:"waktu kau masih anak2,kau bagai teman sejatiku,dgn wudhu kau sentuh aku,dlm keadaan suci kau pegang aku,kau baca dgn lirih dan keras,skrg kau telah dewasa,nampaknya kau tdk berminat lagi padaku,apakah aku bacaan usang?Skrg kau simpan aku dgn rapi,kau biarkan aku berlapis debu,ku mohon peganglah aku lg,bacalah aku setiap hari,kerana aku akn mnjd penerang didalam kuburmu!

cursor

Elegant Rose - Working In Background