SaLAM PeRsAuDaRaAn

Monday, December 20, 2010

KASIH BERSEMI HANYA KERANA-NYA

KASIH BERSEMI HANYA KERANA-NYA


Sekian lama saya menghilangkan dan menyepikan diri dari bertemu dengan insan-insan istimewa di luar sana.Menyepi untuk menstabilkan semula diri yang jatuh teruk akibat dugaan yang melanda.Jika dahulu,jari-jemari seringkali menaip “usah di keluhkan segala dugaan yang berlaku kerana ianya tanda kasih saying ALLAH”..kini,ianya benar2 terjadi.

Sekadar mukadimah.Saya tidak mahu lagi mengulangi ayat-ayat sedih,tinta-tinta keluhan atas dugaan ALLAH.Salah satu kepura-puraan besar adalah mengakui akan qada dan qadar ALLAH tetapi mengeluh apabila ujian dan dugaan melanda diri dan juga jiwa.Masya-ALLAH.Tidakkah diri ini sedar akan segala ujian yang terjadi adalah tarbiyah menuju keimanan pada-NYA?Lantas diri terus terjatuh ke dalan jurang yang dalam penuh kegelapan.Merintih dan mengeluh akan nasib diri.?Hinanya diri ini..mengakui sebagai khalifah di muka bumi tertapi tersungkur akan sedikit sahaja ujian dari-NYA.Diri ini belum layak untuk menerima piala anugerah tarbiyah dari ALLAH .s.w.t.

Melihat dan menafsir akan dunia.Diri ini terasa terlalu kerdil.Di sebelah sana,saya melihat keluarga mereka di uji dengan di anugerahkan anak-anak yang istimewa,semua anak-anaknya kurang berupaya dan berpenyakit “down syndrome”dan juga hyperactive.Di sudut lain..saya melihat mereka hidup sebatang kara.Seusia mudah telah kehilangan kedua ibu dan ayah dan juga mendapat anugerah menjaga seorang abang yang cacat akibat dari kemalangan.Di sudut lain,saya melihat pula anak-anak kecil yang sudah kehilangan kasih kedua ibu-bapa,bukan kerana kematian ibu dan ayah,tetapi kerana ibu dan ayah mereka sibuk melayan kehendak nafsu masing –masing sehingga mengabaikan tanggungjawab pada anak-anak yang mengharapkan sinar bahagia.

Lalu..mengapa perlu bersedih??mereka semua di uji..dan setiap ujian itu adalah berlainan.Mungkin saya tidak akan mampu jika mendapat ujian seperti mereka.Oleh yang demikian….Diri ini kembali bangkit dari rintihan-rintihan silam penuh kedukaan.Membuka lembaran baru dengan penuh rahsia ALLAH.Melangkah di atas duri-duri dunia ini dengan keyakinan yang teguh.Ini baru permulaan untuk episode-episod cerita akan datang..yang pastinya akan lebih menarik dan mencabar dari cerita dan kisah silam ini.

Semester ini..permulaan yang cantik dan indah.Garapan sang Pencipta yang memberikan sepenuh kasih-NYA pada hamba-hamba yang hina ini.Dan,hati dan jiwa ini kembali tersenyum tatkala bertemu semula dengan insane-insan yang amat di rindui.Di Taman syurga itu kami bertemu semula.Alhamdulillah,Program KEMBARA PENCINTA KEBENARAN..Bukan sahaja telah membuka hati-hati 3 orang manusia penganut Kristian untuk mendekati ISLAM,tetapi ia juga mentautkan kembali rasa kasih yang terpisah sekian lama.Perpisahan pada malam itu telah mengusik hati ini.Seorang kakak yang merindukan diri ini,barangkali merindukan juga buah fikiran yang dilahirkan diri ini atas bimbingan ALLAH,memberikan hadiah yang tidak pernah sy peroleh dari sesiapa jua insane yang bergelar madu’.Cukuplah ALLAH sahaja yang mengetahui apa rahsia yang tersirat di dalam hati kami.Bertemu dan berpisah kerana ALLAH semata-mata.Dirinya masih berusaha mencari erti sebenar sebuah kehidupan yang di sulami cahaya keimanan dan cahaya ISLAM yang hakiki.Meskipun dirinya ,saya tinggalkan terlalu lama..Hampir satu semester,tetapi ALLAH masih menguatkan dan memelihara hatinya supaya meneruskan perjuangan mencari CINTA.Kak…teruskan lagi kak..Masih ada sinar untukmu.Insya-ALLAH,saya cuba sedaya upaya mencari ruang untuk kita bersama mencari dan mengembara mencari erti CINTA YANG SEBENARNYA.Terima kasih kerana berusaha menghadirkan diri dalam program KEMBARA tersebut.Dan kita akan teruskan pengembaraan.Dan bukan kita,tetapi diri kakak sendiri akan mengembara mengenal DIA.YANG ESA.Seperti jugalah hamba ALLAH Yang bernama Mohd,Farhan Abdullah,(penceramah)ustaz yang dahulunya seorang paderi kristian dan kini telah bertukar menjadi seorang pendakwah yang hebat.Yang penyampaiannya medekatkan hati-hati pendengar kepada cahaya CINTA.

Dan kisah CINTA berterusan pula dengan tertautnya hati seorang sahabat,kenalan lama yang sudah lama terpisah kerana menuntut ilmu.Seorang kenalan,rakan sekelas ketika saya bersekolah di Terengganu.Tidak pernah di bayangkan kami akan bertemu di dalam keadaan ini.Setelah saya di angkat jauh meninggalkan kejahilan.Masih mekar di ingatan,ketika di sekolah.Saya seorang pelajar yang sering “breaking the rules”dan pelajar yang sangat tidak Islamic.Dan dia merupakan seorang wakil pelajar dan memegang Biro Kerohanian.Saya sangat tidak menyukai kerohanian dan sering menjauhi mereka-mereka yang “alim”.Kini..ALLAH temukan kami semula dalam tautan kasih kerana mencari redha-NYA.

Dia masih seperti dulu.Kawan dan sahabat yang dulu.Ada sesuatu yang ALLAH akan sampaikan melalui pertemuan kami.Setiap pertemuan adalah tersirat.Ambillah peluang untuk mengajaknya mendekati dan mengenal Sang Pencipta.Segan rasa diri ini berhadapan dengan sahabat saya ini.Saya hanyalah seorang yang jahil,kurang ilmu.Tetapi ingin bersama-sama mereka untuk berpimpinan sampai kesana.Bersahabat sampai ke syurga.Adakah saya layak untuk itu??


Sang sahabat itu..bersungguh-sungguh mendengarkan lisan ini berbicara.Dan cuba memahami.Bersama-sama naskah cinta ALLAH,kami menelaah masyarakat dan kehidupan dunia.Dan tidak sedar akan masa yang berlalu.Saat perpisahan pada malam yang dingin itu juga telah memetik hati ini.Terharu.Tidak saya inginkan begini.Diri ini hanyalah hamba ALLAH yang sering mengeluh akan ujian dunia..Ujian keimanan.Sang sahabat melindungi diri ini dari terkena titisan hujan dengan payung yang di pegangnya.Seperti terasa akan wujudnya payng ALLAH yang melindungi hamba-hamba-NYA yang berkasih untuk redha-NYA.

Subhanallah..indahnya bertemu dengan mereka.Indahnya bertemu dengan masyarakat..kawan-kawan kampus..rakan-rakan sebaya yang mencari dan mengembara mengenal Sang Pencipta.Merekalah manusia istimewa.Yang hatinya di ketuk dengan hidayah ALLAH.Terlalu ramai untuk saya kisahkan di dalam penulisan ini.Semuanya berjuang..berusaha untuk mencapai kejayaan mengapai kebahagiaan.Bukan saya,bukan kamu,bukan kalian,bukan juga sahabat-sahabat para dae’ yang membuka dan mengetuk hati mereka,Tetapi ALLAH jualah yang berkuasa melembutkan hati mereka menerima dakwah.

“Barangsiapa dikehendaki ALLAH akan mendapat hidayah(petunjuk),Dia akan membukakan dadanya untuk(menerima) ISLAMDan barangsiapa dikehendaki-NYA menjadi sesat,Dia jadikan dadanya sempit dan sesak(sedang) mendaki ke langit.Demikianlah ALLAH menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman”
Al-An’am ayat 125


ISLAM itu adalah untuk semua manusia.Sebarkanlah ISLAM di mana sahaja kaki anda berdiri.Berikan dan kongsi nikmat ini kepada mereka.

“Serulah mereka(manusia) ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik,dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik.Sesungguhnya Tuhanmu,Dialah yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalan-NYA dan Dialah yang lebih mengetahui siapa yang mendapat petunjuk”
an-Nahl ayat 125



Kawan-kawan dan sahabat-sahabat yang istimewa..Anda sentiasa di hati ini.Jika saya sangat gembira atas transformasi kalian kearah menuju CINTA ALLAH,maka bagaimana lah agaknya KASIH DAN CINTA ALLAH.S.W.T kepada kalian?Jika saya bersedih melihat kalian di uji,maka adakah uijian itu suatu yang buruk?Maka jawapannya tidak!.ALLAH telah menzahirkan kasih sayangnya melalui ujian.Di berikan peluang pada kalian untuk mendekatinya dan mengenalinya.KAWANKU..TEGUHKAN DIRIMU DALAM MENCARI CINTA-NYA

“Dan orang yang berhijrah kerana ALLAH setelah mereka dizalimi,pasti KAMI akan memberikan tempat yang baik kepada mereka di dunia. Dan pahala di akhirat pasti lebih besar,sekiranya mereka mengetahui”
an-nahl ayat 41

No comments:

Post a Comment

jom ReLax

hamster^_^

InDaHnYa IsLaM..

Andai Al-quran bisa bicara,ia berkata:"waktu kau masih anak2,kau bagai teman sejatiku,dgn wudhu kau sentuh aku,dlm keadaan suci kau pegang aku,kau baca dgn lirih dan keras,skrg kau telah dewasa,nampaknya kau tdk berminat lagi padaku,apakah aku bacaan usang?Skrg kau simpan aku dgn rapi,kau biarkan aku berlapis debu,ku mohon peganglah aku lg,bacalah aku setiap hari,kerana aku akn mnjd penerang didalam kuburmu!

cursor

Elegant Rose - Working In Background