SaLAM PeRsAuDaRaAn

Monday, December 20, 2010

HIDAYAH KUNCI KASIH SAYANG ALLAH..

HIDAYAH KUNCI KASIH SAYANG ALLAH..

Hidayah??..Hidayah tu orang nama hidayah ker?..oo,hidayah dak kelas kita tu ek..ini adalah serba sedikit klakar-klakar yg kedengaran bila sebut berkenaan hidayah.Adapun sesetengah kawan2 seumur ,seremaja kita menjawab.. “belum sampai seru lah”..ataupun.. “rilek la beb,umur masih muda,so kita enjoy!!”..enjoyla byk2,tapi kamu tahu ker bila malaikat maut nk dtg.Xder nyer dia nk bagi salam cakap nk cabut nyawa.Berapa ramai yg mati masa umur belia remaja ni..tambahan zaman serba cangih dan moden ni,surat khabar pun dh kecik,..umur pun makin la pendeknya…

Dalam kita menendengar bisikan2 halus remaja kita berkaitan hidayah,Alhamdulillah ramai remaja belia lain yg menerima dan merasa kasih sayang ALLAH ini.Alhamdulillah,beberapa hari yg lalu,ana baru terima testimony dr seorang kenalan ketika skolah menengah.Kenalan yg agak rapat wktu d sekolah.Dia menyatakan keinginan utk berubah.Mungkin belum mempunyai cukup kekuatan.Tahniah ana ucapkan kepada kenalan tersebut kerana mempunyai kudrat utk menyatakan hasrat yg murni tersebut.Ana akui bukan senang hendak keluar dari kepompong kejahilan ini.Banyak pengorbanan yg perlu di lakukan.
Seperti firman ALLAH:
apakah manusia mengira bahawa mereka akan di biarkan hanya mengatakan “kami telah beriman” sedangkan mereka tidak pernah di uji?Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang2 sebelum mereka.Maka ALLAH mengetahui sesiapa yg benar dan sesiapa yg dusta…(al-ankabut:2-3).
Tapi percayalah ,para pengembara,itu hanya ujian keimanan.selepas dari ujian getir,insya-ALLAH kita akan berasa manisnya iman,manisnya ukhwah islamiah,indahnya jika hidup hanya kerana ALLAH.

Sahabat rahimakhumullah sekalian,

Kita sebagai makhluk ciptaan,yang paling mengenali hakikat manusia tentunya Yang Maha Pencipta.Kuim misalnya, walaupun ada yg dapat mengagak ramuan di dalamnya,tetapi resepi sebenarnya hanyalah tukang yang membuat kuih yang tahu. “Begitu juga manusia,walaupun seorang anak dilahirkan melalui ibu bapanya daan ibu bapa berperanan memberikan pendidikan,tetapi untuk apa manusia di hidupkan dan kemana ia selepas hidup hanya ALLAH Yang maha Pencipta yang mengetahui.Apabila kita sedar segala yang kita perlukan di dunia ini ALLAH yang mengadakannya,maka tentu kita akan berpegang pada catalog yang ALLAH sediakan iaitu al-quran dan ass-sunnah.Kesedaran untuk menggunakan catalog ini adalah hidayah.Ini bertepatan dengan hidayah dari segi bahasa iaitu petunjuk atau jalan.

Hidup manusia sebenarnya memerlukan panduan.Tanpa panduan,hidup ini terasa kosong dan manusia tidak tahu bagaimana hendak menguruskan hidupnya.Usah tertipu dengan pemikiran2 western.Kebanyakkan mereka menjadikan kejayaan mengumpul kekayaan,kerja dan professional sebagai tujuan hidup.Sebagai kesan,di pengakhiran cerita hidup mereka masalah juga yang muncul.Gejala social,pergaulan seks bebas,mentality ill dan perebutan harta yang mengundang.Kasihan apabila mendengar rintihan manusia2 d sekeliling kita.Yang remajanya dengan masalah couple yg menjadi barah dalam masyarakat,yg dewasanya bermasalah dengan kewangan ,makcik2nya dengan ghibah dan hasad..Sering kali ana melihat blog2 dan juga shotout friendster yg nyata-nyatanya keluhan seperti “what the hell I do”… “Rahsia di hati siapa yang tahu”…jika di amati masalah tidak akan tamat sehinggalah kita di titian sirat.Tanpa masalah tiada lah rencah dlm kehidupan.Sesungguhnya kehidupan d dinua ini tidak lain hanyalah tipu-helah semata-mata..Oleh itu bila datangnya musibah dan masalah,kembalilah kepada panduan kita,dan di sinilah kita akan bertemu dengan hidayah ALLAH,dengan kasih saying ALLAH..Tanpa wujudnya masalah,kita tidak akan tahu bagaimana cara utuk menyelesaikan masalah.Maha Suci ALLAH yg menciptakan sesuatu tanpa sia2.Janganlah kita risau dan bimbang kerana walaupun kita umat akhir zaman,tetapi ramai di kalangan umat akhir zaman ini akan mendapat hidayah.

Kepada para pengembara hidayah,teruskan pencarian kalian.Jangan kalian berputus asa dengan rahmat ALLAH kerana hidayah itu milik semua hamba ALLAH.Dan tika hidayah sudah menjelma,jadilah insan yg penuh dengan sifat ketaqwaan dan jadilah kalian nassrullah iaitu penolong-penolong agama ALLAH .Wallahu’alam

No comments:

Post a Comment

jom ReLax

hamster^_^

InDaHnYa IsLaM..

Andai Al-quran bisa bicara,ia berkata:"waktu kau masih anak2,kau bagai teman sejatiku,dgn wudhu kau sentuh aku,dlm keadaan suci kau pegang aku,kau baca dgn lirih dan keras,skrg kau telah dewasa,nampaknya kau tdk berminat lagi padaku,apakah aku bacaan usang?Skrg kau simpan aku dgn rapi,kau biarkan aku berlapis debu,ku mohon peganglah aku lg,bacalah aku setiap hari,kerana aku akn mnjd penerang didalam kuburmu!

cursor

Elegant Rose - Working In Background