SaLAM PeRsAuDaRaAn

Tuesday, December 21, 2010

CINTA MARDHOTILLAH

“Alhamdulillah”. Nur Syazwana dan sahabat karibnya, Siti Ayuni melafazkan kata syukur pada Ilahi kerana mereka mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM. Mereka segera menuju ke surau sekolah untuk melakukan solat sunat dua rakaat serta sujud syukur pada Allah kerana telah memberi hadiah berupa kejayaan pada mereka. Syazwana dan Ayuni termasuk dalam 10 pelajar terbaik sekolah yang mendapat keputusan 10A+ dan 11A+.

“Yuni, aku gembira sangat. Alhamdulillah. Tak sia-sia penat lelah kita study group sama-sama. Terima kasih dan tahinah buat kau.” Syazwana mengucapkan tanda terima kasihnya dengan senyuman yang meleret panjang.

“Itulah berkat namanya. Bak kata Wonderpets, apa yang penting kerjasama. Tahniah juga buat kau. Yang penting, kita kena ucap terima kasih pada semua guru-guru yang telah mengajar kita. Berkat kena rotan, lari padang, ketuk ketampi dan yang sewaktu dengannya, akhirnya, dapat juga kita merasai peluang menggenggam kejayaan. Betul kata orang, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Jomlah jumpa cikgu-cikgu kita!.” Ajak Ayuni. Mereka bergegas ke bilik guru untuk bertemu dan bersalaman serta peluk cium dengan guru-guru yang telah banyak bersabar mengajar mereka dari tingkatan 1 hingga ke tingkatan 5.

******

Salam. Apa agenda kau lepas ni? Nak sambung belajar kat mana? Ke kau nak kahwin dah? Jangan lupa jemput aku tau. Kirim salam rindu aku pada kedua-dua permaisuri hati kau tu. Haha.

Tergelak Zulhafiz membaca mesej yang dihantar oleh rakannya, Ruzaini, di Yahoo Messenger miliknya. Dia segera membalas mesej itu.

Kalau ikutkan hati, memang aku nak kahwin. Tapi, ayah aku sibuk suruh aku belajar. Ayah aku dah masukkan aku dekat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Lepas belajar, dah ada kerja, barulah ayah aku beri keizinan untuk aku kahwin. Aku tak kesah. Lagipun, ayah aku tak tahu lagi yang aku ni dah berpunya. Bukan satu tapi dua. Kalau aku kahwin awal-awal, aku nak kahwin dengan siapa? Aku pun tak tahu. Tak tahu nak pilih yang mana satu. Biarlah masa yang pilih siapa jodoh aku. Wassalam.

Dia mencari-cari kelibat nama sahabatnya yang pernah bersekolah bersama dengannya dulu.

“Ish. Tak ada siapa yang online ke? Bosannya.”

Tak lama kemudian, seorang sahabatnya online. Dia segera menyapa.

“Salam Syazwana. Kau dapat berapa? Sambung belajar dekat mana?”

“Salam. Aku dapat 10A+. Alhamdulillah, dapat masuk USIM. Kau pula dapat berapa? Lepas ni mesti nak kahwin kan? Hehe. Apa khabar buah-buah hati kau tu?”

“Wow! Tahniah! Aku 10A juga. Tapi, 7A+ dan 3A-. Haha. Oh, USIM. Nanti kau mesti terkejut dekat sana. Buah-buah hati aku sihat walafiat. Kau single lagi ke? Bila kau nak berpunya semula? Hehe.”

“Tahinah juga buat kau. Kenapa pula aku nak terkejut? Ada kejutan budaya ke dekat sana? Aku akan single sampai aku dah kahwin nanti, barulah plural. Haha. Tak macam kau. Belum kahwin lagi dah banyak plural. Kata dah insaf konon! Dahlah Hafiz, aku nak offline dah ni. Salam. “

“Dah mulalah tu ceramah dia. Hehe. Okey. Wassalam. Jaga diri baik-baik.” Akhiri Zulhafiz.

******

Syazwana memulakan harinya di USIM tanpa sahabat karibnya di sisi. Ramai dari kalangan rakan-rakannya terpaksa pergi ke PLKN. Mujurlah dia tak termasuk dalam senarai. Memang itu yang diidamkannya. Ramai juga rakannya yang sambung belajar di kolej-kolej dan universiti biasa. Hanya beberapa orang sahaja yang sambung belajar di universiti Islam seperti UIA dan USIM. Dia memilih USIM kerana universiti itu berdekatan dengan lokasi rumahnya. Dia tidakperlu risau tentang datang lambat kerana masa untuk sampai ke situ dari rumahnya hanya kira-kira 20 minit saja. Dia juga selamat dari duduk asrama atau hostel kerana itu adalah perkara yang dibencinya.

Macam mana ni? Aku nak tanya siapa? Takkan tak ada seorang pun yang aku kenal? Ya Allah, bantulah aku.

Syazwana bermain teka-teki dengan hatinya. Dia mengharapkan ada seseorang yang dikenalinya akan muncul kerana dia berasa asing dan takut di situ. Semua mata-mata yang ada memandang semacam padanya. Dia terus berjalan tanpa arah panduan kompas dengan pakaian yang dikenakannya pagi itu. Baju kurung ala-ala jubah berwarna ungu-ungu hitam ditambah dengan aksesori wajib seorang muslimah iaitu tudung. Dia mengenakan tudung labuh berwarna ungu cair.

“Hai awek. Boleh berkenalan?” Satu suara muncul dari arah belakang Syazwana. Dia tidak hiraukan dan terus berjalan. Kelajuannya dimaksimakan. Suara itu menyapa lagi.

“Awak, janganlah jalan laju sangat. Penat Hafiz!” Syazwana memberhentikan langkahnya sebaik mendengar perkataan Hafiz. Dia menoleh ke belakang.

“La..kau Hafiz! Jahatlah! Aku tak nak kawan kau! Jahat!” Zulhafiz tergelak mendengarnya. Syazwana terus berjalan dengan muka masamnya. Zulhafiz terkedek-kedek berjalan di belakang Syazwana. Dia ingin meminta maaf.

“Okey. Aku minta maaf. Aku bergurau la. Janganlah sensitif. Aku malaslah nak pujuk.” Zulhafiz memohon maaf dengan sisa-sisa gelaknya. Syazwana membalas dengan muncung yang tinggi.

“Jahat! Dah tahu aku ni sensitif, siapa suruh kacau? Dahlah. Aku maafkan. Aku nak tanya ni, kau tahu tak pejabat dekat mana? Dah berapa kali aku tawaf tak jumpa-jumpa.”

“La..kau pandai sangat sampai tak nak tanya orang siapa suruh. Padan muka! Haha.”

“Hello! Aku bukan tak nak tanya. Aku dah cuba. Semua pandang aku lain macam. Takutlah aku nak tanya. Segan! Kau lelaki mana tahu segan.”

“Yela. Kasihan aku tengok kau. Haha. Jomlah aku tunjukkan jalannya. Aku pun kebetulan nak pergi pejabat. Nak hantar borang.”

Zulhafiz berjalan di hadapan Syazwana menuju ke pejabat. Masing-masing diam. Zulhafiz memulakan bicara.

“Syaz, betul tak aku cakap?”

“Apa yang kau cakap?”

“Ala. Buat-buat lupa pula. Dalam YM tempoh hari. Kau akan terkejut. Haha.”

“Kau memang! Jahat! Macam manalah aku tak terkejut beruk bila nampak beruk. Haha.”

“Haha. Beruk ni juga yang tunjukkan kau jalan ke pejabat tau. Jangan lupa.”

“Ya. Aku tak lupa. Terima kasih, beruk.” Syazwana akhiri perbualan di situ. Pejabat sudah pun berada di depan mata.

“Alhamdulillah.” Ucap bibirnya.

******

TIT! TIT! Bunyi mesej di telefon Zulhafiz menyedarkannya dari tidur . Mesej dari mata airnya, Syiqah.

Salam. Awak, tengah buat apa? Sihat? Lama kita tak mesej kan. Awak tak rindu saya ke?

Belum sempat lagi Zulhafiz membalas, mesej yang lain pula masuk. Kali ini dari mata air keduanya, Ainul Miza.

Hai Abang. Kenapa lama dah tak contact Sayang? Abang dah ada perempuan lain ke?

Zulhafiz merasa tidak puas hati. Dahlah dia tertekan dengan assignmentnya. Buah-buah hatinya pula sibuk saja. Asyik nak mengganggu. Belum sampai sejam lagi dia melelapkan mata, bunyi-bunyi mesej telah mengejutkannya. Yang seorang tak habis-habis rindu. Seorang lagi tak habis-habis nak merepek.

Zulhafiz mengabaikan mesej-mesej cinta dari kekasih-kekasihnya. Dia menyambung merehatkan diri dan matanya. Dia berasa teramat penat kerana selama semalaman dia menyiapkan kerja-kerja assignment dan kerja-kerja amal di universiti itu.

5 minit selepas itu, telefon bimbit Zulhafiz sekali lagi berdering. Panggilan dari Ainul Miza.

“Kacau sajalah! Aku nak tidur pun tak boleh.”

Dia menjawab panggilan itu.

“Abang, kenapa tak balas?”

“Tengah tidurlah. Penat. Semalam banyak kerja.”

“Kesiannya. Betul Abang tak ada perempuan lain ya?”

“Betul. Dahlah. Nak sambung tidur. Assalamualaikum.” Akhiri Zulhafiz. Dia terus mematikan panggilan dan menyambung agenda tidurnya.

******

Syiqah berasa sedih kerana Zulhafiz tidak membalas mesej rindunya. Dia bermain kata-kata dengan hatinya.

Kenapa dia tak balas mesej aku? Dia betul-betul sibuk ke buat-buat sibuk? Entah-entah dia dah ada perempuan lain. Apa aku nak buat ni? Nak pasang ‘spy’ ke? Ish.. Nampak sangatlah yang aku ni tak percayakan dia. Entah-entah dia sibuk mesej dengan perempuan lain. Eh,aku mesej dengan lelaki lain boleh, kalau dia, takkan aku nak cemburu. Biarlah.

Dia menekan butang call pada nombor Zulhafiz.

“Hello. Kenapa call ni?”

“Hai. Nak call buah hati sendiri pun tak boleh ke?”

“Saya tengah busy la. Tengah buat kerja ni. Lain kali kita borak lagi.”

“Lain kali awak tu entah sampai bila! Awak ni betul-betul sibuk ke buat-buat sibuk?”

“Saya memang betul-betul sibuk. Terpulanglah pada awak nak percaya ke tak.”

“Susah saya nak percaya. Saya pun ada kerja. Tapi, saya masih ada masa telefon awak. Kenapa awak tak boleh luangkan masa dengan saya? Bila kita boleh jumpa?”

“Suka hati awaklah nak percaya ke tak. Saya memang sibuk. Saya duduk hostel. Bulan depan baru saya balik. Tak tahu boleh jumpa ke tak sebab pensyarah saya mesti bagi banyak kerja untuk disiapkan.”

“Banyaknya alasan awak. Awak ada orang lain ya? Baik awak cakap betul-betul.”

“Saya tak ada siapa-siapa. Tak nak percaya sudah. Saya banyak lagi kerja nak buat ni. Assalamualaikum.”

“Waalai…” Belum sempat lagi Ainul Miza menjawab salam, telefon sudah pun dimatikan. Hatinya semakin sedih! Zulhafiz sudah tak peduli akan dirinya. Zulhafiz sudah tidak sayang lagi padanya. Hatinya berkata lagi,

Sabarlah. Dia masih sayangkan kau. Kau pun sayangkan dia lagi kan?

Ainul Miza tidak menjawab soalan hatinya. Dia sendiri tidak tahu.

TIT! TIT! Bunyi mesej dari telefon Ainul Miza. Mesej dari Fikri.

“Salam. Miza tengah buat apa tu?”

Ainul Miza membalas mesej itu. Dia meluahkan rasa sedihnya pada lelaki itu.

******

“Hafiz! Tolong panjat.” Zulhafiz segera menuju ke arah Syazwana sambil tangannya menyimpan telefon bimbit ke dalam kocek seluarnya. Dia bertanya kepada Syazwana.

“Ada apa?”

“Tolong panjat. Letak benda alah ni.”

“Panjat sendiri tak boleh ke? Semua nak harapkan orang.”

“Kasar bahasa nampak! Kalau ada orang lain, aku tak suruh kau tau! Semua lelaki tengah sibuk buat kerja. Panjat tangga sana sini. Kau bergayut dengan buah hati tak ada kerja lain, aku minta tolong pun nak marah-marah. Marah dekat buah hati, nak lepas dekat aku pula!”

“Mana ada! Kau tak tahu apa-apa diam!”

“Dah! Tak payah tolong. Ruzaini dah habis panjat. Aku minta tolong dia saja. Pergilah bergayut lagi. Lama-lama pun tak apa! Tak nak buat kerja tak payah ada dekat sini!”

Syazwana marah. Dia meminta pertolongan Ruzaini untuk memanjat. Dia terus beredar dari tempat itu kerana terkilan dengan kata-kata Zulhafiz yang mencucuk-cucuk jiwa sensitifnya. Ruzaini yang merasa pelik segera bertanya pada sahabatnya itu.

“Kau cakap apa dengan dia? Macam bergaduh besar nampak.”

“Tak ada apa. Dia minta tolong aku panjat tangga tu. Aku saja suruh dia panjat sendiri. Asyik nak harapkan orang saja. Lepas tu dia marah aku. Aku dahlah tengah tertekan dengan Syiqah dan Miza. Tension betul!”

“Kau ni pun satu! Takkan kau nak suruh perempuan panjat tangga? Tak sopanlah. Lagi-lagi bertudung labuh. Itulah. Lain kali, cakap berlapik. Marah kat buah hati, kawan sendiri yang terkena. Padanlah muka dia masam saja tadi.” Ruzaini berganjak dari situ dan menyambung kerja-kerjanya yang tergendala.

Zulhafiz merasa serba salah. Hatinya berkata,

Betul juga kata Zaini tadi. Kenapalah aku suruh dia panjat? Ish..susahlah aku macam ni. Dia tu dahlah sensitif. Mesti lepas ni tak nak tegur aku dah. Apa aku nak buat? Minta maaf? Erm..tengoklah dulu.

*****

“Aduh!” Keluh Syazwana. Tangannya terlanggar penjuru dinding dan menyebabkan buku-buku yang dipegangya terlepas dari tangannya. Dia segera mengangkat semula buku-buku itu.

Tiba-tiba, ada suara muncul.

“Ada darahlah dekat tangan kau tu!” Tegur Zulhafiz.

“Biarlah. Kau sibuk kenapa?” Jawab Syazwana dengan nada yang agak tinggi.

“Nak aku tolong tak?” Zulhafiz menawarkan bantuan.

“Tak payah susah-susah. Buang masa kau saja.” Syazwana bergegas dari situ dan menuju ke kelas kuliahnya.

Zulhafiz yang baru hendak memulakan langkah cepat-cepat mematikan niatnya itu apabila ternampak kelibat seseorang sedang berniat membuat sesuatu yang buruk pada kereta milik Syazwana. Dia memulakan langkahnya secara perlahan. Dia terkejut.

Izat?? Dia buat apa dengan kereta Syaz tu. Ni mesti ada niat jahat ni. Tunggulah. Aku takkan biarkan kawan aku dikhianati oleh kawan dia sendiri. Nak pikat Syaz guna cara ni. Memang takkan berjayalah.

******

“Alamak! Pancit? Pagi tadi ok. Macam mana aku nak balik ni?” Syazwana bercakap dengan dirinya sendiri.

Dia melihat, Izat sedang menuju ke arahnya dengan satu senyuman. Syazwana pelik. Hatinya berkata,

Peliklah mamat ni. Tiba-tiba senyum dekat aku. Malas aku nak pandang.

“Hai Syaz. Kenapa tak balik lagi?” Sapa Izat.

“Erm. Kereta ni buat hal. Pancit. Kejap lagi Syaz balik la.” Jawab Syazwana endah tak endah.

“Nak Izat tolong?”

“Eh, tak apalah. Menyusahkan saja.”

“Tak susah pun. Izat pergi sana kejap ya. Nak tengok tayar ganti ada ke tak.”

5 minit kemudian, Izat kembali dengan tanpa senyuman di muka.

“Maaflah. Tayar ganti kereta Izat tertinggal.”

“Tak mengapa. Izat pergilah balik.”

“Syaz macam mana? Boleh Izat tumpangkan Syaz balik?”

“Eh, tak apa.Maaf.”

Tiba-tiba, Zulhafiz, Ruzaini dan Lia Farhana muncul.

“Kereta kau problem ke? Biar Hafiz yang tolong. Dia pakar bab-bab kereta ni.” Ruzaini memulakan bicara.

“Biar aku ganti tayar kau tu. Kereta Zaini ada tayar ganti. Aku pergi ambil kejap.” Kata Zulhafiz dengan nada tegas.

“Syaz, kau balik dengan aku dululah. Dah lewat ni. Esok baru kau ambil kereta kau ni. Ok?” Lia Farhana bertanyakan pendapatnya.

“Ok juga idea tu. Aku tumpang kau baliklah. Izat, terima kasih. Saya tumpang Lia.”

“Eloklah tu. Saya balik dulu. Hati-hati ya Syaz.” Izat membalas. Dia berlalu dari situ dengan muka yang kecewa. Kecewa kerana tidak berjaya menumpangkan Syazwana.

Zulhafiz kembali bersama tayar ganti. Ruzaini berada di sebelahnya.

“Hafiz, aku dengan Syaz nak balik dah ni. Izat baru saja balik. Tak apa kan kereta ni tinggal dengan kau dan Ruzaini?” Tanya Lia Fazrhana.

“Ok. Pergilah balik. Dah pukul 6.00 petang ni. Jangan risau. Kereta ni selamat dengan aku. Eh, silap. Dengan kami.” Jawab Zulhafiz dengan nada selamba.

Syazwana hanya mendiamkan diri. Dia dan Lia Farhana berjalan menuju ke kereta untuk balik. Dalam perjalanan, Lia Farhana memulakan bicaranya.

“Kau patut ucapkan terima kasih pada Hafiz.”

“Ya. Nanti aku cakaplah terima kasih dekat dia.”

“Sebab dialah kau balik dengan aku, bukan dengan Izat.”

Syazwana sedikit terkejut.

“Kenapa kau cakap macam tu? Aku tak fahamlah Lia. Boleh kau explain?”

“Dia cerita dekat aku dan Ruzaini. Masa kau nak pergi dekat kelas kuliah pagi tadi, lepas tangan kau darah tu, dia

nampak Izat yang pancitkan tayar kereta kau. Dia tahu, Izat ada niat tak baik dengan kau. Buktinya, dia pancitkan tayar kereta kau dan nak tumpangkan kau balik.”

Syazwana diam sejenak. Dia berkata dengan hatinya,

Astaghfirullah. Sampai hati Izat perbodohkan aku? Jahatnya! Terima kasih Hafiz!

******

Selepas solat Isyak, Syazwana membuka laptop kerana ingin menyiapkan kerja assignmentnya. Dia membuka Yahoo Messenger sekali. Dilihatnya, Zulhafiz sedang online. Dia memberanikan jari jemarinya menaip ucapan terima kasih pada Zulhafiz.

“Salam Hafiz. Terima kasih.”

“Salam. Sama-sama.”

“Aku dah tahu dah cerita sebenar. Lia dah cerita. Terima kasih sekali lagi.”

“Sama-sama sekali lagi.”

“Ish..dahlah tu. Patutnya aku yang merajuk dengan kau. Kau pula yang nak merajuk dengan aku.”

“Aku mana ada merajuklah. Aku ok. Aku minta maaf sebab termarah kau tempoh hari. Sorry.”

“Termarah? Apa-apa sajalah. Aku dah lama maafkan. Dah lupa dah.”

“Lupa konon. Tapi buat muncung dekat depan aku petang tadi. Haha.”

“Hello! Mana adalah. Haha. Tahu-tahu saja. Aku tak sukalah Izat tu. Jahat. Nak tumpangkan aku pula. Tak ingin aku.”

“Siapa suruh kau suka Izat? Haha.”

“Jahatlah! Kau dah siap belum assignment? Apa cerita kau dengan buah-buah hati kau tu?”

“Aku tengah on the way nak siapkan assignment la ni tapi kau kacaulah. Haha. Aku pun tak tahulah. Tension aku. Malas nak fikir. Busy dengan assignment, entah bilalah nak siap-siap ni.”

“Itulah kau. Aku yang single ni pun kadang-kadang tertekan, apatah lagi kau yang bercouple. Siapa suruh, padan muka! Penat ustaz dan ustazah nasihatkan masa sekolah dulu, kau tak nak dengar. Sekarang, tanggunglah sendiri.”

“Apa ya yang ustaz dan ustazah cakap? Aku dah lupalah. Hehe. Bagitahulah aku.”

“Itu saja alasannya. Lupa konon. Ustaz kan pernah nasihatkan kita, jangan terjebak dengan perkara-perkara yang boleh menjerumuskan kita ke jalan menuju zina. Allah pun ada berfirman, “Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.” (Surah al-Israa’:32). Contohnya macam berpasangan, asyik calling tak tentu pasal, asyik mesej yang melalaikan dan yang sewaktu dengannya. Ustazah pun pernah cakap, jangan mulakan bercinta, nanti susah nak berhenti. Lebih-lebih bila dah kemaruk. Kan ustazh cakap, jangan bercinta masa belajar. Kau masa dekat sekolah lagi dah bercinta, sampailah sekarang, tetap lagi kan. Terpulanglah pada kau. Aku dah nasihat apa yang patut.”

“Kau doakanlah aku diberikan hidayah. Aku memang nak berubah jadi baik. Tapi, perlukan masa dan kekuatan untuk melawan nafsu yang sentiasa mengajak kepada kemungkaran ni.”

“Ameen. Aku sentiasa doakan yang terbaik untuk kawan-kawan aku. Ok. Aku nak sambung buat kerjalah. Assalamualaikum.”

“Ok. Aku pun. Terima kasih sebab bagi aku tazkirah percuma. Hehe. Waalaikumussalam.”

“Sama-sama. Semoga Allah memberi hidayahNya pada kau”

“Ameen. InsyaAllah.”

*****

“Good morning friend!” Sapa Ruzaini yang tiba-tiba muncul dari belakang Zulhafiz.

“Selamat pagi juga. Assalamualaikum” Jawab Zulhafiz dengan nada selamba.

“Perli nampak? Waalaikumussalam. Ambil kad ni”

“Kad jemputan? Kau nak kahwin ke? Awalnya.” Teruja Zulhafiz dengan pemberian kad jemputan rakannya itu.

“Taklah. Aku saja edarkan kad jemputan tu. Haha. Mestilah aku nak kahwin. Tengoklah nama siapa yang bertuah dekat atas kad tu.”

“Ruzaini dan Lia Farhana? Biar betul kau. Sejak bila? Haha.”

“Aku tak bercinta lama-lama. Tak ada peluang pun. Aku tengok peribadi dia baik, sopan, dan yang paling penting, agama dia pun bagus. Sesuai jadi isteri aku. Kau jangan cemburu sebab aku kahwin dulu.”

“Sejak bila kau baik ni? Okey pilihan kau tu. Sesuai dengan kau. Kenapa kau kata yang paling penting agama?”

“Yela. Nabi kan pernah bersabda yang bermaksud : “Dikahwini wanita itu atas empat faktor ;harta, keturunan, kecantikan dan agama. Maka, pilihlah yang kuat pegangan agamanya nescaya kamu akan senang.” Faham tak Hafiz?”

“Ooo. Habis tu, macam mana nak tahu agama dia kuat ke tak kalau kita tak dapat peluang bercinta dulu?”

“Bermula dengan kenalan biasa sebagai kawan, kita akan tahu peribadi agamanya. Lepas tu, gunalah orang tengah seperti pensyarah yang alim, ibu bapa dan lain-lain lagi. Jangan guna orang tengah bernama syaitan! Bahaya! Boleh menjerumuskan kita ke arah zina. Nauzubillah!”

“Syok pula aku dengar tazkirah kau ni. Untung aku dapat kawan macam kau. InsyaAllah, aku pergi hari pertunangan kau. Jangan risau. “

“Okey. Macam inilah kawan. Kau bila lagi?”

“Aku? Tak tahulah. Mak ayah aku cakap nak pilihkan jodoh untuk aku. Nak pilih calon yang solehah katanya. Aku ikut sajalah.”

“Habis tu macam mana dengan kedua-dua permaisuri hati kau? Dah putus ke?”

“Aku cadang macam tu. Tengoklah dulu. Kau doalah semoga aku mujahadah dalam cinta dunia ni.”

“Alhamdulillah. Aku harap kau akan berubah dengan lebih baik lagi. Tambahkan iman, suburkan takwa.”

“InsyaAllah.” Zulhafiz meleraikan kata.

*****

Dua bulan kemudian.

“Tahniah! Semoga kau dan Lia kekal bahagia dunia dan akhirat.” Lafaz bibir Zulhafiz.

“Terima kasih Hafiz. Semoga kau pun cepat-cepatlah sampai seru nak berumah tangga. Umur dah 22.”

“Ada jodoh, insyaAllah. 22 tahun tu muda lagi tau. Kau tu yang kahwin muda.”

“Biasalah.”

“Semoga cepat kahwin ya.” Sampuk isteri Ruzaini, Lia Farhana.

“Siapa lagi yang kau jemput? Lia, mana Syaz? Tak nampak pun batang hidung dia. Kau lupa jemput ke?”

“Itulah. Aku tak pernah lupa jemput kawan baik aku lah. Dari tadi pun aku tunggu dia, tak sampai-sampai. Bagi mesej tak balas. Tak tahulah.” Jawab Lia Farhana dengan nada sedikit gundah di hati.

“Tiba-tiba tanya ni kenapa? Rindu ke? Haha.” Ruzaini mengusik sahabat karibnya itu.

“Aku tanya sajalah. Tahulah hari ni hari bahagia kau. Nak mengusik aku pula. Haha.”

Tiba-tiba, muncul satu suara riang dari arah belakang Zulhafiz.

“Assalamualaikum pengantin baru. Minta maaf lambat. Ada hal tadi.” Suara riang Syazwana memecahkan gundah di hati Lia Farhana.

“Waalaikumussalam. Aku ingat kau tak sudi nak datang tadi. Sedih aku.” Lia Farhana membuat muka sedihnya.

“Haha. Aku mana boleh tak datang. Kau kan kawan baik aku. Aku tak datang pun kau gembira kan. Maklumlah, pengantin baru. Hehe.” Usik Syazwana.

“Isteri aku ni memang masih gembira kalau kau tak dating. Tapi, mamat sebelah kau ni yang sedih. Haha.” Sampuk Ruzaini.

“Eh, aku pula. Jahatlah kau ni. Tahulah dah jadi pengantin baru. Asyik nak menyakat saja.” Zulhafiz memarahi kawannya itu dengan nada bergurau.

“Hafiz pun ada? Tak perasan pula aku. Haha.” Syazwana membuat reaksi muka terkejut.

“Kau dah nampak sahabat karib, mana nak pandang aku yang daripada tadi berdiri sebelah kau ni.” Jawab Zulhafiz.

Mereka berempat meluangkan masa berbual mesra. Syazwana asyik berbual dengan Lia Farhana, manakala Zulhafiz asyik berborak dan bergurau senda dengan Ruzaini.

*****

Cuti sebelum semester yang terakhir telah seminggu lalu bermula. Zulhafiz pulang ke rumahnya lewat sedikit kerana menyiapkan tugasan-tugasannya. Zulhafiz gembira bertemu dengan kedua orang tuanya kerana rindu akan wajah saying mereka.

“Mak, Lisa mana? Dia tak cuti ke?” Tanya Zulhafiz.

“Adik kau tu belum cuti lagi. Minggu depan baru dia mula bercuti. Lambat sikit.” Jawab Puan Salbiah.

“Ayah mana? Tak balik lagi ke?”

“Ayah kau tu suka dengar ceramah dekat masjid. Habis ceramah, barulah dia balik. Kenapa kau tak ikut ayah pergi masjid sekali tadi? Boleh dengar ceramah.”

“Zul baru balik. Tak sempatlah. Esok Zul pergi ikut ayah. Mak jangan risau.”

“Zul, mak ada benda nak cakap dengan kau. Mak dengan ayah dah bincang dan setuju. Kau pula macam mana? Setuju ke?”

“Setuju apa? Mak dengan ayah dah pilih calon ke? Tak beritahu pun siapa.”

“Assalamualaikum.” Suara ayah memberi salam dijawab oleh kedua beranak itu.

“Bincang apa ni? Awak dah beritahu dia ke?” Tanya Ustaz Isma pada isterinya.

“Dah. Baru beritahu ni.” Jawab isterinya.

“Apa kata kau Zul? Mak dengan ayah dah setuju.” Ayah bertanya pada Zulhafiz.

“Zul bukannya kenal pun dengan calon yang mak dengan ayah pilih. Ok ke? Agama dia kuat?”

“Betul ke ni Zul anak ayah? Alhamdulillah. Agama dia ok. Kuat pegangan agama dia. Pakai tudung labuh lagi. Ok?”

“Kalau mak dengan ayah dah kata ok, Zul ikut sajalah. Pilihan ibu bapa adalah pilihan Zul juga.” Jawab Zulhafiz dengan nada biasa. Dia seperti tidak merasa apa-apa.

“Macam itulah anak ayah. Lagi 2 minggu kau habis semester akhir kan? Nanti ayah uruskan hal pertunangan kamu berdua secepat mungkin.”

“Awalnya. Kahwin pun lepas bertunang ke?”

“Bertunang dulu. Lepas dia dan kau habis belajar sepenuhnya dan dah ada kerja, barulah boleh kahwin.”

“Ikut ayahlah. Zul ikut saja. Zul masuk bilik dulu. Selamat malam.” Akhiri Zulhafiz.

*****

“APA??!! Lagi 2 minggu Kak Na bertunang? Awalnya. Dengan siapa? Kenapa ibu dengan abah tak beritahu?” Syazwana terkejut dengan berita itu. Boleh sakit jantung dibuatnya. Dia beristighfar berkali-kali.

“Ibu dengan abah terima lamaran daripada seorang Ustaz. Anak ustaz, mesti baik orangnya. Susah tau nak cari orang baik macam tu.” Jawab Puan Yati dengan nada tidak bersalah.

“Tapi, Kak Na pun berhak tahu. Ibu dengan abah kan boleh tanya Kak Na dulu.”

“Kami tahu kau setuju. Kau kata nak cari suami soleh dan baik, ibu dengan abah pilihlah anak ustaz.”

“Yela ibu. Kak Na masuk bilik dulu. Dah ngantuk.” Syazwana mengalah dengan ibunya.

Syazwana mengunci pintu biliknya dan air matanya bercucuran jatuh menerusi pipinya. Dia memohon di dalam hati,

Ya Allah, jika jodoh pilihan ibu bapaku adalah yang terbaik untuk ku, redhakanlah hatiku. Aku pasrah dengan ketentuanMu.

*****

Bunyi telefon bimbit Zulhafiz berdering kuat. Panggilan daripada rakan lamanya, Hamzah.

“Assalamualaikum Zul.”

“Waalaikumussalam Am. Ada apa? Tiba-tiba telefon ni. Hehe.”

“Ruzaini dah kahwin ke?”

“Dah sebulan yang lepas. Lambatlah kau ni. Kenapa?”

“Aku baru dapat tahu menerusi Ainul Miza.”

“Ooo.. Mana dia tahu?”

“Manalah aku tahu.”

“Dengar cerita sekarang dia couple dengan Ziyad. Betul ke?”

“Ziyad? Yeke? Aku pun tak tahulah. Oklah aku nak sambung buat kerja ni.”

“Ok.”

Hati Zulhafiz bermonolog sendiri,

Ziyad couple dengan Ainul Miza? Betul ke? Sejak bila? Biarlah. Aku pun dah nak kahwin. Buat apa nak ambil tahu.

Zulhafiz membuka Yahoo Messengernya. Beberapa rakannya online. Antaranya, Syazwana. Zulhafiz menyapa Syazwana kerana membaca mood sedih pada nama sahabatnya itu.

“Salam. Jangan sedih-sedih, nanti cepat tua. Hehe.”

“Sibuk saja. Sedihlah. Kau mana tahu.”

“Kau tak beritahu macam mana aku nak tahu? Hehe.”

“Mak ayah aku dah pilih jodoh untuk aku. Katanya, budak tu baik. Anak Ustaz. Tak suka!”

“Kenapa? Kau tak suka anak Ustaz ke?”

“Bukan sebab tu. Mak ayah aku buat keputusan bukan nak tanya aku. Siapa tak geram?”

“Betul tu. Aku pun kenalah. Bukan kau seorang. Tapi, aku ikut sajalah cakap mak ayah aku tu. Asalkan mereka gembira dan aku tak jadi anak derhaka.”

“Kau pun? Peliklah kau ni. Yela. Aku akan cuba ikut cakap kau. Aku bukan nak menderhaka, cuma, terkilan sikit saja.”

“Sabarlah. Kau pergi solat sunat 2 rakaat sekarang. Minta pertolongan Allah. Allah kan dah berfirman, maksudnya : “Wahai sekalian orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) solat; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang yang sabar.” (Surah al-Baqarah 2:153) Aku dah buat. Hehe.”

“Hafiz ke ni? Macam tak percaya pula aku. Hehe.”

“Ye. Aku Hafiz. Salah ke aku berubah?”

“Eh, aku tak cakap salah pun. Aku gembiralah. Alhamdulillah. Selalu aku bagi tazkirah, tapi hari ni kau pula bagi tazkirah percuma dekat aku. Terima kasih!”

“Sama-samalah kita saling nasihat-menasihati. Berdakwah fisabilillah!”

“InsyaAllah. Terima kasih. Ok. Out dulu. Salam.” Akhiri Syazwana.

“Eh, kejap. Aku nak tanya sesuatu.”

“Cepatlah. Apa dia?”

“Ziyad dengan kau macam mana? Kau ada berhubung lagi ke dengan dia?”

“Tak ada masa aku nak berhubung dengan dia. Buat apa? Kenapa kau tiba-tiba tanya ni?”

“Aku dengar cerita Ziyad dengan Miza couple. Betul ke? Aku saja tanya.”

“Yeke? Mana aku tahu. Aku tak nak ambil tahu pun. Kau sedih ke dia couple dengan Miza? Kau dengan Miza dan Syiqah macam mana?”

“Tak ada maknanya aku nak sedih. Aku dah lama putus dengan dua-dua tu. Aku kan dah berubah. Aku nak jadi soleh untuk dapatkan bakal isteri yang solehah. Hehe.”

“Alhamdulillah. Bagus-bagus. Aku sokong kau. Salam.”

“Terima kasih. Wassalam.” Akhiri Zulhafiz.

*****

Cuti sudah pun berakhir. Ruzaini, Lia Farhana dan Zulhafiz masing-masing berkemas untuk kembali pulang ke hostel.

Syazwana berada di rumahnya. Dia sedang cuba tersenyum di depan ibu bapanya walaupun hatinya sedikit tercalit luka terkilan.

*****

“Zaini, macam mana persediaan kau untuk periksa akhir semester ni? Mesti dah bersedia kan. Maklumlah, isteri bagi sokongan padu. Hehe.” Usik Zulhafiz.

“Haha. Aku insyaAllah dah sedia. Aku dengan isteri tercinta aku study group sama-sama. Kau pula macam mana?”

“Aku pun dah sedia. InsyaAllah.”

“Kau apa cerita cuti-cuti ni? Tak ada pergi mana-mana ke? Takkan duduk rumah saja. Tak percaya aku. Hehe.”

“Aku ulang-alik pergi masjid sajalah dengan ayah aku. Mak ayah aku dah pilih calon isteri untuk aku. Lepas habis periksa ni, aku bertunanglah. InsyaAllah.”

“Kau nak bertunang? Dengan siapa?”

“Aku pun tak tahulah. Lupa nak tanya mak ayah aku nama bakal isteri aku tu. Mereka yang pilih. Katanya, agama dia kuat, baik dan sopan. Aku ikut sajalah. Mungkin itu yang terbaik.”

“InsyaAllah. Aku doakan kau dapat isteri yang kuat pegangan agama seperti yang kau idam-idamkan. Mungkin ada hikmah yang tersembunyi.”

“Mudah-mudahan. Terima kasih Zaini. Kau memang kawan aku yang baik.”

“Baru tahu ke aku baik? Haha. Aku nak pergi bersiap dulu ye.”

“Bersiap? Nak pergi mana? Tak nak ajak aku pun.”

“Aku nak pergi dating dengan isteri tercinta aku lah. Dia tak sihat. Buat apa nak ajak kau? Kacau daun saja. Haha.”

“Amboi! Pergilah. Aku pun tak ingin nak ikut. Kalau aku ikut nanti, bertambah tak sihat isteri kau tu. Haha.” Mereka tergelak bersama.

*****

“Abang, semalam Sayang pergi hospital dengan mak. Tak sempat nak beritahu Abang. Maaf.” Kata Lia Farhana kepada suami tercintanya, Ruzaini dengan suara yang manja.

“Tak apalah. Sayang dah sihat belum? Doktor ada cakap apa-apa ke?” Tanya Ruzaini dengan nada risau beserta senyum di bibir.

“Ada. Doktor cakap……”

“Apa dia Sayang? Cepatlah cakap.”

“Sayang mengandung dua minggu. Tahniah ye bang.” Jawab Lia Farhana dengan senyuman yang manis.

“Yeke? Alhamdulillah. Semester pun dah nak habis ni. Nanti bila dah habis, Abang cari kerja ok. Abang dah isi borang permohonan bekerja sebagai kaunselor dekat sebuah sekolah menengah. Sekolah tu dekat dengan rumah kita nanti. Senang kerja Abang. InsyaAllah.” Ruzaini terharu bercampur bahagia.

“Alhamdulillah. Terima kasih ye bang. Sayang nak balik bilik dah ni. Kesian si Syaz tu seorang diri menanggung sedih.”

“Sedih? Kenapa dengan dia?”

“Mak ayah dia calonkan dia dengan anak Ustaz. Katanya, dia pun tak kenal siapa orang tu. Dia lupa nak tanya.”

“Macam kes Hafiz pula. Peliklah.” Ruzaini menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“Kenapa pula dengan Hafiz bang?”

“Hafiz ada cerita dekat Abang, mak ayah dia pun dah pilih jodoh untuk dia. Lepas habis exam ni, dia bertunang.”

“Yeke? Syaz pun cakap lepas habis periksa ni, dia akan bertunang. Entah-entah…..”

“Maksud Sayang……” Mereka berdua hanya tersenyum dan mengangguk kepala saja. Masing-masing tahu apa yang dimaksudkan.

“Dah lewat petang ni. Jomlah Abang teman Sayang balik.”

“Jom. Tapi, sampai depan hostel tu saja tau. Tak boleh masuk.”

“Ye. Abang tahulah.” Mereka berdua tergelak.

Sebelum masuk ke dalam hostel, Lia Farhana mencium tangan suaminya dahulu. Ruzaini menghadiahkan satu kucupan mesra di tangan hangat isterinya. Masing-masing seperti tidak mahu berpisah. 2 minggu ibarat 2 tahun bagi mereka. Maklumlah, sebelum ni tak pernah rasa rindu dan sayang seperti ini. Alhamdulillah, kemaruk cinta dan rindu ini halal untuk mereka.

Ruzaini berjalan pulang menuju ke biliknya. Dia tak sabar ingin beritahu berita gembira kepada sahabat karibnya itu bahawa dia bakal menjadi ayah tidak lama lagi.

*****

“Hafiz! Aku ada berita baik. Kau nak dengar tak?”

“Apa lagi kau ni Zaini? Memekik saja. Aku baru nak tidur ni. Apa hal?”

“Janganlah marah. Aku tak nak ceritalah.”

“Yela. Aku tak marah, geram saja.”

“Aku bakal bergelar ayah tak lama lagi. Hehe.”

“Maksud kau, Lia mengandung?”

“Ye. Alhamdulillah.”

“Alhamdulillah. Tahniah. Rumah kau dekat mana? Bagilah alamat. Senang aku nak pergi tengok baby kau nanti. Haha.”

“Nanti aku bagilah. Periksa pun tak habis lagi. Sabar. Kau tu, bertunang tak nak jemput aku ke?”

“Kau datang sajalah. Aku malas nak jemput semua. Tunggu aku kahwin, baru aku jemput semua. Aku dah cakap dengan mak ayah aku, buat kecil-kecilan saja. Tak membazir.”

“Aku dengan Lia wajib datang. Dah kawan karib kami yang bertunang. Haha.”

“Aku saja kawan karib kau, bukan kawan karib dia.”

“Apa-apa sajalah. Kau suka tak dengan pertunangan yang bakal berlangsung tak lama lagi ni?”

“Tak tahulah. Aku serahkan semuanya pada Allah.”

“Betul. Percayalah, ada hikmah di sebalik semua ni. InsyaAllah.”

“InsyaAllah. Dahlah. Aku nak tidur. Semoga berjaya esok.”

“Ok. Kau pun.” Ruzaini meleraikan kata terakhirnya.

*****

“Syaz, selamat malam. Buat yang terbaik tau untuk exam akhir esok.” Lia Farhana memberi perangsang kepada Syazwana.

“InsyaAllah. Sama-samalah kita berdoa.”

“Kau jangan sedih-sedih. Aku pasti, pilihan mak ayah kau tu mesti baik punya. Anak Ustaz kan?”

“Anak Ustaz saja baik ke? Aku pun tak tahu. Malas nak ambil tahu.”

“Tentu ada hikmah. Percayalah!” Lia Farhana tersenyum.

“Apa-apa sajalah. Yang penting, aku nak lulus exam ni.”

“Kau jemput aku tak?”

“Datanglah dengan suami tercinta kau tu. Aku tak nak heboh-hebohkan.”

“Ok. Tak ada hal. Aku nak tanya sikit boleh?”

“Apa dia?”

“Siapa yang selalu kau merungut bila tengok handphone kau tu?”

“Ooo..Tak ada apa. Izat tu. Asyik kacau aku saja. Entah dari mana dapat nombor telefon aku ni. Tak suka!”

“Izat? Kau balas ke mesej-mesej dia?”

“Jangan harap! Tak ada makna aku nak layan dia!”

“Janganlah marah. Aku tanya saja. Nanti kau mengadulah dekat tunang kau. Hehe.”

“Ish.. Entah siapa tunang aku! Dahlah. Aku nak tidur. Selamat malam.”

“Selamat malam Syaz.” Lampu pun ditutup. Bantal sudah lama menunggu.

*****

“Alhamdulillah. Tamat sudah peperiksaan. Lepas ni, boleh balik!” Ucap bibir Lia Farhana kegirangan.

“Alhamdulillah. Aku tahulah kau rindu dekat cik abang. Haha.”

“Syaz, aku nak tumpang kau balik boleh? Aku dah beritahu Ruzaini. Dia izinkan.”

“Ok. Nak balik rumah baru ke rumah mak? Hehe.”

“Balik rumah mak dululah. Wajib! Hehe. Terima kasih.”

“Sama-sama. Jom! Cepatlah kemas barang kau.” Syazwana menolong Lia Farhana mengemas dan memunggah barang ke bonet keretanya.

*****

Usai menghantar Lia Farhana, Syazwana terus memandu laju pulang ke rumah. Dia mahu beristirahat. Badannya sudah lenguh dan tulang-tulangnya seakan mula retak kerana kepenatan.

“Na, macam mana periksa akhir tadi? Ok?” Tanya mak Syazwana.

“Ok. Alhamdulillah. Kak Na nak masuk bilik dulu ye ibu. Nak tidur kejaplah. Penat.”

“Pergilah berehat. Esok jangan lupa.”

“Apa dia ibu?”

“Apa dia? Esok kan hari pertunangan kau. Buat-buat lupa pula.”

“Yela ibu.” Syazwana melangkah lesu ke biliknya. Hatinya berkata,

Esok aku bertunang? Dengan siapa? Awalnya. Ya Allah, kuatkanlah aku!

Syazwana member mesej kepada sahabat karibnya, Ayuni dan Lia Farhana tentang hari pertunangannya. Lia Farhana dan Ayuni membalas mesejnya. Mereka akan datang ke majlis itu.

*****

“Hafiz! Kau dah siap belum? Kereta dah nak bertolak ni. Cepat sikit!” Ayah Zulhafiz meninggikan suara dari luar rumah.

“Dah nak siap!” Zulhafiz menyahut.

Perjalanan dari rumah Zulhafiz ke rumah tunangannya tidaklah terlalu jauh. Jarak pemisahnya hanya 30 kilometer. Zulhafiz menaiki kereta bersama Ruzaini. Ruzaini yang memandu. Zulhafiz memulakan bicaranya.

“Zaini, isteri kau mana?”

“Dia ada. Kau jangan risaulah.”

“Aku tanya sajalah. Jangalah cemburu. Haha.”

“Aku tak cemburulah. Haha. Apa perasaan kau sekarang ni?”

“Agak gementarlah juga. Handsome tak aku?”

“Haha. Jangan risau. Kau tetap kacak.”

“Kau ada beritahu Syaz tak pasal hari ni?”

“Alamak! Aku lupa nak suruh isteri beritahu. Kau jangan risaulah. Syaz akan tahu juga nanti.” Ruzaini hanya tersenyum.

“Kau ni daripada tadi tersenyum-senyum kenapa? Macam kau pula yang nak bertunang. Tak cukup satu ke? Haha.”

“Ish kau ni! Lia tu dah cukup bagi aku. Mengamuk dia aku cari yang lain nanti. Haha. Aku senyum pun tak boleh ke? Tumpang gembira kawan.”

“Yela. Kau tahu ke rumahnya? Aku lupa nak bawa alamat yang mak aku tulis tadi.”

“Jangan risau. Aku tahulah.”

“Macam mana kau tahu?” Zulhafiz menggaru kepalanya yang tidak gatal. Pelik dengan kelakuan aneh rakannya itu. Ruzaini hanya senyum dan mendiamkan diri apabila Zulhafiz bertanya padanya.

*****

40 minit masa yang diambil untuk sampai ke rumah tunangan Zulhafiz. Akhirnya, sampai juga.

“Alhamdulillah, dah sampai. Aku nak cari isteri aku sekejap. Kau pergilah masuk dulu.” Ruzaini memulakan langkah meninjau kedudukan isterinya.

Zulhafiz yang tidak tahu apa-apa hanya berdiri di situ. Dia terkebil-kebil melihat beberapa orang yang memandangnya dengan senyuman dan tanda tanya. Mata yang melilau terpana seketika saat melihat sesusuk tubuh sebuah kereta di tempat parking dalam rumah di depan matanya. Zulhafiz sedikit hairan dan terkejut. Hatinya bermonolog,

Macam pernah aku tengok kereta tu. Dekat mana ye? BKM 44? Macam.. kereta Syaz lah! Rumah dia ke ni? Gila apa? Aku bertunang dengan dia? Ish.. Mesti aku tersalah tengok ni. Arghh!

Tiba-tiba, seorang perempuan bertudung dan berbaju kurung datang ke arah Zulhafiz dan bertanya sesuatu padanya.

“Abang ni..abang Hafiz ke?”

“Erm.. Ye. Adik ni siapa?”

“Saya bakal adik ipar abang. Masuklah. Cincin bertunang dah tunggu tu.” Budak perempuan itu pergi begitu saja. Melihat kepada gaya budak itu, umurnya seperti sudah mencecah 17 tahun.

Zulhafiz pun menggagahkan dirinya untuk melihat apakah yang akan berlaku seterusnya. Dia memberi salam ketika masuk ke rumah itu. Puan Salbiah dan Ustaz Isma cepat-cepat memperkenalkan anak tunggal lelakinya itu kepada Puan Yati dan Pak Yusof.

“Inilah anak kami. Zulhafiz namanya.” Puan Salbiah memulakan.

“Ooo. Untung saya dapat menantu seperti ini. Bagus rupa dan akhlak. Alhamdulillah.” Puan Yati memuji bakal menantunya.

“Lekaslah. Saya tak sabar nak sarungkan cincin pertunangan ni.” Puan Salbiah ingin segera menyarungkan cincin ke tangan bakal menantunya.

“Na ada dalam bilik. Dia segan nak keluar. Marilah. Dah siap tu.” Ajak Puan Yati.

Puan Salbiah, Puan Yati dan anak beranak perempuan yang hadir berpusu-pusu masuk ke bilik tunang perempuan untuk agenda menyarungkan cincin bertunang.

“Alhamdulillah.” Air mata Syazwana bergenang dan tak dapat dibendung lagi. Dia menitiskan air mata kesyukuran kerana akhirnya, dia disarungkan juga dengan cincin pertunangan.

“Na, lepas ni boleh keluar sekejap. Ustaz nak tengok bakal menantunya ni. Tunang kau pun ada sekali.” Pinta Puan Yati.

“Yela ibu. Kejap lagi Kak Na keluar. Ibu tolong panggilkan Sara. Seganlah nak keluar seorang diri.”

Puan Yati memanggil anak keduanya, Sara, untuk menemani kakaknya, Syazwana.

“Kak, kacaklah tunang akak. Hehe.” Usik Sara.

“Apa-apa sajalah.” Jawab Syazwana dengan nada biasa. Mungkin, hatinya masih dilanda sedih.

“Kak, betul! Akak dah tengok belum?”

“Belum. Kenapa?”

“Rugilah.”

“Oo.. inilah bakal menantu saya ye.” Ustaz Isma tiba-tiba muncul. Perbualan di antara Syazwana dengan adiknya terpaksa diberhentikan.

“Ye. Saya.” Syazwana tersipu malu. Dia hanya memandang lantai bumi.

“Zul! Sini kejap. Ayah nak kau tengok bakal isteri kau ni.” Ustaz Isma memanggil anaknya.

“Syazwana, pakcik nak keluar sekejap ye. Nak bincang tentang pernikahan pula.”

“Baiklah.” Syazwana hanya tersenyum.

Senyuman yang diukir di bibir Syazwana beransur hilang sebaik melihat sesusuk tubuh berada di depannya. Dia terkejut.

“Hafiz?”

“Syaz? Kau buat apa?”

“Ini rumah aku. Kau ke….”

“Aku pun tak tahu. Jadi, kaulah calon yang mak ayah aku pilih ya?”

“Sampai hati kau tak beritahu aku perkara sebenar!” Air mata Syazwana sekali lagi mengalir deras bak air terjun di Niagara.

“Syaz! Aku pun tak tahu yang aku akan bertunang dengan kau. Percayalah!” Zulhafiz juga tidak menyangka perkara ini berlaku.

“Ok. Aku pergi dulu.”

“ Syaz! Kejaplah. Aku tak habis cakap lagilah.” Zulhafiz memanggil nama itu kerana Syazwana hendak beransur pergi.

Syazwana tidak menghiraukan sebaliknya, dia terus meluru masuk biliknya.

*****

“Zaini! Puas aku cari kau daripada tadi.”

“Apa hal? Dah jumpa belum dengan tunang kau?” Ruzaini yang sedang makan dengan isterinya tersenyum melihat Zulhafiz.

“Sebenarnya kau berdua dah tahu kan? Macam mana kau berdua boleh tahu? Kenapa tak beritahu aku?”

“Kenapa? Salah ke?”

“Memang pun! Dia marah aku! Aku pun tak tahu apa-apa. Kena marah pula.”

“Marah? Marah tandanya sayang. Haha.”

“Seriuslah!” Zulhafiz tegas.

“Ok. Aku dengan Lia minta maaf. Dia marah kau sangat ke?”

“Tak tahu nak cakap macam mana. Lia, baik kau pujuk kawan karib kau tu. Dia ada dalam bilik.”

“Ok. Abang, Lia pergi jumpa ye.” Lia Farhana meminta izin daripada suaminya. Ruzaini menganggukkan kepala.

Zulhafiz terlihat kelibat budak perempuan yang menegurnya tadi. Dia memanggil.

“Adik! Sini kejap.” Panggil Zulhafiz.

“Ada apa bang?”

“Adik ni siapa? Adik kak Syazwana ke?”

“Yela. Siapa lagi? Kenapa bang?”

“Umur adik berapa? Saja abang nak tahu.”

“Abang tekalah.”

“Erm..17 tahun?”

“Pandai! Tepat sekali.”

“Boleh tolong abang tak?”

“Tolong apa? Pujuk kakak?”

“Cakap dekat kakak, abang minta maaf. Lepas tu, malam nanti, suruh kakak online YM. Boleh?”

“Boleh boleh! Sara pergi dulu bang!”

*****

Sampai di rumah, Zulhafiz keletihan. Selera makannya hilang gara-gara Syazwana memarahinya. Ustaz Isma masuk ke dalam bilik Zulhafiz.

“Zul, ayah nak tanya.”

“Apa dia?”

“Zul berkenan tak?”

“Pilihan mak ayah, Zul ikut sajalah. Berkenan.”

“Betul?”

Zulhafiz hanya menganggukkan kepala.

“Kalau macam tu, ayah nak tanya. Lepas ni kamu nak sambung belajar ke terus kerja?”

“Nak sambung sampai Master dululah. Baru kerja.”

“Sama macam Syazwana. Dia pun kata nak sambung belajar. Nanti kamu bincanglah dengan dia. Beritahu ayah minggu depan sebab ayah nak jumpa bapa mertua kau sekali minggu depan. Boleh?”

“Ok. InsyaAllah.”

Ustaz Isma tersenyum. Dia berlalu keluar dari bilik anaknya itu. Zulhafiz membuka laptop dan mencucuk Broadband miliknya. Dia terus membuka Yahoo Messenger. Dia menunggu Syazwana online.

2 jam berlalu. Tepat pukul 11.30 malam, barulah kelihatan Syazwana online. Zulhafiz memulakan langkah perbincangannya.

“Assalamualaikum Syaz.”

“Waalaikumussalam.”

“Lia ada cakap apa-apa tak dekat kau?”

“Ada.”

“Cakap apa?”

“Sibuklah!”

“Janganlah macam ni. Bukan salah aku.”

“Apa-apa sajalah!”

“Dah lewat, kenapa tak tidur lagi?”

“Suka hati oranglah. Sibuk!”

“Garangnya tunang aku ni.”

“Padan muka!”

“Kau percaya tak dengan Allah?”

“Mestilah. Kenapa kau tanya soalan yang macam tu?”

“Seseorang yang meyakini Allah ialah Tuhan Yang Maha Pengasih, maka, dia akan menerima semua ketentuanNya dengan baik sangka.”

“Ya.”

“Ia mempercayai sepenuh hati firman Allah s.w.t. yang bermaksud : “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah al-Baqarah 2 : 126)”

Syazwana menangis. Hatinya hiba dan terharu. Dia terus offline. Dia mengambil wudhuk dan solat sunat 2 rakaat. Dia ingin mengadu pada Tuhan agungnya. Usai solat sunat, dia berdoa, memohon dan merintih dengan penuh kesungguhan. Mengharap cinta daripada kekasih agungNya.

Ya Allah, jika dia adalah yang terbaik untukku, pertemukan dan permudahkanlah jodoh di antara kami. Mungkin, selama ni aku banyak menanggung dosa, hingga tertutup pintu hatiku menerima ketentuanMu. Ampunkanlah hamba ya Allah. Seandainya dia tercipta untukku, rela aku menjadi miliknya ya Allah.

*****

“Assalamualaikum.” Ayuni memberi salam.

“Waalaikumussalam.” Syazwana menjawab salam itu. Dia keluar mengenakan baju kurung dan tudung labuh. Terkejut!

“Hai Syaz. Ingat aku lagi tak?” Ayuni bersalaman dengan Syazwana.

“Yuni! Sampai hati kau tak datang semalam kan.” Mereka berpelukan.

“Aku ada hal lah. Minta maaf ye. Mana gambar tunang kau? Nak tengok siapa bakal suami kawan baik aku ni. Hehe.”

“Gambarnya ada dalam handphone. Adik aku, Sara, pergi ambil gambarnya. Aku tak suruh pun. Tak payah tengok pun kau dah kenal siapa orangnya.”

“Ha? Aku kenal? Siapa?”

“Zulhafiz. Kenal?”

Dengan muka yang terperanjat, Ayuni tersenyum.

“Maksud kau, Zulhafiz yang sama sekolah dengan kita ke? Yang couple dengan Syiqah dan Ainul Miza tu? Ops..” Ayuni terlepas cakap.

“Ye. Dia dah lainlah sekarang. Dah berubah. InsyaAllah.”

“Ok. Aku minta maaf ye. Sejak bila kau bercinta dengan dia?”

“Ish.. Aku nak bercinta? No! Jangan harap. Buat dosa saja. Mak ayah aku yang aturkan semuanya. Aku pun tak tahu apa-apa. Tiba-tiba, dia dah jadi tunang aku.”

“What? Peliklah.”

“Kalau kau pelik, aku lagilah pelik.”

“Tapi, aku nampak kau gembira saja ni. Kau sukalah tu kan. Haha.”

“Aku redha saja. InsyaAllah. Allah yang tentukan semuanya.”

“Baguslah kalau kau berfikiran matang macam tu. Bila nak nikah? Hehe.”

“Awal lagilah. Aku pun tak tahu. Jangan risau, nanti aku beritahu kau lah.”

Syazwana dan Ayuni meluangkan masa bersama di rumah Syazwana. Mereka berbual kerana sudah lama tidak mendengar khabar masing-masing.

*****

Malam itu, Syazwana online Yahoo Messenger. Dia melihat, tunangnya, Zulhafiz juga sedang online. Dia teringat pesanan dan tazkirah Zulhafiz tempoh hari. Hiba hatinya. Tiba-tiba, telefon bimbitnya berbunyi. Tertera nombor telefon “Pengacau” iaitu Izat. Syazwana membaca mesej yang dihantar oleh Izat.

Salam. Syaz, awak dah bertunang dengan Hafiz ke? Kenapa tak beritahu saya? Awak tahu kan saya sejak dulu simpan perasaan apad awak. Tolonglah balas mesej saya ni.

Syazwana membacanya dengan muka yang muncung. Dia memang langsung tidak pernah membalas mesej-mesej Izat. Dia juga tidak pernah menjawab panggilan telefon daripada Izat. Dia benci asyik diganggu.

“Salam Syaz. Dah ok belum?”

Tiba-tiba, mesej daripada YM berbunyi tanda itu adalah daripada tunangnya, Zulhafiz. Dia segera membalas.

“Waalaikumussalam. Ok.”

“Alhamdulillah. Sebenarnya, ayah suruh bincang pasal pernikahan kita. Macam mana?”

“Suka hatilah.”

“Kita nikah esok nak?” Zulhafiz sengaja mengusik.

“Ish! Tak nak! Awal sangat! Orang nak sambung belajar lagilah.”

“Kan senang cakap macam tu. Sambung belajar dekat mana?”

“Dekat UIA pula. Kau macam mana?”

“Kau? Tak nak panggil Abang ke, awak ke. Hehe.”

“Jangan nak mengada. Lepas nikah saja baru boleh panggil macam tu!”

“Ok. Gurau sajalah. Janganlah garang sangat. Mungkin sambung belajar dekat USIM lagi. 2 tahun lagilah baru kita nikah. Setuju?”

“Ok. Setuju. Tapi, harap pertunangan kita ni tak dicemari dengan maksiat dan murka dari Allah. Kita kena jaga batas-batas.”

“Tahu. Bertunang bukanlah lesen untuk menghalalkan apa-apa. Bukan juga tiket kebebasan untuk berjumpa dan berdua-duaan. Kita masih tetap bukan mahram. Jadi, lepas ni, kalau nak berhubung atau berjumpa, hanya bila keadaan betul-betul perlu dan penting saja. Tapi, kalau boleh, kita elakkan dari bertemu. Takut dilanda rIbut rindu. Haha.”

“Alhamdulillah. Tahu pun. Ok. Guna orang tengah pun sudah memadai. Sara kan adik Syaz, Lisa pula adik Hafiz. Sara dengan Lisa kan dah berkawan. Nak minta maaf pun pandai guna adik orang. Haha.”

“Alamak! Kena perli pula.”

“Oklah. Nak offline. Salam terakhir dari tunangmu.”

“Waalaikumussalam. Pelihara dan jagalah dirimu baik-baik. Pagarkan dengan duri agar kumbang lain tidak mendekati.”

“InsyaAllah. Pertunangan adalah pengikat janji. Jaga diri juga.”

“Ok.” Akhiri Zulhafiz.

Syazwana mengucap syukur kerana tunangnya amat menitikberatkan soal agama. Itulah ciri-ciri putera yang diidamkannya. Semoga Allah pelihara pertunangan mereka dari sebarang bentuk maksiat dan memegang janji dengan penuh setia.

*****

Syazwana dan Zulhafiz membawa haluan masing-masing. Syazwana membawa diri ke UIA manakala Zulhafiz tetap berada di USIM juga untuk meneruskan pengajiannya. 2 tahun mereka tidak berjumpa dan tidak pernah sekalipun berborak melalui telefon kerana mereka tidak mahu terpedaya dengan helah syaitan yang sentiasa mengajak kepada kemungkaran. Walaupun Zulhafiz memiliki nombor telefon tunangnya, Syazwana, namun, tidak pernah dia menelefon atau memberi mesej melaluinya. Hanya melalui Yahoo Messenger mereka berhubung. Itupun bila ada perkara yang perlu dibincangkan saja.

*****

Sebulan sebelum Zulhafiz dan Syazwana dinikahkan, Zulhafiz mendapat satu panggilan daripada bakal adik iparnya, Sara.

“Assalamualaikum. Abang Hafiz, kakak suruh tunggu dekat taman permainan sebelah pusat beli belah dekat Shah Alam esok. Ada hal yang sangat-sangat penting. Boleh?”

“InsyaAllah. Hal apa?”

“Datnglah esok. Ajak Lisa sekali tau. Lama Sara tak jumpa dia.”

“Ok. InsyaAllah.” Perbualan mereka berakhir dengan satu tanda tanya pada fikiran Zulhafiz. Hatinya bertubi-tubi bertanya,

Ada hal apa? Lain macam saja bunyinya. Ya Allah, semoga tak ada apa-apa berkara buruk berlaku. Permudahkanlah urusan aku dengan tunangku.

*****

Zulhafiz menunggu tunangannya di tempat yang telah ditetapkan. Lisa ikut bersama.

“Assalamualaikum.” Sara memberi salam.

“Waalaikumussalam. Kakak mana?” Zulhafiz bertanya.

“Sekejap lagi kakak ke sini.” Jawab Sara dengan nada biasa. Dia berborak rancak dengan Lisa.

5 minit kemudian, Syazwana datang menemui Zulhafiz yang sedang duduk di buaian.

“Ada hal apa?” Zulhafiz bertanya. Dia melihat, Syazwana hanya tunduk menahan sebak di dada.

Tiba-tiba, Syazwana menghulurkan telefon bimbitnya kepada tunangnya. Zulhafiz sedikit terkejut.

“Nak buat apa bagi telefon ni?” Zulhafiz bertanya.

Syazwana tidak menjawab apa-apa. Dia cuba mengangkat sedikit kepalanya. Air matanya mula mencurah-curah mengalir deras. Zulhafiz tidak mengerti apa-apa. Syazwana ingin pergi dari situ. Dia memulakan langkah. Namun, Zulhafiz memanggil.

“Syaz! Tunggu!”

Zulhafiz menghulurkan sehelai tisu untuk Syazwana mengelap air mata yang jatuh ke pipi. Mereka berpisah begitu sahaja tanpa sebarang kata dari mulut Syazwana. Hanya air mata.

************

“Kakak kenapa bang?” Lisa bertanya kepada abangnya.

“Entah. Tiba-tiba saja bagi abang handphone dia. Lepas tu, nangis dan terus pergi macam tu saja.” Jelas Zulhafiz.

“Mesti ada sesuatu dalam telefon bimbitnya tu. Abang dah tengok?”

Zulhafiz hanya menggelengkan kepala. Keretanya terus meluncur laju di jalan raya menuju ke rumahnya.

*****

Kenapa dia menangis sampai macam tu? Sedih sangat ke? Apa yang buatkan dia sedih? Dah lama aku tak tahu khabar dia. Apa yang dah jadi sebenarnya? Bulan depan nak nikah. Takkan sedih? Tak mungkinlah!

Zulhafiz malas bermain teka-teki dengan hatinya. Dia mencapai telefon bimbit tunangnya. Dia ingin melihat peti masuk telefon bimbit itu.

TERKEJUT! Zulhafiz terkejut sebaik saja membuka peti masuk telefon bimbit itu kerana penuh dengan nama ‘Pengacau Izat’.

Dia membuka satu per satu mesej yang ada.

“Salam. Sayang, kenapa tak balas mesej saya? Hehe.”

Zulhafiz membuka lagi. Dia semakin ingin tahu apa yang Izat telah buat selama ini.

“Syazwana, saya cintakan awak. Terimalah saya. Zulhafiz tu playboy. Jangan kahwin dengan dia. Nanti awak menderita.”

Darah Zulhafiz yang mengalir dalam badan menjadi semakin mendidih membaca ayat-ayat mesej yang dihantar oleh Izat kepada tunangnya itu. Dia melihat pula peti yang dihantar. Dia ingin tahu sama ada Syazwana membalas mesej Izat atau tidak.

Ternyata TIDAK! Dia bersyukur. Terdapat nama-nama perempuan saja dalam peti yang dihantar. Barulah Zulhafiz faham kenapa Syazwana sedih. Kerana Izat!

Izat juga pernah menghubungi Syazwana tetapi Syazwana tidak pernah layan akan panggilan itu.

Tiba-tiba, telefon bimbit Syazwana berdering membingitkan gegendang telinga Zulhafiz. Tertera nama ‘Pengacau Izat’ pada skrin telefon bimbit. Zulhafiz semakin bengang. Dia mengangkat panggilan itu tanpa bersuara.

“Hai Syazwana. Akhirnya, awak angkat juga. Tak sia-sia selama ni saya pujuk awak. Awak dah sudi ke nak terima saya jadi pasangan hidup awak?” Izat memulakann bicara ayat gatalnya! Zulhafiz hanya mendiamkan diri. Izat berkata lagi.

“Kenapa diam saja ni? Saya tahulah awak rasa segan. Jangan risau, saya tak beritahu Hafiz. Saya nak dengar suara merdu awak. Boleh?”

“Boleh belah! Kau ingat senang-senang tunang aku kau nak rampas? Jangan haraplah. Izat, aku masih anggap kau sebagai kawan. Aku malas nak gaduh besar dengan kau. Tapi tolong, jangan ganggu Syazwana lagi. Aku dan dia akan dinikahkan bulan depan. Aku tak nak ada apa-apa gangguan sepanjang pertunangan kami.” Zulahafiz bersuara juga akhirnya setelah telinganya bernanah mendengar ayat yang dimuntahkan oleh Izat.

Izat pula yang terkejut kali ini. Tapi, dia tak mengalah!

“Hafiz rupanya! Kenapa kau pula yang pegang handphone Syaz ni? Sibuk saja! Kau tak berhak menentukan dengan siapa aku nak. Suka hati akulah! Sibuk saja!” Izat bengang.

“Kalau kau masih berdegil, aku takkan teragak-agak ambil tindakan.” Zulhafiz tegas.

“Aku tak takut dengan ugutan kau! Aku yang akan ambil tindakan dahulu kalau kau tak putuskan pernikahan kau dengan Syazwana! Haha.” Izat mengugut Zulhafiz.

“Aku pun tak takutlah! Assalamualaikum!” Zulhafiz menghabiskan perbualannya kerana darahnya semakin mendidih.

Dia segera berwuduk dan menunaikan solat sunat 2 rakaat bagi meredakan rasa amarahnya.

Ya Allah, peliharalah pertunangan aku dan Syazwana hingga ke hari pernikahan. Jauhkanlah musibah yang boleh menghancurkan pernikahan kami. Sesungguhnya, hanya Engkau yang layak di atas segala sesuatu. Berikanlah yang terbaik untuk aku dan tunangku.

Jam menunjukkan malam sudah semakin gelap tanpa cahaya bulan. Namun, Zulhafiz tetap tidak mempunyai keinginan untuk tidur. Dia melakukan solat sunat Taubat, kemudian, solat sunat Hajat. Usai melakukan kedua solat suant itu, dia segera membuka Yahoo Messenger kerana matanya masih segar. Syazwana juga masih online walaupun sudah larut malam. Zulhafiz teringin benar bertanya khabar tunangnya itu.

“Salam Syaz, macam mana? Okey dah?

“Alhamdulillah. Hati lebih tenang sebab baru lepas buat solat sunat. Dah baca mesej dalam tu ke?”

“Mestilah dah. Darah mendidih tau baca mesej-mesej Izat tu! Sejak bila dia hantar mesej macam tu?”

“Sejak tiga bulan lepas. Tiba-tiba saja!”

“Pernah balas tak mesej-mesejnya?”

“Tak pernah dan tak ingin!”

“Haha. Bagus. Dah sedia nak jadi isteri orang?”

“Tak tahulah! InsyaAllah, dah.”

“Ada masa lagi. Yang penting, kita kena mantapkan lagi pengetahuan agama kita. Betul tak?”

“Betul. Kenapa tak tidur lagi?”

“Tak boleh lelapkan mata. Asyik sangat baca mesej-mesej Izat tu.”

“Tak payahlah baca berkali-kali! Buat sakit hati saja! Padamlah mesej-mesej gila tu!”

“Haha. Okey!”

“Nak off dulu. Bantal dah panggil tu. Hehe. Salam.”

“Okey. Wassalam.”

Zulhafiz juga sudah sedia untuk lelapkan matanya.

*****

“Hello Hafiz!” Suara Izat menyapa di telefon bimbit Syazwana.

“Kau nak apa lagi?” Tegas Zulhafiz.

“Kalau kau nak ambil Syazwana dariapada aku, kau datanglah sini. Parking kereta dekat belakang rumah aku. Syazwana ada di sini! Aku culik! Haha.” Terbahak-bahak Izat ketawa.

“Kau jangan nak main-main dengan aku!” Zulhafiz bernada marah.

“Kalau kau tak percaya, datanglah sini sendiri! Tengok! Kalau lambat, aku kebas dulu! Haha.” Semakin gembira Izat.

“Awas kau! Tunggulah kedatangan aku!” Zulhafiz terus memandu keretanya di temapt yang Izat cakapkan sebentar tadi. Dia amat risau akan keselamatan Syazwana.

*****

Suasana di tempat parking kereta itu sunyi sepi. Tidak ada siapa-siapa.

“Betul ke Izat tu? Entah-entah, aku dah kena tipu!” Zulhafiz bercakap sendiri. Tangannya mengeluarkan telefon bimbit untuk menghubungi Sara, adik Syazwana.

“Assalamualaikum. Sara, kakak dekat mana?”

“Kakak keluar dengan kak Ayuni dan kak Lia. Ada apa bang?”

“Okey. Tak ada apa. Assalamaulaikum.”

Zulhafiz semakin bengang! Dia ditipu! Tiba-tiba, bunyi deruman enjin motor membingitkan suasana sunyi. Sebanyak tujuh buah motosikal datang berkumpul di hadapan kereta Zulhafiz. Zulhafiz keluar dari perut keretanya. Izat turun daripada motornya dan pergi ke arah Zulhafiz.

“Haha. Akhirnya, kau datang juga! Berani! Haha.” Izat ketawa.

“Kau tipu aku kan. Dah! Aku malas nak layan kau lama-lama dekat sini. Banyak lagi kerja yang aku nak buat dekat rumah tu.” Zulhafiz mula melangkah ke pintu keretanya tetapi Izat menghalang.

“Nak nikah, mestilah banyak kerja kan. Baik kau putus saja. Haha.” Izat menolak badan Zulhafiz. Badan Zulhafiz terjelepok ke lantai bumi. Dia bingkas bangun dengan muka merahnya.

“Aku tak nak bergaduh dengan kau sebab perempuan. Aku nak balik.” Sekali lagi, Izat menolak Zulhafiz. Kali ini, dari arah belakang pula.

Zulhafiz bingkas bangun dan tidak menghiraukan Izat. Rakan-rakan Izat turun daripada motor masing-masing dan mengepung Zulhafiz.

“Kau ingat, kau boleh terlepas? Aku dah bagi amaran dekat kau tapi kau degil! Ini balasannya!” Izat menumbuk muka Zulhafiz. Cecair merah mengalir daripada bibirnya. Zulhafiz tidak membalas. Dia mengesat darahnya dengan lengan bajunya. Satu tumbukan mengena tepat di dada Zulhafiz. Tumbukan maut daripada salah seorang rakannya. Zulhafiz semakin lemah. Ketawa Izat semakin kuat. Mereka beramai-ramai membelasah Zulhafiz. Penumbuk, penyepak dan penampar menjadi senjata utama mereka.

Akhirnya, Zulhafiz pengsan. Mukanya biru membengkak. Dia di biarkan terbaring tanpa sedar di situ. Izat dan konco-konconya beredar dari situ.

*****

“Apa? Zul dekat hospital?” Hampir sahaja Puan Salbiah pengsan mendengar khabar buruk itu. Ustaz Isma bersama isterinya, Puan Salbiah dan Lisa bergegas ke hospital untuk mengetahui keadaan Zulhafiz.

“Sara! Abang Hafiz kena belasah teruk! Dia ada dekat hospital sekarang. Mak suruh Sara sekeluarga datang sekali.” Lisa menghubungi Sara dan memberitahu keadaan Zulhafiz.

“Ha? Abang Hafiz dekat hospital? Okey. Nanti Sara beritahu mak dengan ayah. Kami akan segera ke sana” Sara terus memberitahu kedua ibu bapanya. Mereka segera bergegas ke hospital. Sara menelefon kak Lia untuk memberitahu kakaknya tentang Zulhafiz.

“Kak Lia! Panggilkan kak Syaz kejap! Penting!” Suara Sara cemas di talian.

Lia Farhana cepat-cepat memberi telefon bimbitnya pada Syazwana.

“Ada apa Sara? Cemas semacam saja.”

“Kak! Abang Hafiz……!”

“Kenapa? Kenapa dengan abang Hafiz?”

“Dia ada dekat hospital sekarang. Kami semua ada dekat sini. Kakak cepatlah datang!”

“Okey. Kakak datang sana sekarang!”

Syazwana segera mengajak rakan-rakannya pergi ke hospital sekarang.

*****

“Assalamualaikum.” Syazwana memberi salam di wad Zulhafiz. Semua ahli keluarganya datang. Keluarga Zulhafiz juga ada. Syazwana bersalaman dengan bakal ibu mertuanya, Puan Salbiah. Mereka berpelukan. Ibu Zulhafiz menangis. Doktor beritahu bahawa Zulhafiz sedari tadi tidak sedarkan diri lagi. Sudah hampir tiga jam.

Syazwana keluar dari wad itu dan menuju ke surau kerana dia belum menunaikan solat Zohor lagi. Usai solat, dia merintih dan berdoa pada Allah s.w.t.

Ya Allah, selamatkanlah tunang ku. Semoga Hafiz pulih kembali. Dua minggu saja lagi kami bakal dinikahkan. Permudahkanlah urusan jodoh kami. Aku pasrah ya Allah.

Dia kembali ke wad Zulhafiz. Keluarganya sudah pulang. Lia Farhana menerima panggilan daripada suaminya, Ruzaini. Dia juga terpaksa pulang kerana ada urusan. Ayuni menumpang Lia Farhana pulang. Bakal keluarga mertua Syazwana meminta supaya dia tinggal menjaga Zulhafiz sebentar sementara mereka semua ingin keluar sebentar untuk menyelesaikan kes ini. Tinggallah Syazwana seorang diri. Dia membaca ayat-ayat suci al-quran. Zulhafiz masih belum sedarkan diri. Syazwana teruskan pembacaan al-qurannya.

“Terima kasih Syaz.” Zulhafiz menyapa pembaca al-quran itu.

“Hafiz? Alhamdulillah. Dah sedar pun. Keluarga Hafiz keluar pergi selesaikan kes ni. Apa yang dah jadi sampai muka biru-biru tu? Izat ke?” Syazwana bertanya sambil air matanya mengalir deras.

“Semua ni angkara Izat. Dia telefon saya melalui handphone awak. Dia kata, awak ada dengan dia. Dia suruh saya datang. Sampai sana, semuanya tipu belaka. Tahu-tahu, kena belasah sampai terpengsan. Hehe. Buka mata, tunang menangis sambil baca al-quran. Ambil ni.” Zulhafiz menghulurkan tisu untuk Syazwana.

“Sempat lagi nak menyakat orang.” Syazwana sedikit terhibur dengan telatah tunangnya itu. Jauh di sudut hatinya, dia merasa sedih bila melihat muka dan tangan Zulhafiz yang bengkak biru dan dapat dirasa kesakitannya. Dia kasihan. Kerana dia, Zulhafiz dibelasah teruk.

“Hafiz, boleh saya minta sesuatu daripada awak?” Syazwana bersuara dengan nada serius.

“Apa dia?” Zulhafiz cuba mengukir senyuman tetapi tidak berjaya kerana tepi bibirnya pecah dan berasa sakit apabila cuba bersuara.

“Kita putuskan sajalah pertunangan kita ni. Mungkin, ini jalan terbaik untuk kita berdua.” Syazwana hanya tunduk memandang lantai bumi.

Zulhafiz tahu, niat Syazwana sebenarnya hanya ingin melihat dia gembira. Tapi, sudah terlambat untuk dia memutuskan pertunangan ini. Zulhafiz mendapat satu idea.

“Putus? Okey. Tapi, dengan dua syarat.” Nada Zulhafiz tegas.

“Apa syaratnya? Saya tak nak awak susah lagi disebabkan saya.”

“Awak pandang dekat sana. Nampak tak hotel mewah tu?” Zulhafiz tersenyum sinis.

“Apa maksud awak?” Syazwana ingin tahu.

“Kalau awak nak putus, malam esok, datang sana. Kita akan bermalam di hotel mewah tu. Lepas tu, kita putus dan awak wajib bernikah dengan Izat. Setuju?” Zulhafiz memandang sinis.

“Awak gila!” Syazwana meninggikan suara.

Tiba-tiba, keluarga Zulhafiz masuk. Syazwana mengelap air matanya dan terus berlari keluar dari wad itu. Dia meminta izin untuk segera pulang. Dia pulang menaiki teksi.

*****

Seminggu berlalu, Syazwana dan Zulhafiz masih mendiamkan diri. telefon bimbit Syazwana masih di berada di genggaman Zulhafiz. Minggu depan, mereka berdua akan dinikahkan di masjid berdekatan. Syazwana tidak menunjukkan sebarang reaksi gembira pada air mukanya.

Syazwana masih ingat kata-kata Zulhafiz yang menyuruhnya pergi ke hotel dan bermalam bersamanya serta bernikah dengan Izat. Syazwana benci!

*****

“Kakak! Cepatlah! Masjid dah seru tu! Hehe.” Sara menyakat kakaknya, Syazwana yang sedang bersiap untuk hari yang dinantikan kedua belah keluarga itu. Syazwana hanya tersenyum. Tidak ada riak wajah ceria pada air mukanya. Mereka bergegas ke masjid menaiki kereta masing-masing.

Banyak kereta di perkarangan masjid. Syazwana semakin berdebar-debar. Risau hatinya kalau-kalau Izat datang menganggu lagi. Dia juga berasa segan bila berhadapan dengan Zulhafiz nanti. Bermacam-macam yang difikirkannya.

“Aku terima nikahnya, Nur Syazwana Binti Yusof, dengan mas kahwin RM300 tunai.” Lafaz akad itu dilafazkan dari bibir Zulhafiz dengan rasa tulus dan suci. Dia bergegas menunaikan solat sunat dua rakaat tanda syukur. Kemudian, Zulhafiz dan Syazwana bersalaman. Zulhafiz mengucup dahi isterinya dengan penuh rasa kasih dan sayang. Syazwana menitiskan air matanya. Dia keliru sama ada itu air mata sayang atau benci. Dia akur dan pasrah.

Majlis selesai pada jam 10.00 malam. Zulhafiz berasa kurang sihat kerana badannya masih ada sisa-sisa bengkak. Mukanya juga masih ada kesan bengkak. Dia merehatkan dirinya di atas katil yang dihias cantik khas untuknya dan Syazwana.

Usai bersalaman dengan semua tetamu perempuan, Syazwana melangkah masuk ke biliknya kerana keletihan. Matanya sudah layu. Dia membuka pintu yang tidak berkunci itu perlahan-lahan kerana tidak mahu mengganggu Zulhafiz yang sedang nyenyak tidur diulit mimpi indah.

“Comel pula suami aku ni bila tidur.” Syazwana tersenyum sendiri. Zulhafiz tiba-tiba terjaga. Syazwana berasa segan dan janggal berada di bilik itu. Segala gerak-gerinya diperhati oleh suaminya.

“Dah selesai ke dekat luar tu?” Zulhafiz memulakan bicara kerana sejak pagi tadi mereka langsung tidak berkata apa-apa.

“Dah.” Jawab Syazwana ringkas.

“Sayang, duduk sini sekejap. Boleh?” Zulhafiz mengajak isterinya duduk di sisi di atas katil.

Syazwana tidak jadi membuka tudung labuhnya kerana segan. Dia duduk di sisi suaminya.

“Sayang marah Abang lagi ke?” Suara manja itu bergema di telinga Syazwana. Dia hanya tunduk berdiam diri.

“Abang minta maaf pasal dekat hospital tu. Sebenarnya, Abang tak ada niat apa pun. Abang cakap saja Abang nak tunggu Sayang dekat hotel mewah, walhal tak ada pun. Abang nyenyak tidur dekat atas katil wad. Hehe. Abang minta maaf ya Sayang.” Pujuk Zulhafiz dengan suara romantiknya.

“Sayang dah maafkan Abang dah.” Syazwana hanya tersenyum.

“Apa dia? Sayang? Betul ke? Hehe.” Zulhafiz menyakat isterinya.

“Ish! Dahlah! Dah sakit tu, tidur sajalah!” Syazwana bergurau dengan nada tegasnya.

“Nak ajak Sayang tidurlah ni. Bibir Abang sakit lagilah Yang. Susah nak cakap.” Adu Zulhafiz.

“Biar Sayang ambilkan ubat. Nak sapu dekat lebam-lebam muka Abang yang kacak tu. Hehe.” Syazwana bingkas bangun menuju ke arah meja yang terletak ubat untuk disapu ke muka suaminya.

Dia duduk kembali berhadapan dengan Zulhafiz.

“Aduh! Perlahanlah sikit Yang! Sakitlah!” Kasihan Zulhafiz. Syazwana menyapu ubat secara perlahan-lahan dan penuh kasih sayang. Sungguh, dia amat sayangkan Zulhafiz.

“Sayang, Izat ada dekat penjara. Rindu dia tak? Hehe.” Usik Zulhafiz.

“Abang ni! Merepek! Dah sakit mulut tu, diam!” Syazwana memulas perlahan telinga Zulhafiz.

“Sayang, Abang dah jatuh hati. Sayang jatuh hati tak dengan Abang?” Tanya Zulhafiz mesra.

“Rahsia. Hanya Allah yang tahu.” Jawab Syazwana dengan selamba. Zulhafiz hanya tersenyum.

“Masa Sayang menangis hari tu, Abang tak boleh nak lap dan belai, sebab tu Abang bagi Sayang tisu. Sekarang, Sayang tak nak nangis ke? Abang teringin nak lap dan belai pipi comel Sayang. Hehe.” Zulhafiz mencubit mesra pipi isterinya.

“Abang, Sayang minta maaf tau” Air mata Syazwana mengalir. Kali ini, tangan lelaki Zulhafiz yang mengelap pipi berair itu. Dia mencium dahi isterinya. Syazwana mencium tangan suaminya. Masing-masing bersyukur dan terharu.

Mata mereka bertentangan. Satu rasa yang amat indah dan aneh menjelma dalam sukma Syazwana dan Zulhafiz. Itulah cinta! Cinta mardhotillah mereka telah membawa kepada kebahagiaan dalam nurani masing-masing.

“InsyaAllah, kita dah mencapai cinta yang diredhai Allah. Tak salah lepas ni Abang nak rindu dan cinta Sayang puas-puas. Di sebalik kepahitan yang kita hadapi, ada manis menanti.” Zulhafiz tersenyum memandang raut wajah isterinya.

“InsyaAllah. Sama-samalah kita berganding bahu mencapai cinta Allah pula. Semoga cinta kita tak melebihi cinta terhadap Allah. Kita kena sayangkan Allah lebih.” Syazwana mengukir senyuman termanis buat suami tercinta.

“Inilah hikmahnya bila kita ikut manual yang Allah sediakan. Ikatan pernikahan kita lebih seronok bila ada segan-segan, rasa kekok sampai daripada tadi tak nak buka tudung.” Zulahfiz menyakat permaisuri hatinya.

“Hehe. Betul tu. Kalau dah bercinta awal-awal dulu, mesti tak ada rasa yang indah macam malam ni. Sebab itu, jalan Allah jugalah yang paling indah dan sesuai untuk diikuti supaya manusia tak sesat. Allah berfirman : Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barang siapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata. (al-Ahzab : 36)” Akhiri Syazwana.

“Alhamdulillah. Sayang, jom solat sunat dulu sebelum kita tidur.” Ajak Zulhafiz. Mereka solat sunat jemaah menghadap kekasih agung mereka.

Ya Allah, rahmatMu seluas angkasa raya, keampunanMu mendahului azabMu. KasihMu lebih daripada kasih sayang seorang ibu. Limpahkanlah kasih sayangMu kepada kami. Kurniakanlah zuriat yang soleh dan solehah sebagai penyejuk mata kami.

Ya Allah, penuhilah hati kami dengan cintaMu, cinta kepada RasulMu, cinta untuk masuk ke syurgaMu. Amin ya rabbal ‘alamin..

Wallahua’alam :)

No comments:

Post a Comment

jom ReLax

hamster^_^

InDaHnYa IsLaM..

Andai Al-quran bisa bicara,ia berkata:"waktu kau masih anak2,kau bagai teman sejatiku,dgn wudhu kau sentuh aku,dlm keadaan suci kau pegang aku,kau baca dgn lirih dan keras,skrg kau telah dewasa,nampaknya kau tdk berminat lagi padaku,apakah aku bacaan usang?Skrg kau simpan aku dgn rapi,kau biarkan aku berlapis debu,ku mohon peganglah aku lg,bacalah aku setiap hari,kerana aku akn mnjd penerang didalam kuburmu!

cursor

Elegant Rose - Working In Background