SaLAM PeRsAuDaRaAn

Monday, December 20, 2010

Ramadhan dan Beluncas~

Ramadhan dan Beluncas~

Azan isya' sayup-sayup kedengaran memecahkan kesunyian..Menandakan saya sudah agak lewat tiba di masjid itu utk menunaikan Solat Isya' berjemaah.Kereta yg di pandu memecut dengan laju sehingga menyebabkan adik-adik saya agak kecut perut. ”M aaf dik..kita dah lewat sangat ni..bersedia utk memakai tali pingang keselamatan kerana kita akn berlepas dengan sangat pantas”.Arah saya seperti seorang pilot.Mereka berdua..adik-adik saya ketawa kecil. ”Orang yg memandu tu..pakai tak tali pingang? ”..si adik di sebelah saya bertanya..”Opss..kantoi pula..hehe”..

Setibanya di sana..kelihatan ramai lagi kaum muslimin dan muslimat berkejar-kejaran menaiki tangga ke dewan solat.Suara imam membacakan surah ar-rahman sayup-sayup terdengar penuh merdu sekali.Alhamdulillah kami bertiga tidak terlalu lambat.Sempat pula menjadi makmum masbuk bagi imam yang saya kira mungkin seorang arab berdasarkan cara bacaannya.Mataku terpandang kepada saff barisan solat muslimin yang keterbelakang.Comel sekali barisan anak2 kecil tersebut.Dan kelihatan seorang lelaki yang menjaga.Owh,rupa-rupanya barisan itu di khaskan utk anak-anak kecil lelaki dan di latih dan di ajar oleh pengajar dan penjaga yang di sediakan oleh pihak masjid..Kaki melangkah memasuki dewan yang besar lagi indah dan nyaman..Mata saya di hiasa dengan teletah anak2 kecil yang bertelekung penuh sopan dan cantik.Subhanallah..Indahnya suasana di masjid ini.Masjid biru ataupun di beri nama MASJID SULTAN ALAM SHAH yang berkubah biru...Suasana ketika Ramadhan.Masjid yang indah di serikan lagi dengan barisan makmum yang bersama-sama berdiri seperti sebuah barisan yang tersusun rapi utk menghadap PENCIPTA dan PENCINTA …

Alhamdulillah..setelah lama saya berusaha mencuri masa..akhirnya ALLAH.s.w.t memberikan kesempatan utk saya melepaskan rindu..Sungguh…saya rindu untuk menukilkan sesuatu di dalam blog ini.Sudah lama sekali ianya saya tinggalkan kegersangan.Masa yang ALLAH.s.w.t berikan tidak pernah cukup.Seringkali saya bermuhasabah..Bagaimana ustaz Hasrizal ,yang pasti lebih sibuk dari diri ini mampu untuk menulis?..Kerdilnya diri ini...Kesibukkan yang sedikit Cuma ini di jadikan alasan.

Inilah medan dan madah pertama saya di dalam peperangan dakwah.Bagaimana saya mampu untuk melupakan medan pertama CINTA ?.Pertemuan CINTA..di sinilah ia bertapak.3 tahun yang lepas.Di sinilah medan saya mengangkat pena penulisan .dengan sedikit ilmu yang ada sebagai perkongsian.Saya hanyalah seorang Hamba-NYA yang fakir dengan ilmu ALLAH.s.w.t yang Maha Luas ini.

Ramadhan yang hadir..Membawa pelbagai ekspressi dalam setiap insan.Ada yang menjadikan bulan ini sebagai bulan utk “slim”kn badan..ada juga yang menjadikan bulan ini sebagai bulan utk menambah ibadah..Ada juga yang menjadikan bulan ini sebagai bulan shopping sakan membeli baju raya…ada yang menjadikan bulan ini sebagai bulan untuk bermain mercun dan bunga api..ada juga yang menjadikan bulan ini sebagai platform utk permulaan pencarian sebuah CINTA ALLAH.s.w.t.Walau apa jua..maka janganlah kalian menjadi hamba ramadhan..Maka jadilah hamba ALLAH.s.w.t yg bukan sahaja melakukan ibadah ketika ramadhan..tetapi berterusan di bulan-bulan lain.Sungguh ALLAH.S.W.T mencintai hamba-NYA yg melakukan amal secara istiqomah walaupun sedikit.

Ramadhan….

Inilah bulan untuk mengeratkan hati dan jiwa yang tertaut kerana CINTAKAN ALLAH.Bersama-sama bersatu hati untuk menunaikan terawih..saling kenal mengenal..beriftar bersama2.Menjadi antara petugas-petugas di surau dan masjid..

Ramadhan…

Inilah bulan untuk menguji sejauh mana kekuatan iman kita.Ketika syaitan di sepikan diri oleh ALLAH.S.W.T..maka yang tinggal hanyalah diri ,jasad dan roh kita yang akan berfikir dan bertindak tanpa pujukan manis si syaitan yang tidak pernah berputus asa di dalam mengajak kita kearah kealpaan.Adakah kita mampu menahan kesabaran ketika beroleh ujian di bulan ramadhan?Ketika ALLAH.s.w.t menghantarkan insan-insan unik untuk menguji tahap kemarahaan kita..ketika ALLAH.s.w.t mengosongkan jiwa kita dari syaitan…adakah di dalam secebis hati kita inginkan cinta-NYA?.Jika masih ada kepada cinta-NYA..maka kenapa masih ragu-ragu untuk kita berubah?..Inilah platform yang paling “cantik”sekali yang ALLAH.s.w.t sediakan untuk jiwa-jiwa yang rindukan jalan yang penuh keindahan.Tiada keluh kesah di dalam jalan ISLAM IS THE WAY OF LIFE.

Ramadhan…

Inilah permulaan sebuah pengembaraan CINTA.Jika dahulu si ulat beluncas yang hari2nya bekerja sebagai pemakan daun 24 jam…Kemudian dia berpuasa..menjadi sebuah kepompong..sunyi sepi..tiada lagi kesan-kesan gigitannya pada daun-daun.Ketika di dalam kepompong dia berusaha berlajar dan berubah untuk menjadi seekor rama-rama yang bermanfaat.Lantas..ketika tiba masanya..dia akan keluar sebagai seekor rama-rama yang indah lagi cantik dan memberi kebahagiaan kepada mata yang memandangnya.

Wahai teman..jangan jadikan ramadhan ini sebagai platform untuk kita bersama-sama beriftar,,berbuka bersama kekasih pujaan hati..yang kemudiannya terjadilah pandangan-pandangan mata yang membawa kepada keindahan sementara di dunia dan kesengsaraan hakiki di negeri akhirat.Bermadu asmara dengan ayat-ayat cinta dan kita melupakan AYAT-AYAT CINTA –NYA.

Jika benar cinta kita kerana ALLAH.s.w.t..lalu kenapa terjadi perkara yang di larangnya?Bukankah sudah di tegaskan akan batas pergaulan antara lelaki dan wanita..bukankah kalian mengetahui akan sentuhan antara lelaki dan wanita yang bukan muhrim adalah HARAM!.Bukankah kalian mengetahui bahawa pemakaian menutup aurat secara sempurna adalah WAJIB!..Lalu kenapa dengan mudahnya…kerana risaukan tangapan manusia dan kata-kata insan sekitar menjadikan kita beralih kiblat kepada manusia?.

Temanku…capailah al-quran..capailah yang mempunyai tafsir..supaya dikau memahami apakah maksud di sebalik bacaan mu ketika tadarus.Selamilah isinya.hayati rentaknya.Sungguh al-quran..tiada keraguan di dalamnya.Maka..tika itu..cahaya menyinar…maka RAMADHAN ini menjadi sebuah ramadhan yang bermakna..bertemu KEKASIH HATI yang TIDAK PERNAH PUTUS-PUTUS KASIH SAYANG-NYA

Narrated Abu Hurairah.R.A from Rasulullah.s.a.w:

Whoever pray at night in it(Ramadhan) out of sincere faith and hopping for a reward from ALLAH,then all hi previous sins will be forgiven

No comments:

Post a Comment

jom ReLax

hamster^_^

InDaHnYa IsLaM..

Andai Al-quran bisa bicara,ia berkata:"waktu kau masih anak2,kau bagai teman sejatiku,dgn wudhu kau sentuh aku,dlm keadaan suci kau pegang aku,kau baca dgn lirih dan keras,skrg kau telah dewasa,nampaknya kau tdk berminat lagi padaku,apakah aku bacaan usang?Skrg kau simpan aku dgn rapi,kau biarkan aku berlapis debu,ku mohon peganglah aku lg,bacalah aku setiap hari,kerana aku akn mnjd penerang didalam kuburmu!

cursor

Elegant Rose - Working In Background