SaLAM PeRsAuDaRaAn

Monday, December 20, 2010

Surau Tempat Menyemai Benih Kasih Sayang

Surau Tempat Menyemai Benih Kasih Sayang

“Salam,kak,malam ni kita jumpa di surau kolej kak ek,nak ambil barang.”..msg ringkas di hantar kepada sahabatku untuk tujuan mengambil barang yang ana perlukan untuk tujuan dakwah.Dalam nurani ana berbisik semestinya sahabat ana akan berada di surau bagi member pengisian kepada adik-adik surau kesayangannya.Sahabat ana yang seorang ini amat gigih meskipun memegang sangat banyak taklifan,namun masih sempat bersama adik-adik bagi mencurahkan kasih-sayangnya yang di kurniakan ALLAH.

Jam 8.30mlm,kaki ana melangkah memasuki ruang solat muslimah surau kolej sahabat ana.Mata ana meliar mencari kelibat sahabat ana yang seorang ini.Rupanya dia bersama adik-adik sedang belajar tajwid.Dan ramai juga sahabat ana berada di surau tika ini.Di dalam keramaian itu,mata ana menangkap kelibat dua orang yang sedang tekun mengaji.Owh,rupanya sahabat ana kak S, sedang tekun mengajar seorang mualaf membaca dan mengenal ayat-ayat syurga itu.Khusyuk sekali sehingga kedua-duanya tidak perasan yang ana sedang asyik memerhatikan mereka sejak tadi.Dalam hati ana terbit rasa terharu dan gembira serta kagum terhadap sahabat ana dan mualaf itu yang dapat sama-sama berkongsi ilmu yang di kurniakan ALLAH.Ingin sekali ana menangis gembira terkenangkan peristiwa itu.Bagaimana kasih sayang itu diberikan atas dasar keimanan yang tinggi.. “kak,saya sayang kak sangat-sangat….kerana ALLAH..”ungkap ana sambil mengukir senyuman. . “akak pun sayang adik sangat-sangat….kerana ALLAH.” Dibalas pula oleh sahabatku tercinta.. “Akak suka betul dengan kata-kata seorang sahabat kita.. KITA BERJUANG BUKAN KERANA SAHABAT,TETAPI KITA PERLUKAN SAHABAT UNTUK BERJUANG…Ingat dik,sahabat dan ukhuwah itu sebagai tulang belakang perjuangan kita.Sebak ana mendengarkannya.. “kak ,sy banyak kerja la sekarang…bz cikit..”..ana mengadu. “dik,kalau tak banyak kerja,bukan mujahidah la tu dik.Mujahidah mesti kuat dan kental.Tak kenal penat..”..nasihat sahabat ini dengat penuh keikhlasan..

Di penjuru kiri,mata ana menangkap kelibat dua orang hamba ALLAH sedang mengodam laptop…”Laptop siapa ni dik?” ana memulakan bicara… “Laptop kak An ,kak.”jawab adik comel tersebut. “Kak selalu ke datang surau ni?Saya selalu Nampak kak di sini?”adik comel itu mula bertanya. “Em,boleh la..akak kt mana-mana pun pergi.Surau kat kolej belakang pun akak selalu pergi..Adik orang mana? Akak orang kedah.”ana memulakan ta;aruf untuk mengukuhkan ukhuwah.. “La,ya ka…saya pun kedah kak.Kat Kepala Batas..Kak lak kat na?..” “akak kat sungai petani..” jawab ana dengan excited sekali.Besarnya keagunganMu Ya ALLAH,Dia telah menemukan saudara seaqidah,senegeri di surau ini.Di rumahNYA…. “Nanti cuti boleh la akak p umah adik..” dengan gembira ana berkata.
Sahabatku yang seorang ini,setiap kali kaki memasuki ruang surau ini mesti akan terserempak.Seorang sahabat yang nakal serta pendiam tetapi sangat tegas di medan jihad..(,”)… “Hazirah,buat apa awak datang sini..menyibuk je..Ha,hari tu ambil number phone akak bukan nak msg pun..” ungkap sahabat ini dengan berseloroh. “Mana ada kak.Dah hari-hari jumpa,satu fakulti pula tu.Nak msg lagi ke..Ok,sekarang saya msg .Tanya kak dah makan ke belum..”..jawab ana dalam nada bergurau.. “awak buat apa datang sini?”.. “saya nak jumpa kak D ni ha.Ada la..nak dating sikit..hehehe” jawab ana…ingatan kembali pada perkenalan yang tidak di sengajakan di fakulti sem lepas.Ingin sekali ana mendekati kakak yang seorang ini..Dengan izin ALLAH,kami akhirnya bersama-sama berjuang di medan jihad ini.

Indahnya suasana di rumah ALLAH ini.Bayangkan ketika zaman Rasulullah dan para sahabat serta khulafa al-rashidin yang mana masjid menjadi pusat intelektual.Di situlah tempat menimba ilmu pengetahuan dan di situlah kasih sayang di semai.Dan di surau serta masjid lah menjadi tempat bersosial umat Islam.
Ketika berjemaah saling berhimpit-himpit menyebabkan timbul satu ikatan ukuwah yang kuat.ketika bersalaman,tidak kira siapa semua akan bermaaf-maafan dan beramah mesra dan memberikan senyuman yang paling manis sekali.

Jika kepenatan,segalanya akan hilang bila melihatkan wajah-wajah sahabat serta perasaan kasih sayang yang terbit dari setiap insan yang penuh dengan kasih sayang kerana ALLAH.

Disinilah jua tempat melepaskan kerinduan kepada sahabat-sahabat mujahidah ana.Terkadang dengan kesibukkan dakwah menyebabkan kekangan waktu untuk bersama,tetapi dengan adanya surau ini membuahkat bibit-bibit ukhuwah antara kami.Di sinilah kami ber-iftar jamae’,berkongsi-kongsi juadah,bertanya khabar dan berqiamulail dan di sinilah bermulanya pertemuan ana mengenal Ya Khaliq Rabbul Alamin.

‘YA ALLAH,JIKA ENGKAU TAKDIRKAN KAMI MENJADI PENGHUNI SYURRGA,MAKA BANGUNKAN KAMI BERSAMA-SAMA DI DALAM SATU BARISAN SAFF YANG KUKUH”

No comments:

Post a Comment

jom ReLax

hamster^_^

InDaHnYa IsLaM..

Andai Al-quran bisa bicara,ia berkata:"waktu kau masih anak2,kau bagai teman sejatiku,dgn wudhu kau sentuh aku,dlm keadaan suci kau pegang aku,kau baca dgn lirih dan keras,skrg kau telah dewasa,nampaknya kau tdk berminat lagi padaku,apakah aku bacaan usang?Skrg kau simpan aku dgn rapi,kau biarkan aku berlapis debu,ku mohon peganglah aku lg,bacalah aku setiap hari,kerana aku akn mnjd penerang didalam kuburmu!

cursor

Elegant Rose - Working In Background