SaLAM PeRsAuDaRaAn

Monday, December 20, 2010

Cinta yang paling utama..

Cinta yang paling utama..

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM..

Assalamualaikum ila ikhwan wa akhowat..
Benarkan jiwa dan rohani antum menikmati hidangan ini sebentar..
Insya-ALLAH bermanfaat..semoga ALLAH membuka hatimu.

Ikhwan wa akhowat yang dikasihi ALLAH sekelian,sememangnya ana akui zaman remaja merupakan zaman yang cukup mencabar,penuh tekanan,namun tetap menyeronokkan..

Pada masa inilah kita mula mengenali diri kita,suka untuk mencuba sesuatu yang baru,dan juga ingin menjadi perhatian ramai.Kita juga ingin dilayan seperti orang dewasa,tanpa perlu perhatian yang penuh dari ibubapa.Malah kita berasa bangga apabila dapat lari dari perhatian parents kita.Dan yang paling penting buat sahabat2 sekelian ialah kita juga cenderung untuk tertarik kepada insan yang berlainan jantina dengan kita,tidak kira ikhwan kepada akhowat mahupun sebaliknya.

Istilah couple telah menjadi kebiasaan bagi sesetengah remaja sekarang.Tapi bagi remaja yang berfikrah Islam,ini bukan satu kebiasaan,malah ia adalah satu dosa yang akan menggelapkan hati mereka dari cahaya iman yang sukar diperoleh.Satu kegagalan besar buat kita para da`ie sekiranya couple ini menjadi satu budaya dalam masyarakat sehinggakan masyarakat tidak memandang couple itu sebagai maksiat,sebaliknya memandangnya sebagai satu trend terbaru remaja zaman moden.Perkara ini cukup membimbangkan,saban hari terpampang di dada-dada akhbar tentang kejadian buang bayi.NauzubiLLAH…dari mana puncanya kalau tidak dari masalah couple yang berlaku dalam kalangan remaja mutakhir ini.Kerana itulah ALLAH berfirman,mafhumnya,“..dan janganlah kamu mendekati zina..”.Ditafsirkan ayat ini oleh mufassirin,ALLAH bukan hanya melarang kita dari melakukan zina tetapi setiap sesuatu yang mendorong kepada zina turut dilarang,dengan lafaz jazmun(pasti) yang membawa kepada hukum haram dan berdosa kepada sesuatu perkara yang menjurus kepada zina termasuklah couple itu sendiri.Jelas pada kita couple merupakan satu perkara yang tidak diredhai oleh ALLAH.Siapa yang bercouple,bagai ingin menyatakan bahawa dia tidak perlu kepada redha ALLAH!!!NauzubiLLAHi min zalik…Harap kita tidak tergolong dari golongan tersebut…

Sedarkah wahai sahabat2ku sekelian..sekiranya antum bercouple,bermakna antum telah membelakangkan Cinta ALLAH dan Rasul-nya.Antum sanggup mengetepi cinta ALLAH kepada antum,dan cinta RasuluLLAH s.a.w kepada antum!!Hanya kerana inginkan cinta murahan yang sementara dari pasangan antum yang hina lagi dhaif.Ana bukan salahkan antum,memang fitrah semulajadi manusia akan tertarik pada sesuatu yang molek,cantik dan menarik,memang ana tak nafikan itu,namun ia bukan satu lesen buat kita untuk bercouple,bukan setiap kehendak nafsu harus dituruti,batas-batas yang kena jaga tu jagalah..ana sendiri pun pernah alami perkara yang sama..,ana bukan malaikat,ana juga manusia sama macam antum..ada naluri dan perasaan yang sama..,itu normal tapi ana tak lah sampai bercouple,kalau couple itu dah lebih..sebab kita ada cinta yang jauh lebih utama dari cinta sesesama hamba,iaitu cinta kepada al-Khaliq(pencipta) kita,yakni ALLAH s.w.t

Sahabat-sahabat sekelian,cinta yang paling utama yang wajib kita dahulukan ialah cinta kepada ALLAH,cinta kepada RasuluLLAH,dan cinta kepada ibubapa.Tu belum sebut lagi tingkatan cinta yang seterusnya,tetapi yang pasti cinta kepada pasangan couple bukan muhrim tak termasuk dalam senarai..maaflah itu satu perkara yang tidak diredhai..dan dari sebab itulah ALLAH mensyariatkan perkahwinan sebagai jalan penyelesaian konflik ini.Tiada couple yang diredhai melainkan selepas perkahwinan.

Sahabat..ana tidak mahu berbicara `atas angin` sahaja..ana akui ana sendiri pernah tertarik pada seorang muslimat(jangan salah anggap..).,sampai kekadang solat ana juga terganggu..,namun mujurlah,ternyata kasih sayang ALLAH kepada ana lebih dari segalanya..dengan takdir ALLAH,si muslimat berpindah sekolah pada tahun itu juga..kiranya kecewalah ana nie..tapi apabila terdetik pada hati ana bahawa ALLAH sedang memberi ana satu pengajaran iaitu tiada kasih sayang dan cinta yang lebih tinggi dan lebih mulia dari cinta ALLAH S.W.T kepada hambanya yang beriman,hati ana jadi sayu dan terharu,walaupun ana bergelumang dengan dosa,ALLAH masih sayangkan ana,jadi mengapa tidak ana kasih kepada ALLAH dengan melaksanakan segala suruhan dan perintah-Nya..??tiada alasan dan setiap kali hati ana tertarik lagi kepada yang lain.ana katakan pada diri ana,“naqiuddin,orang ni ke yang anta ingin ganti cinta ALLAH dalam hati anta..?”maka ana batal terus niat ana itu,insyaALLAH selagi mana ALLAH masih memberi ana petunjuk dari cinta-NYA,ana tidak akan terjerumus kedalam lembah maksiat couple haram ini..Aminn

Konklusinya,sahabat2 ana dan akhowat sekelian,sedarlah cinta kepada ALLAH sahaja mampu menyelamatkan kita,dan mengapa kita berharap kepada cinta hina yang belum pasti sedang di sisi kita ada cinta yang teramat mulia dan pasti-sepastinya,iaitu cinta kepada ALLAH s.w.t.Raihlah dan pohonlah cinta sejati dari Yang Maha Mencintai..

“ya ALLAH,ENGKAU bukakanlah hati kami untuk mencintai-MU dengan sebenar-benar cinta,jangan ENGKAU golongkan kami dalam golongan yang tidak kamu redhai…”

Aminnn ya Rabb..

wALLAHu`alam

Semoga ALLAH redha..

No comments:

Post a Comment

jom ReLax

hamster^_^

InDaHnYa IsLaM..

Andai Al-quran bisa bicara,ia berkata:"waktu kau masih anak2,kau bagai teman sejatiku,dgn wudhu kau sentuh aku,dlm keadaan suci kau pegang aku,kau baca dgn lirih dan keras,skrg kau telah dewasa,nampaknya kau tdk berminat lagi padaku,apakah aku bacaan usang?Skrg kau simpan aku dgn rapi,kau biarkan aku berlapis debu,ku mohon peganglah aku lg,bacalah aku setiap hari,kerana aku akn mnjd penerang didalam kuburmu!

cursor

Elegant Rose - Working In Background