SaLAM PeRsAuDaRaAn

Monday, December 20, 2010

APA YG PERLU DI KELUHKAN??

APA YG PERLU DI KELUHKAN??

Selawat serta salam buat junjungan mulia kita NABI MUHAMMAD S.AW ,Syukur kerana pada hari ini kita masih di beri nikmat hidup di dunia ini,menghirup udara nyaman ciptaan Illahi serta mata melihat alam ciptaan-NYA,lidah berkata yg baik,qalbu di sinari cahaya keimanan.Sedarkah sahabat bahawa segala-galanya telah ALLAH kurniakan kepada kita.Kenapa perlu mengeluh tika mengalami sedikit kesukaran hidup?...Keluarga,kawan2 sentiasa di samping kita,rezeki masih ALLAH turunkan walaupun seringkali kita ingkar akan Kurniaan ALLAH.Tidakkah anda tahu bahawa segala kejayaan anda segalanya dari ALLAH?..walaupun tanpa usaha,jika ia memang atas perkenan ALLAH,maka berjayalah anda.Begitu juga jika kegagalan.jika anda berusaha sedaya upaya,tp atas perkenan ALLAH,jika gagal,maka gagal juga.Hidup kita ini sentiasa di atas kekuasaanNya..Yang Maha Pemurah untuk semua makhluk Lagi Maha Penyayang untuk semua mukmin.
Marilah kita berkongsi sedikit pengalaman ana bersama makcik cleaner di kolej.Harap sahabat2 dapat mengambil iktibar.Yang baik dtg dari ALLAH,Yg bUruk datang dari ana jua.
***********************
Suatu pagi yang nyaman,ana ingin menyucikan diri(mandi) seperti rutin harian.Lalu ana pergi ke ampaian untuk mengambil kain basahan.Di sinilah ALLAH temukan ana dengan seorang makcik cleaner yg sblm ini selalu mencuci tanda di level ana.Selama ini tidak pernah ana bertegur sapa dengan beliau.Pernah ana di marah oleh makcik tersebut kerana bersugi jauh dari singki.Takut juga ana wktu tu.Tapi hari ini ana mengenali sepenuhnya makcik yg sebenarnya penuh dengan sifat keibuan meskipun beliau ialah perantau dari Indonesia(Jakarta).Waktu tu makcik tengah having breakfast.

“Ambil baju ke dik?” Tanya makcik. “Ye makcik”jawab ana ringkas sambil bergegas untuk keluar dari bilik ampaian. “Dik,dh lama ke duduk kolej Mawar?”.. “Lama juga la..dh dua tahun ,makcik,..Sorang je ke ,makcik.Mana yg lain?”.Ana mula memulakan persoalan.. “Yang lain pergi beli makanan..”.. “Adik belajar la betul2.Nanti jgn hidup susah mcm makcik.Kt Indonesia susahnya bukan mcm kt cini(Malaysia).Org sini (Malaysia) susah pun masih senang.M akcik pun bukan saja2 nk dtg Malaysia.Mahal dik nk dtg sini RM10 000 Malaysia baru boleh datang..(p/s:Teringat ana saudara2 ABG BANGLADESH yg kerja buruh bina masjid di belakan rumah ana juga terpaksa mengumpul rm10000-20000 utk dtg ke Malysia).Kalau kt Jakarta ada kerja,x de la makcik dengan kawan2 dtg ke Malaysia.Suami dan anak2 makcik semuanya dh meninggal ketika tsunami.Sebab tu jangan sebut “anak” depan makcik,nanti makcik sedih..”.Sebak ana mendengar rintihan makcik ini… “Dik,mesti banyak fikir sebab tu adik kurang dengar..”..terkejut ana mendengar tekaan makcik.. “Mana makcik tahu?Memang saya kurang dengar,makcik.(Sambil ana memegang telinga kanan ana)Selalunya sy pakai hearing aid,tp hari ni x pakai.”… “Makcik tahu la,makcik kan orang tua.Jgn banyak fikir,nanti tension..naik kt mata dan telinga,kalau mata nanti jadi kabur..(pernah juga mata ana kabur sebelah ketika ana pressure cz ada 3 paper dlm 2 hari)..telinga jadi x dengar..Belajar ni bukan baca buku je,tapi yang paling penting sembahyang tu dik.Sembahyang tu la bagi cahaya muka.X payah pakai make up lagi dh putih ,dik..Dik,kita ni kepunyaan Tuhan,kalau Tuhan kata hari ni Dia nak ambil kita,Dia akan ambil.Xsempat nak buat apa2 pun kalau Dia dh ambil..”Subhanallah,sungguh terharu dan kagum ana atas nasihat dan peringatan makcik tersebut… “Dik,yang paling penting hati kita kena tulus dan ikhlas..(Sambil tangan keibuannya memegang bahu ana)..kalau kawan2 dengan orang x suka kat kita,xpe..yang paling penting Tuhan suka kita..Dik,makcik makan ye..ni je yg mampu,makanan orang susah ,dik..”..ana pun melihat ,hanya nasi putih kosong bersama ikan dan air masak.. “Xpe,makcik makan la,nanti saya turun makan kt bawah… “Dik makan kat sini kerajaan tanggung ke?’”….tanya makcik tersebut.. “Ya,makcik..Lagipon diploma je dapat makan free.Kalau dh ijazah x dapat dh,..kena makan sendiri..”Tingkahku…. “Bagus la..tengok tu kerajaan tanggung.Jadi kena belajar betul2 tau dik.Semua dh ada.... “Dah lama ke makcik kerja kt Malaysia?”.. “ lama juga la..Dulu kerja pembantu rumah dengan orang melayu..8 bulan tp dia x byr gaji,lepas tu kerja dengan org india..x byar gaji juga..” em,makcik kerja jd cleaner skrng dpt gaji x?.. “Dapat,Rm600…Makcik kerja kt sini x nak jadi jahat..buat kerja je..Dulu wkt makcik kerja kt Kolej Perindu (Kolej Siswa) memang bersepah.Lelaki kan.Kdg2 budak2 tu minta makcik kemas bilik diaorang dan suruh ambil apa2 yang makcik suka.Makcik ambil biskut jela nk makan..Budak2nya baik.Tapi setiapa sem mesti tukar budak2 baru.Tapi kat sini x der yg suruh makcik kemas bilik.Perempuan pengemas sikit…”.. “ makcik selalu solat katmana?” tiba2 tergerak lidahku bertanya.. “Kt bawah.”.. “Ada sejadah x?”… “Xde..guna kotak je,kadang2 guna surat khabar.Dulu kt Kolej Perindu banyak sejadah yg makcik ambil dlm bilik sb diaorang bagi.Tp kat sini x der..”.. “Makcik,tungu kjap ek,sy g ambil sejadah ,sy bagi kat makcik..” .. “Terima kasih dik….”..5 minit kemudian ana sampai dgn membawa sejadah.. “Nah,makcik ambil la sejadah ni.”.niat di hati ana nk beri sejadah kecil yg masih baru,tapi dh terbawa balik.Tinggal yg ana guna hari2 shj.. “Terima kasih dik,cantik sejadah ni” sambil makcik membelek2 sejadah… “Makcik,minta maaf la,ni sy x basuh lagi.yang saya guna.Yg baru sy dh terbawa balik la.”..X pe dik.Ni pun dh lebih dari cukup.. “Makcik,sy minta diri dulu.Nak mandi.”.. “Baiklah adik,tapi ingat hati kena baik,belajar rajin2 tau.”.. “Baik makcik”………………

*******************************

Sekadar sedikit perkongsian.Siapalah kita ini.Baru susah sikit sudah mahu mengeluh.Ana sendiri pun kadang mengeluh juga.Rasa hinanya diri ini.Lihatlah bagaimana kesusahan org lain.Kadang2 exam yg berderet2 telah menyebabkan ana mengeluh,kepenatan yg sedikit dh mengeluh,tiada baju baru dh mengeluh…Bermasalah dengan family sedikit pun dh mengeluh.Sedangkan kita masih punya family berbandingh makcik tadi yang family dia semuanya meninggal disebabkab tsunami.Lihatlah bagaimana ALLAH menguji hambanya.Makcik tersebut masih melaksanakan semua tuntutan ALLAH meskipun di uji sedemikian rupa.Sedangkan kita bila kesusahan mesti mempersoalkan knp ALLAH turunkan ujian.Muhasabahlah diri wahai sahabat..

Barangsiapa yang bertaqwa kepada ALLAH niscaya Dia akan membuka jalan keluar baginya dan Dia memberiny rezeki dari arah yang tak disangka-sangka.Dan barangsiapa bertawakal kepada ALLAH,Niscaya ALLAH akan mencukupkan keperluannya..(At-Talaq:2-3)

HASBINALLAH HUNI’ATMAL WAKIL-CUKUPLAH ALLAH BAGIKU SESUNGGUHNYA DIA ADALAH SEBAIK-BAIK PENJAGA

No comments:

Post a Comment

jom ReLax

hamster^_^

InDaHnYa IsLaM..

Andai Al-quran bisa bicara,ia berkata:"waktu kau masih anak2,kau bagai teman sejatiku,dgn wudhu kau sentuh aku,dlm keadaan suci kau pegang aku,kau baca dgn lirih dan keras,skrg kau telah dewasa,nampaknya kau tdk berminat lagi padaku,apakah aku bacaan usang?Skrg kau simpan aku dgn rapi,kau biarkan aku berlapis debu,ku mohon peganglah aku lg,bacalah aku setiap hari,kerana aku akn mnjd penerang didalam kuburmu!

cursor

Elegant Rose - Working In Background