SaLAM PeRsAuDaRaAn

Monday, December 20, 2010

~Tipuan Dunia Akhir Zaman~

~Tipuan Dunia Akhir Zaman~


There are 2.16p.m rite now.Hujan renyai2 sambil cuaca yang nyaman membuatkan siapa sahaja di buai mimpi yg indah.Di tambah dengan baru pulang dari menjawab soklan exam yang memerlukan tenaga fikiran yg banyak.Rumet2 kesayangan ana semuanya sdg beribadah menqada kan tdur.Mata ana juga merasai nikmat ALLAH itu.Cuma ana gagahkan diri menaip sedikit pengisian.Tika imtihan,hati ini merasai satu kekosongan.Selama 1 sem bergelumang dengan kesibukkan dakwah tanpa ada sedikit masa untuk beramah mesra dengan rumet.Inilah salah satu hikmah imtihan bagi ana setiap sem ana d Kampus.Mungkin rumet2 ana teringin nk mengenali ana..hehehe..Sekarang barulah ana dpt mengeratkan siltarurahim dgn lebih kukuh.Alhamdulillah.Tetapi kekosongan itu masih jua terasa.Tanpa sahabat2 seperjuangan d sisi,tanpa tazkirah dan kuliah2 dari ustaz dan ustazah,tanpa program2 dakwah dan talbiah,ana merasakan jiwa meronta2 inginkan kesibukkan berdakwah.Manisnya dakwah dan ukhuwwah itu.Subhanallah.Rindunya ana pada mujahidah-mujahidah,pada kepenatan ,pada kesibukkan itu..Dalam kerinduan ini ,ana ingin berkongsi sedikit ilmu untuk setiap pengembara dan musafir d dunia ini yg dahagakan ilmu ALLAH.

Sedih melihat kawan2 sekelas yang semakin meningkat semester,semakin ramai yg terbang tudungnya,semakin banyak krisis2 dgn kwn2,semakin teraniaya..Sedih juga ana apabila melihat panorama sekeliling di mana luasnya permandangan kaple dan seksi-meksi itu.Teringat ana satu peristiwa di Puduraya di waktu sekitar jam 5.00pg di mana ana sdg menantikan stesen LRT di buka utk pulang ke shah alam selepas pulang beraya d rumah.Masya-ALLAH.bermacam2 orang dan ragamnya manusia itu.Di sebelah kanan ana ada seorang makcik,tapi seperti org merempat sdg tidur,di sebelah kiri terdapat sepasang kaple dari Kelantan agaknya kerana dari loghatnya itu.Mereka sedang bergaduh tentang apa pun ana x pasti.tapi Mungkin lebih kurang begini,si lelaki ingin pergi ke Ipoh,tapi di halang serta di marahi oleh awexx dia.Tidak jauh dari kaple tersebut,terdapat sepasang lagi kaple.Org indon mungkin.Mereka Nampak agak “bahagia” dari kple yg bergaduh tadi.Bahagiakah hidup cara begini?.Dimanakah Islam sebagai add-din itu.

Di hari pembalasan,ALLAH akan berfirman kepada setiap umat manusia di padang masyar,di manakah sembahah2 kamu yang kamu ikuti dahulu?..Lalu mereka akan mengikut sembahan dan idola mereka d dunia dulu.Tinggallah orang yang betul2 beriman dan bertaqwa(True beliver).Sesiapa yang menyembah berhala akan mengikut berhala,sesiapa yang menyembah harta akan mengikuti harta,siapa yang mengagungkan barat akn mengikuti barat.Dialog malaikat zabbaniah juga berkisar tentang bagaimanakan cara hidupmu di dunia.Beruntunglah pada sesiapa yang mengambil Islam Sebagai add-din.Add-din bkn hanya berkisar ddari perihal solat,tetapi merangkumi semua.Ada yang mengaku islam dan berasa cukup dengan hanya solat 5 waktu tetapi dari segi berpakaian berkiblatkan barat,pergaulan berkiblatkan barat,perbualan berkiblatkan gosip2 hot,.Yang sedikit ketidakpuasan hati ana ialah ingin mempertahankah hak-hak melayu.Universiti hak melayu,..tetapi melayu itu sendiri layu.Berpakaian ala barat,pergaulanya masya-ALLAH ..bertepuk tampar tak kira gender, rambutnya dah macam2 kaler,yang melayu pun dah jadi macam Chinese daan mat saleh. bila timbul isu nk di buka kpd bukan bumiputra,..tiba2 mereka sedar yg sebenarnya mereka itu melayu..Bahagiakah mereka itu??
Teringat ana pada firman ALLAH:
Kehidupan di dunia tidak lain hanya permainan dan hiburan semata-mata,Sedangkan kampong akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya andai mereka mengetahui.)Al-Ankabut 64)

Andai mereka mengetahui segala di dunia ini hanya mainan semata2…

Sedih ana bertandang lagi bila melihat sahabat ana yang dahulunya wara’ akhirnya hanyut dalam tipuan dunia akhir zaman.Sedihnya ana.
Teringat kata2 imam al-ghazali:Celakalah kepada sesiapa yang hari ini lebih buruk dari hari semalam..
Ana berdoa semoga ALLAH berikan dia hidayah.dan hidayah kepada semua2 sahabat2 yang lain.Ana sedar hidayah ini milik ALLAH.Tapi Alhamdulillah ,dalam kesedihan yang menusuk ini,ALLAH berikan ana berita gembira dengan perubahan rumet2 kesayangan ana.Mudah-mudahan ia berkekalan.
Ana juga seperti manusia lain.Yang pernah terpedaya dengan tipuan dunia akhir zaman yang dasyat sekali.Tiada ketenangan di rasa walaupun pada zahirnya seperti bahagia.Air mata di curahkan pada tempat sia2.Wang di infakkan pada jalan maksiat,mata memandang yang tidak baik dan telinga di hidang dengan muzik yang lagha.
Seandainya kawan2 ana mengetahui bahawa masih ada ketenangan di sini,mungkin mereka akan memilih jalan ini.Dengan zikrullah hati akan menjadi tenang.Tidak semestinya hanya dengan berzikir,tetapi hati sentiasa mengingati ALLAH,percakapan sentiasa dibasahi tazkirah dan jalinan silaturrahim,akhlaknya sehebat rasulullah.s.a.w dan para sahabat.
Percayalah ketenangan itu tidak akan d peroleh dengan harta kekayaan..

Bila banyak harta,maka risau harta akan merosot…

Ketenangan tidak boleh di peroleh dengan kecantikan..

Kerana kecantikan itu tidak akan kekal dan utk mengekalkan memerlukan byk kesusahan,

Ketenangan tidak akan di peroleh dengan membeli kereta baru.

Kerana kereta itu akan rosak dan sentiasa d service,

Ketenangan tidak akan d peroleh dengan kaple,


Kerana membawa byk sakit hati dan menghampiri kepada kehancuran diri iaitu zina,.

Ketenangan tidak akan di peroleh dengan berkawan kerana rupa,pangkat dan kepandaian,

Kerana kita akan di tinggalkan bila hilang rupa,pangkat dan kepandaian



Ketenangan itu..

Bila beribadah memperhambakan diri pada ALLAH..

Ketenangan itu..

Apabila segala yg di lakukan atas lillahita’la.

Ketenangan itu…

Apabila mengamalkan segala ajaran al-quran

Ketenangan itu,

Apabila bersahabat kerana ALLAH .

Ketenangan itu

Apabila berpisah kerana ALLAH

..HIDUP DAN MATI HANYA PADAMU YA ALLAH....

No comments:

Post a Comment

jom ReLax

hamster^_^

InDaHnYa IsLaM..

Andai Al-quran bisa bicara,ia berkata:"waktu kau masih anak2,kau bagai teman sejatiku,dgn wudhu kau sentuh aku,dlm keadaan suci kau pegang aku,kau baca dgn lirih dan keras,skrg kau telah dewasa,nampaknya kau tdk berminat lagi padaku,apakah aku bacaan usang?Skrg kau simpan aku dgn rapi,kau biarkan aku berlapis debu,ku mohon peganglah aku lg,bacalah aku setiap hari,kerana aku akn mnjd penerang didalam kuburmu!

cursor

Elegant Rose - Working In Background