SaLAM PeRsAuDaRaAn

Monday, December 20, 2010

UJIAN DAN DUGAAN TANDA KASIH SAYANG ALLAH..

BismiLLAHi Rahmani Rahim..,

Sesekali kita diuji dengan masalah seperti masalah kerja, masalah keluarga,kewangan,sahabat-sahabat,peribadi,menghidapi penyakit,kematian orang tersayang dan sebagainya.Masalah yang kita hadapi kadang-kadang menyebabkan kita jauh daripada ALLAH s.w.t.Kita sentiasa berfikir untuk menyelesaikan masalah ini tanpa menyandarkan masalah tersebut kepada ALLAH s.w.t..Samada terlupa atau memang tidak terdetik langsung dalam hati kita untuk meminta pertolongan dari ALLAH s.w.t..NauzubiLLAHiminzalik.Kata Ustaz Mohd Raziqin dalam satu usroh,punca utama kepada seseorang itu gagal menerima ujian dari ALLAH ialah kerana dia tidak memandang masalah itu sebagai ‘hadiah’ dan ‘pengiktirafan’ dari ALLAH s.w.t kepadanya untuk ‘dinaikkan pangkat’ disisi ALLAH s.w.t sebaliknya memandang masalah tersebut sebagai ‘bala`’ atau ‘malapetaka’.Ternyata persepsi tersebut adalah salah.

“Adakah manusia mengira mereka dibiarkan mengatakan kami telah beriman sedang mereka belum lagi diuji..?”



besarnya ujian tanda ketinggian iman

sahabat..,tanda seseorang itu beriman dan dikasihi ALLAH s.w.t ialah dia sentiasa diuji dengan pelbagai masalah dan dia sentiasa mengadu kepada ALLAH s.w.t akan masalah yang dihadapinya yang menyebabkan dia merasakan tiada pertolongan kecuali daripada ALLAH s.w.t semata-mata.Orang yang mempunyai masalah dan redha,sebenarnya tiada masalah dengan ALLAH s.w.t.,kerana itulah tanda kasih sayang ALLAH s.w.t untuk mengangkat darjatnya di syurga,sebaliknya orang tidak dihimpit masalah dan hanyut dalam kesenangan hiduplah yang mempunyai masalah dengan ALLAH s.w.t..Mereka tidak merasa akan manisnya iman kerana kemewahan menyebabkan mereka lupa untuk bersyukur dan juga mereka tidak pernah menangis kerana ALLAH s.w.t..Semakin besar ujian seseorang maka semakin tinggi darjatnya disisi ALLAH s.w.t..

RasuluLLAH s.a.w juga diuji

RasuluLLAH s.a.w. turut diuji oleh ALLAH s.w.t. sedangkan Nabi Muhammad s.a.w. merupakan kekasih ALLAH.Dalam gerak kerja untukmenyelamatkan ummah dari kegelapan,RasuluLLAH diuji dengan pelbagai ujian oleh ALLAH s.w.t Yang Maha Penyayang.RasuluLLAH dilempar najis,diletakkan perut unta yang disembelih ketika Baginda sedang sujud,diboikot oleh saudara sendiri,diancam bunuh,kehilangan 2 orang yang tersayang sekaligus iaitu Siti Khadijah dan Abu Talib pada ‘tahun kesedihan’ dan sebagainya.Kalau insan semulia RasuluLLAH s.a.w pun diuji tanpa merungut dan redha,mengapa kita pula merungut dan tidak redha dengan ketentuan ALLAH..?Siapa kita..?Adakah kita lebih mulia dari RasuluLLAH..?!Tidak..!!Kita cuma insan dhaif yang dipenuhi dosa..!Lebih-lebih lagi,ujian merupakan hadiah yang paling bermakna daripada ALLAH s.w.t namun kita gagal untuk memahami akan hakikat ini.

Gembira menerima ujian ALLAH..

Sebaliknya kita harus bersyukur kerana ditimpa ujian oleh ALLAH s.w.t,gembira dan redha.Apabila ditimpa sebarang ujian dan musibah katakan dalam hati,”ini tanda ALLAH sayang padaku,terima kasih ALLAH..”.Pandanglah sesuatu itu dari ALLAH s.w.t,termasuklah masalah yang dihadapi dan berusaha sedapat mungkin menyelesaikan masalah tersebut kemudian bertawakkal dengan keyakinan bahawa orang yang bertawakkal akan sentiasa dibantu oleh ALLAH s.w.t.

Saiyidina Umar Al-Khattab r.a,pernah satu hari ditegur kerana beliau kelihatan cukup sedih,ditanya oleh para sahabat ridwanuLLAHi `alaihim mengapa beliau sedih dia mengatakan

“hari ini aku belum lagi diuji oleh ALLAH s.w.t..aku takut andai ada aku melakukan kesilapan sehinnga aku tidak ditimpa ujian..”

didalam satu lagi peristiwa berasingan,Saiyidina Umar Al-Khattab r.a terjatuh dari kuda yang menyebabkan kepalanya berdarah.Beliau tersenyum sambil menadah tangan bersyukur,para sahabat berasa aneh dengan peristiwa tersebut bertanya kepada Umar r.a akan perihalnya itu.

jawab Umar r.a”bagaimana aku tidak bersyukur dengan kasih sayang yang telah ALLAH tunjukkan kepada ku..?

SubhanALLAH..,betapa tingginya iman Umar Al Khattab r.a,beliau redha dengan seikhlas hati malah bersyukur dengan ujian yang dihadapi dan berasa bersalah seandainya tidak menerima ujian oleh ALLAH s.w.t..

Hadapi ujian dengan redha

Iktiqodkan bahawa segalanya adalah dari ALLAH s.w.t.,tiada satu pun yang terlepas dari pandanganNYA.ALLAH s.w.t murka kepada orang yang merungut dan tidak redha dengan ujian yang dihadapinya.Mengapa kita patut merungut apabila seseorang mengasihi kita apatah lagi al-Kholiq(Pencipta) kita..?sepatutnya kita berbangga,dan bersyukur.Tadah tangan dan ucaplah ALHAMDULILLAH…!!



wALLAHu a`lam..

addhaif naqiuddin,

ditulis artikel ini untuk tatapan ikhwan wa akhowat di http://addhaif2.wordpress.com/

No comments:

Post a Comment

jom ReLax

hamster^_^

InDaHnYa IsLaM..

Andai Al-quran bisa bicara,ia berkata:"waktu kau masih anak2,kau bagai teman sejatiku,dgn wudhu kau sentuh aku,dlm keadaan suci kau pegang aku,kau baca dgn lirih dan keras,skrg kau telah dewasa,nampaknya kau tdk berminat lagi padaku,apakah aku bacaan usang?Skrg kau simpan aku dgn rapi,kau biarkan aku berlapis debu,ku mohon peganglah aku lg,bacalah aku setiap hari,kerana aku akn mnjd penerang didalam kuburmu!

cursor

Elegant Rose - Working In Background