SaLAM PeRsAuDaRaAn

Tuesday, December 28, 2010

matan istiazah

ISTI`AZAH
TAKRIF:

* Bahasa : Berlindung
* Istilah : Lafaz yang menghasilkan perlindungan dan penjagaan Allah kepada diri kita daripada syaitan yang di laknat

SUMBER LAFAZ ISTI`AZAH:

1. Lafaz isti`azah yang mudah lagi ringkas terdapat di dalam Al-Quran yang mulia iaitu di dalam surah An-Nahli.
2. Terdapat sepotong Hadis, seorang sahabat Rasulallah S.A.W.yang terkenal iaitu Hadrat Abi Said Al-Kudri r.u. bahawa beliau telah mendengar Rasulallah membaca lafaz isti`aazah yang terdapat penambahan pada kalimah isti`azah .
(Diriwayatkan oleh imam Abu Daud rah.)

Terdapat pelbagai lafaz isti`azah yang diharuskan dalam membacanya,diantaranya :
1. Lafaz yang diajar oleh Malaikat Jibril A.S kepada Rasulallah S.A.W. yang bermaksud:
"aku berlindung diri kepada Allah Azza Wajalla daripada syaitan yang direjam"
2. Lafaz yang diambil daripada Hadis Rasulallah S.A.W. yang mana lafaz ini juga digemari oleh segolongan ulama’ salaf yang bermaksud:
"aku berlindung diri kepada Allah S.W.T.yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui daripada syaitan yang direjam "
3. Lafaz yang diambil daripada Hadis Rasulallah S.A.W. yang bermaksud :
"aku berlindung diri kepada Allah S.W.T. agar mendapat keampunan yang Maha Agong daripada azabnya yang amt pedih dan daripada tipu daya syaitan , sesungguhnya dialah (Allah) yang Maha Mendengar lagi Maha Mengatahui "


KEADAAN-KEADAAN MEMBACANYA:


Salah seorang daripada Imam-Imam Qurra` iaitu Imam Hamzah membaca lafaz isti`azah dengan nada yang nyaring pada setiap permulaan pembacaan surah Al-Fatihah tetapi membaca dengan suara yang perklahan pada surah yang lain yang di dalam AL-Quran yang mulia . Selain itu Imam Nafi’ yang juga merupakan salah seorang Imam-Imam Qurra’, membaca lafaz isti`azah dengan suara yang perlahan pada keseluruhan surah yang terdapat di dalam Al-Quran.


TEMPAT YANG DI SUNATKAN MEMBACANYA DENGAN PERLAHAN :

1. Ketika membaca berseorangan diri ataupun dikhalayak ramai.
2. Di dalam sembahyang fardu mahupun sunat tidak kira siang mahu pun malam, berseorangan ataupun berjemaah.
3.ketika diwaktu pertengahan pembacaan tadarus Al-Quran secara berjemaah.
Selain dari tempat-tempat yang di sebutkan di atas, pembacaan lafaz isti`azah boleh dibaca dengan nada yang kuat .

PEMBACAAN LAFAZ ISTI`AZAH DENGAN BASMALAH DAN DI AWAL SURAH :
Terdapat 4 cara yang telah diamalkan oleh Imam-Imam Qurra’ iaitu:
1.Berhenti pada lafaz isti`azah tanpa bersambung dengan lafaz basmalah dan awal surah.
2.Berhenti pada lafaz istiazah tetapi bersambung lafaz basmalah dengan awal surah.
3.Menyambung lafaz isti`azah dengan lafaz basmalah tetapi berhenti sebelum awal surah.
4.Menyambung ketiga-tiganya sekali .

No comments:

Post a Comment

jom ReLax

hamster^_^

InDaHnYa IsLaM..

Andai Al-quran bisa bicara,ia berkata:"waktu kau masih anak2,kau bagai teman sejatiku,dgn wudhu kau sentuh aku,dlm keadaan suci kau pegang aku,kau baca dgn lirih dan keras,skrg kau telah dewasa,nampaknya kau tdk berminat lagi padaku,apakah aku bacaan usang?Skrg kau simpan aku dgn rapi,kau biarkan aku berlapis debu,ku mohon peganglah aku lg,bacalah aku setiap hari,kerana aku akn mnjd penerang didalam kuburmu!

cursor

Elegant Rose - Working In Background