SaLAM PeRsAuDaRaAn

Monday, December 20, 2010

Buatlah pilihan yang tepat..

Buatlah pilihan yang tepat..
Saat sedang nyeyak tidur di buai mimpi di atas tilam yang begitu empuk,bilik yang dingin dan kelam tanpa cahaya,anda terbangun tiba-tiba.Setelah mata terbuka persekitaran di amati..Belum subuh lagi ni..hati bermonolog sendirian.Kemudia tangan mencapai telefon bimbit melihat jam sekadar mendapatkan suatu kepastian.. “Oh…baru pukul 3 pagii..”
Dalam situasi seperti di atas,apa yang akan anda lakukan?Di sini anda mempunyai beberapa pilihan.Tanya iman anda dan buatlah pilihan yang bijak


* Pilihan 1

Kebanyakkan kita akan menarik selimut semula dan menyambung episod kedua mimpi yang tergantung separuh jalan.Bukan itu sahaja,hati turut mengomel.,"Apasal la aku bangun awal sangat.."Terzahir sebuah kekesalan.Kesal bangun awal?..Nauzubillah

* Pilihan ke-2

"Oh..baru pukul 3 pagi.Waktu macamni doa makbul..Ya ALLAH ampunilah dosaku..dosa kedua ibu bapaku.Jadikan aku hamba yang mempunyai semangat juang yang tinggi,berjuang untuk kebahagiaan dunia dan akhirat".Kemudian sambung kembali ibadah senyap

* Pilihan ke-3

Sebaik menyedari dah pukul 3 pagi(bukan baru pukul 3) segera bangun untuk solat tahajud.Sembahlah ALLAH saat mata-mata lain terpejam rapat.Rukuklah saat hati kita masih tenang,sujudlah saat minda masih kosong dari sebarang urusan dunia dan berdoalah saat doa di dengari ALLAH.
**********************************************


Terjaga di awal pagi adalah satu rahmat yang merupakan kurniaan ALLAH.Siapa tahu saat ALLAH takdirkan kita terjaga,sebenarnya ALLAH menunggu utk memakbulkan sebarang permintaan malam tersebut.Mulalah dari langkah pertama,berdooa sebaik terjaga.Malah mintalah dari ALLAH utk bangkitkan kita malam-malam seterusnya.Itulah caranya mengucapkan terima kasih kerana terjasa saat sedang tidur,bukan mengomel penuh kekesalan.Tetapi alangkah baiknya andai tahajjud dapat ditunaikan

No comments:

Post a Comment

jom ReLax

hamster^_^

InDaHnYa IsLaM..

Andai Al-quran bisa bicara,ia berkata:"waktu kau masih anak2,kau bagai teman sejatiku,dgn wudhu kau sentuh aku,dlm keadaan suci kau pegang aku,kau baca dgn lirih dan keras,skrg kau telah dewasa,nampaknya kau tdk berminat lagi padaku,apakah aku bacaan usang?Skrg kau simpan aku dgn rapi,kau biarkan aku berlapis debu,ku mohon peganglah aku lg,bacalah aku setiap hari,kerana aku akn mnjd penerang didalam kuburmu!

cursor

Elegant Rose - Working In Background