SaLAM PeRsAuDaRaAn

Monday, December 20, 2010

ANTARA KEKHILAFAN DAKWAH DAN KEKURANGAN PEMAHAMAN TENTANG ISLAM..

ANTARA KEKHILAFAN DAKWAH DAN KEKURANGAN PEMAHAMAN TENTANG ISLAM..


Dengan kalimah Bismillah ana memulakan bicara cari menaip setiap bait-baik kata untuk pengisian.Sebelum ana melangkah lebih jauh,marilah kita sama-sama berdoa kepada saudara-saudara kita serta pejuang HAMAS supaya mereka tetap teguh dengan perjuangan dan semoga ALLAH menghancurkan Yahudi laknatullah dengan penuh kehinaan.Kita perlu menanamkan aqidah yg kuat bahawa Yahudi akan musnah dan daulah Islam akan kembali menjulang kerana inilah janji yg telah ALLAH gazetkan dalam Al-quran yang benar lagi membenarkan.

Mungkin agak lari dari topic perbincangan isu semasa yg hangat memperkatakan mengenai nasib Palestine tapi ini perlu juga di sampaikan atas dasar memperjuangkan agama ALLAH.Ana tidak mahu menggunakan bahasa dan gaya bahasa yang terlalu tinggi kerana skop dakwah bukan hanya sekadar berpusing di sekitar para dae’ tetapi juga umat manusia yang tengah merangkak-rangkak mencari kebenaran.Mungkin mereka bertuah telah di lahirkan sebagai ISLAM,tetapi belum terpilih mendapat cahaya hidayah ALLAH.Jadi ana dan semua dae’ seharusnya menjalankan tanggungjawab dengan penuh keikhlasan untuk membantu para sahabat ini menemui cahaya ini.Janganlah hanya bercakap belakang dan hanya mengkritik tetapi tidak melaksanakan amar ma;ruf nahi mungkar.

Sudah lupakah kita dengan satu cerita zaman dulu-dulu.Tepatnya zaman peringkat awal dakwah Rasulullah s.a.w. di mana Rasul berdakwah di Ta’if.Baginda di lontarkan dengan najis serta batu oleh masyarakat Ta’if sehingga darah menitis ke buku lali baginda.Lalu datang malaikat Jibrail yang memohon untuk menterbalikkan bukit kepada masyarakat Ta’if.Tapi apa sabda baginda??..jangan..sesungguhnya mereka kaum yang tidak mengetahui….Sungguh mulia akhlak baginda S.A.W..Kita seharusnya mengambil contoh teladan serta ikutan dalam menjalani dakwah yang penuh liku.Ana akui kadang2 kita tidak memerhati masyarakat sekeliling.Dalam menjalankan dakwah,banyak sekali yang perlu diteliti.Jika tidak,ia akan mendatangkan fitnah pula sepertti peristiwa Saidina Abu Bakar menjadi iman dan membaca surah Al-Baqarah dalam solat.Lalu datanglah seorang sahabat yang mengadu kpd Rasulullah.s.a.w berkenaan perkara tersebut.Rasulullah s.a.w pun bersabda kepada Abu Bakar..Adakah kamu mahu menyebarkan fitnah??....................




Dalam konteks dakwah ini kita perlu memahami situasi sebenar.Kebanyakkan mereka yang kurang kefahaman serta di kelilingi dengan suasana yg bukan Islamic merasakan sesuatu yang baru jika menjumpai seseorang yang membawa tafsir quran serta bertadabur al-quran.Masih segar kata-kata seorang kenalan ana yang di kelilingi environment yang agak kurang Islamic:akak ni rajin betul la kaji al-quran,pergi cari informasi islamic2 dlm internet,baca buku2 dakwah ni.X pernah lagi saya jumpa org macam akak!!...tika itu ana hanya tersenyum dan bertanya kembali…betul ke x pernah jumpa?alah,biasa je ni.Ada org yang lagi rajin dari akak.Lagipun adik ni muda lagi.Banyak lagi orang yg adik belum jumpa…Adik berbicara semula:dari sejak sekolah lagi saya x pernah jumpa org macamni.rajin..hehe…Dari perbicaraan tersebut ana menginterview latar belakang adik tersebut dan nyata sekati dia berada di environment yang tidak memahami agama dan sebenarnya ramai lagi orang macam adik ni di Malaysia ni.Adik ini tidak mengetahui hakikat sebenar Islam.Jadi menjadi tanggunjawab kita untuk menerangkan secara terang-terang mahupun secara halus.Seharusnya kita memahami mereka bukannya mereka memahami kita.Sangat sukar
untuk mereka memahami kita.



Ada satu lagi perkara yang ana ingin kongsikan ketika menjalankan operasi LANDAS di sungai petani,kedah.Untuk pengetahuan pembaca sungai petani ni memang agak famos la dengan gejala social remaja dan Black Metal pun dulu wujud di sini.Dalam operasi tersebut,seorang sahabat ana memberi nasihat kepada seorang adik belasan tahun…kat sekolah nanti cari kawan yang baik-baik tau….. betul nasihat sahabat yang ana cintai itu,mungkin agak tidak sesuai bagi seorang budak sekolah yang di kelilingi dengan kawan-kawan yang bermasalah.Agak sukar mencari sahabat yang baik di dalam sekolah harian biasa dan ana sendiri juga mengalami perkara tersebut.Dan darah muda anak-anak itu menjadikan mereka mencari sesuatu yang memberikan keseronokkan.Ada jalan penyelesaian untuk itu sebenarnya.Pihak-pihak yang rasa bertanggungjawab dlm membela org Islam banyak mengadakan program-progarm motivasi bersifat kerohanian .Bole lah kita menghantar anak2 ini ke program-progarm supaya dari sini dia mendapat kawan2 yang baik.Salah satu method lagi yang akan ana bincang ini ana peroleh ketika mesyuarat bersama wakil badan TERAS,sebuah badan ngo di Kedah..

Berkata wakil:Ustaz Kamaruddin selalu menjalankan dakwah lapangan,tetapi bagi remaja agak sukar di beri kesedaran.Lalu ustaz kamaruddin menjumpai suatu formula iaitu untuk remaja dan kanak-kanak lebih sesuai remaja sebaya mereka juga yang menjadi pembimbing.Dengan cara itu remaja tersebut akan merasa kagum dengan perwatakan remaja seusia mereka tetapi tidak perpengaruh dengan maksiat .Oleh itu dia berusaha menjadi seperti remaja tersebut…………….

Terkadang para pendakwah hanya mengatakan tentang dosa,pahala,berceramah sana-sini.Tetapi bila di ajak trun ke dakwah lapangan,mereka hanya memilih untuk duduk di dalam pejabat dengan kedinginan air-corn dan kerusi empuk.Hanya berkata-kata tetapi tidak melaksanakan.Rujuk surah as-saff ayat 2-3:Wahai org2 yang beriman janagn kamu katakana apa yang tidak kamu kerjakan.Murka ALLAH amat besar bagi mereka yang mengatakan apa yang tidak mereka kerjakan….
Kata-kata ini bukan ana tujukan hanya kepada org lain tetapi sebagai peringatan kepada diri sendiri.Sebenarnya terlalu byk lagi yg perlu di ambil perhatian.Dari segi wajah yang sentiasa tersenyum,dari komunikasi yang pandai memikat org lain utk bergaul dengannya.Banyak lagi yg boleh di practikkan.Antum boleh rujuk dalam buku ‘ Bagaimana memikat Hati’ Dari Abass as-sisi yang boleh di download juga dari blog ana.

Kepada hamba ALLAH yang mencari-cari jalan kedamaian ini,ingatlah jalan ini amat sukar.Namun pengakhiranya amat manis dan indah.Ditambah lagi dengan darah remaja yang mencari kebahagiaan hidup.Ada yang mencari dengan berkouple tetapi akhirnya kecewa,ada yang mencari dengan social tetapi tidak bahagia sama sekali.Satu shj jalan yg membawa kebahagiaan hidup iaitu cintai ALLAH dan rasul melebihi segala-galanyaDisini bila cinta ALLAH itu melebihi segala-galanya maka secara otomatik segala cinta manusia dapat kita perolehi dengan mudah.Ingatlah cinta makhluk itu berubah dan cinta ALLAH itu selamanya.Jika pun org yang telah berkahwin berkata dia sudah dimiliki,tetapi sebenarnya pemilikan itu hanya sementara.Dia tidak berkuasa ke atas suami/isterinya kerana dia bukan tuan pencipta.Mana mungkin dia boleh memiliki barang kepunyaan orang lain.Manusia ini ibarat robot yang lupa asal usulnya dan tugas.Bila dia di ciptakan,dia menjadikan cita-cita dunia sebagai matlamat,menjadikan diri sebagai hak milik peribadi sehingga saudara lain di tindas tidak di hiraukan.Menjadi angkuh dengan kejayaan tanpa di sedari itu semua dari tuannya.Hidup di dunia menjadi robot-robot yang tidak berguna utk tuannya malah berpaling dari tuannya.Adakah robot ini lupa bahawa dia ada tuan??..Suatu hari nanti bekalan elektrik akan di putuskan dari robot-robot ini.Maka robot-robot ini akan mengetahui janji tuannya adalah benar……………cukuplah sekadar ini untuk entry kali ini.Segala kekhilafan dtg dari diri ana jua dan yang baik dtg dari ALLAH..

No comments:

Post a Comment

jom ReLax

hamster^_^

InDaHnYa IsLaM..

Andai Al-quran bisa bicara,ia berkata:"waktu kau masih anak2,kau bagai teman sejatiku,dgn wudhu kau sentuh aku,dlm keadaan suci kau pegang aku,kau baca dgn lirih dan keras,skrg kau telah dewasa,nampaknya kau tdk berminat lagi padaku,apakah aku bacaan usang?Skrg kau simpan aku dgn rapi,kau biarkan aku berlapis debu,ku mohon peganglah aku lg,bacalah aku setiap hari,kerana aku akn mnjd penerang didalam kuburmu!

cursor

Elegant Rose - Working In Background