SaLAM PeRsAuDaRaAn

Saturday, December 4, 2010

CINTA LUAR BIASA

Cinta luar biasa..Cinta seorang Kekasih kepada umatnya..Hingga pada hembusan nafasnya yangterakhir..Lidah Rasulullah menuturkan tanpa henti..Ummati.. ummati.. ummati..

Cinta luar biasa..Kisah cinta Handzalah..Meninggalkan isteri di malam pernikahan..Lantaran menyahut seruan jihad..Akhirnya syahid di medan perjuangan..

Cinta luar biasa..Seteguh kasih Khadijah Radiallahu’an (ha)..Tak pernah jemu memberikan sokongan..Rela mengorbankan segala kemewahan..Di saat Rasulullah dan Islam dipinggirkan. .

Cinta luar biasa..Kisah kesetiaan Abu Bakar Radiallahu’an(hu)..Kasih seorang sahabat yg tiada tandingan..Insan yang sentiasa membenarkan. .Sewaktu kata-kata Rasulullahdipersendakan. .

Cinta luar biasa..Kisah ketabahan Hajar..Ditinggalkan di tanah yang gersangbersama Ismail..Bukti kasih seorang ibu yg berlarianmencari air..Tatkala mendengar tangisan si anak kecil..

Cinta luar biasa..Umpama keberanian Ali..Di malam penghijrahan Nabi..Menggantikan Rasulullah di tempat tidurnya..Walaupun jiwa menjadi taruhannya..

Cinta luar biasa..Cinta Asiah, Masyitah dan Sumaiyyah..Menggadaikan nyawa demi mempertahankanaqidah..Iman di dada tak sedikit pun goyah..Kerana keyakinan yang teguh atas segalajanjiNya..

Kisah cinta luar biasa..Insan pilihan yg berada di atas jalanNya..Betapa tulusnya kasih, teguhnya jiwa..Redha dan sabar menempuh segala ujian..Merekalah insan yg memahami ertikemanisan iman..

Mampukah diri ini meraih cinta luar biasa?

No comments:

Post a Comment

jom ReLax

hamster^_^

InDaHnYa IsLaM..

Andai Al-quran bisa bicara,ia berkata:"waktu kau masih anak2,kau bagai teman sejatiku,dgn wudhu kau sentuh aku,dlm keadaan suci kau pegang aku,kau baca dgn lirih dan keras,skrg kau telah dewasa,nampaknya kau tdk berminat lagi padaku,apakah aku bacaan usang?Skrg kau simpan aku dgn rapi,kau biarkan aku berlapis debu,ku mohon peganglah aku lg,bacalah aku setiap hari,kerana aku akn mnjd penerang didalam kuburmu!

cursor

Elegant Rose - Working In Background